Saturday, February 26, 2011

sakit-sakit semasa bangkit dari tidur







dalam pengalaman orang-orang yang telah lama berkecimpung dalam ilmu perubatan tradisional Islam,  kalaulah seseorang datang kepadanya mengadu sakit di bahagian-bahagian tertentu badan, seperti sakit pinggang semacam slap disc, sakit tengkuk, sakit bahu, sakit lutut atau sebagainya lagi, mereka pasti bertanya soalan pertama ialah" ada jatuh tak, ada rebah tak" kalau ada rebah atau jatuh pergi urut lah. ertinya sakit yang berpunca dari jatuh, kedudukan uratnya sudah lari dari landasan yang asal. mungkin pada waktu mula-mula jatuh dulu tak terasa sakit kerana jatuh itu kecil sahaja, rasa-rasanya macam tak ada yang cedera tetapi sebenarnya setiap nerve itu sangat sensetif , setelah lama barulah terasa sakit. ini kerana darah lendir dan urat angin dah tersumbat dan menyekang perjalanan darah. itulah sebabnya pesakit tadi merasa sakit. Bahagian yang tersumbat itu perlulah di betulkkan semula agar agar dapat berfungsi secara semula jadi semula. 




sekiranya tiada jatuh, maka barulah di tanya pula soalan kedua" bila mula rasa sakit tu, secara sejarahnya adakah sewaktu bangkit dari tidur? 


sekiranya jawabnya ialah ya. sakit itu bermula sewaktu mula bangkit dari tidur, ertinya sakit itu masuk ke dalam badan waktu tidur. Soalan kenapa ia masuk waktu tidur dan apa dianya benda itu amat menarik untuk di perbincangkan.




secara asasnya boleh lah dalam menjawab soalan ini , kita katakan ada kaitan dengan gangguan makhluk halus. walaupun orang sekarang mungkin menolak hubung kait sakit sewaktu bangkit tidur dan kaitannya dengan gangguan yang mengganggu semasa tidur, mereka terikut-ikut dengan pemikiran moden yang sangat asyik dengan teori reasoning lebih suka berhujah tersalah tidurlah, nampak alasan atau hujah tersalah tidur ini menarik juga untuk kita mintak mereka perincikan sebelum kita huraiankan kaedah pengamal-pengamal perubatan Islam yang berpengalaman.


untuk memperdetailkan hujah pengamal-pengamal perubatan Islam yang berpengalaman yang berhujahkan kepada beberapa Hadis berkaitan dengan adab-adab tidur, yang mengajarkan membaca doa ketika sebelum tidur dan waktu terkejut sewaktu tidur, kesemua kandungan doa itu menerangkan tentang ada kelaziman kepada makhluk halus itu suka menganggu manusia yang sedang tidur malam.







1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Baru2 ni, saya demam yang lebih dari seminggu. Badan rasa seram sejuk dan sendi2 terasa sakit yang teramat. Saya dah makan ubat, antibiotic, tapi masih belum sembuh. Saya ada berjumpa dengan seorang imam di kawasan berhampiran, dan beliau memberitau saya terkena keteguran. beliau memberikan sedikit air utk mandi dan minum, alhmadulillah, selepas 3 hari, badan mula sihat. boleh saya tahu, apa yang dimaksudkan keteguran dan dari mana saya kena?