Tuesday, February 22, 2011

definasi sihir







kita telah dengan panjang lebar sekali bincangkan tentang sihir itu mempunyai tiga ciri iaitu:


1) niat yang betul, tidak menyalahi syarat. mana-mana niat yang terbit dari hati yang berdengki, cemburuatau hasad boleh jadi terjatuh dalam bab sihir juga


2) bahan yangdi gunakan mestilah  betul menepati syarak. tidak najis atau haram. sekiranya seseorang di syaratkan untuk mengembalikan ketaatan isterinya yang derhaka hendaklah melakukan sekian-sekian atau membacakan ayat-ayat sekian pada lada hitam yang di curi, umpamanya atau pada tulang bangkai binatang tertentu, ini boleh terjatuh dalam bab sihir juga kerana menggunakan barangan yang keji, di larang syarak




3) bacaan yang betul menepati syarak seperti ayat quran, doa atau zikir.




maka marilah kita melihat beberapa contoh yang boleh membezakan kepada kita antara sihir dan bukan sihir.


Contoh Pertama


Dua hari sebelum Mak Limah  bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji, ia telah menemui Haji Mat untuk tujuan mengunci haidhnya agar tidak mengganggunya semasa mengerjakan ibadat haji kelak.ia berharap agar perjalanan ibadat hajinya berjalan lancar. Maka Haji Mad menyarankan kepadanya agar membawa secawan air kopi untuk Mak Limah meminumnya di hadapan Haji Mad. Sesedah meminum air kopi o tersebut, ia telah mengajarkan kepada Mak Limah agar membaca ayat surah lahab sebanyak 41 kali ,setelah di tiupkan pada cawan tersebut, maka cawan itu hendaklah di letakkan di tempat yang selamat, tidak di ganggu oleh sesiapa dalam keadaan terlengkup ke bawah.   kata Haji Mat" selagi mana cawan ni terlengkup kat sini Insha Allah haidh kau tak kan mai lagilah sehingga kau buka balik telengkup cawan kau ni hah, Limah" 




setelah pulang, Mak Limah telah melakukan segara ajaran Haji mat itu. Soalannya ialah adakah ini di namakan sihir atau tidak? termasuk dalam definasi sihirkah atau tidak?




menurut perbincangan para ilmuan, walaupun dalam kes  ini ada terdapat bentuk sihir kerana menggunakan cawan sebagai lambang kepada diri seseorang, tetapi ia bukanlah di kira sihir  kerana terpelihara dari salah satu dari ketiga-tiga ciri di atas.




lantaran itulah amalan sebegini  masih menjadi amalan dalam sesetengah masyarakat Islam di seluruh dunia. amalan ini tidakdi perangi walaupun ada ciri sihir tetapi  oleh kerana niat yang yang di kandungnya adalah betul, tidak menyalahi syarak. tidak juga terbit  dari hati yang berdengki, cemburu atau hasad malahan untuk menunaikan ibadat haji tanpa ada gangguan yang menghalang haji tersebut. maka niat ini di terima.

Dalam perkara  bahan yang di gunakan pula, penggunaan cawan milik sendiri tidaklah meletakkan amalan itu jatuh dalam bab sihir juga kerana sesuatu itu di kira sihir bilamana menggunakan barangan yang keji, di larang syarak semata-mata.


bacaan surah lahab yang betul  juga adalah menepati kehendak syarak juga.

CONTOH KEDUA



Che Bedah adalah seorang janda yang telah kematian suami , di masa-masa tertentu, di datangi oleh rasa gersang yang amat sangat. ia akan teringatkan hubungan sex yang di lakukan dan di ajarkan oleh bekas sang suaminya yang telah meninggal .



kalau di ikutkan hati atau di layan perasaan gersang yang tidak mau padam-padam itu, ia mungkin akan berzina dengan sesiapa saja yang melayaninya. maka tentulah ia terjatuh dalam jurang api neraka .(  والعياذ بالله من ذلك ) ia telah cuba memelihara dirinya dengan berbagai-bagai cara tapi perasaan gersangnya tetap tidak mahu surut juga.


akhirnya ia melakukan apa yang di sarankan oleh seorang ustaz yang mengajar kelas fadhu ain di surau berdekatan rumahnya. caranya ia ia memotong kuku, rambut dan bulu pada hari jumaat sewaktu bulan sedang turun, lalu di tanamkan ke tanah seraja membaca ayat 115 surah Taha. setelah ia selesai melakukan hal demikian, barulah ia merasa  ketenangan dalam dirinya dan dapat melupakan kenangan-kenangan sex dengan suaminya yang sentiasa menariknya ke jurang perzinaan. Alhamdulullah walaupun sekarang sudah berbelas-belas tahun suaminya meninggal, kia masih solehah dan mempunyaikekuatan membentingi dirinya dari zina


menurut ahli ilmu, harus ia melakukan yang demikian kerana itu tidak tergolong dalam definasi sihir yang di larang. itu adalah satu ikhtiyar menggunakan kaedah ilmu untuk memelihara diri dari dosa dan maksiat





No comments: