Tuesday, February 15, 2011

jin di zaman rasulullah

Jin di zaman rasulullah




Orang-orang Mekkah telah biasa mendengar perkataan jin. Kehidupan mereka yang Jahiliyyah itu tidak boleh di pisahkan dari kepercayaan tentang jin. Budaya menenung dan melihat nasib yang menjadi amalan mereka tentulah melalui jalan menghubungi jin

Sesetengah mereka di puji kerana bersahabat dengan jin. Mereka ini di puji kerana beberapa kehebatan yang mereka miliki dalam masyarakat adalah di sebabkan oleh pemberitahuanmaklumat dari jin kepada mereka.

Sesetengah yang lain pula di hina kerana di rasuk jin. Dalam sirah kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sendiri pernah di tuduh di rasuki jin kerana kononnya ungkapan –ungkapan Nabi ini tidak di fahami oleh mereka sepertimana keadaan orang-orang yang di rasuki juga.


Di zaman Rasulullah SAW ad beberapa cerita tentang jin. yang paling menarik ialah terdapat satu surah dalam al Quran yang di namakan surah Al jin.
Sepakat ulama menyatakan bahawa surah al jiin di turunkan di Mekah. Jumlah ayatnya dua puluh lapan (28) ayat.


menurut ahli tafsir, terdapat segolongan jin yang cuba untuk menaiki ke langit telah di halang oleh panahan-panahan berapi. maka mereka telah berbincang sesama mereka tentang mengapalah mereka telah di halang dari memasuki satu kawasan yang sebelum ini, mereka boleh memasukinya. maka ada di antara mereka yang mencadangkan agar mereka meronda-ronda semula mencari sebab-sebabnya. sewaktu mereka meronda-rondo di bumi, setelah mereka menghampiri banjaran tohamah, mereka mendapati di Mekah, Rasulullah sedang bersembahyang sambil membaca ayat-ayat suci al Quran bersama-sama sahabatnya. lalu mereka menghampiri nabi dan mendengar bacaan Nabi dengan teliti. maka fahamlah mereka kenapa mereka di halang menaiki langit. Telah tiba zaman kerasulan rasulullah SAW.



setelah itu mereka kembali ke kampung mereka, mereka yang beriman menyeru kawan-kawan yang belum beriman agar turut menerima risalah Nabi Mohammad SAW.


Setelah itu mereka memohon kepada Nabi untuk mengadakan satu perbincangan dengan Baginda.

maka suatu malam, rasulullah SAW telah menemui mereka di satu tempat yang tinggi di antara puncak-puncak bukit di Mekah. baginda di temani oleh Ibn Mas`ud di sebahagian jalan. Setibanya di suatu tempat, baginda telah membuat satu garisan bulat dan memerintahkan Ibn Mas`ud menunggu di dalam garisan bulat yang di gariskannya itu. baginda melarang beliau keluar dari kawasan tersebut kerana di bimbangi akan hilang di colek oleh jin-jin tersebut.

Rasulullah SAW terus mara . Dalam perjumpaan yang di buat dalam kegelapan malam itu, perjumpaan yang berlaku agak jauh dari tempat bersembunyinya Ibn Mas`ud tidak dapat di saksikan oleh Ibn Mas`ud. ia hanya mendengar bunyi bising seperti orang berkelahi sahaja. Menurut ahli tafsir, jin yang hadir pada malam tersebut hanya di lihat oleh rasulullah dan tidak oleh Ibn Mas`ud.Ini bererti jin itu boleh menjelma kepada seseorang sehingga boleh di lihat oleh orang itu dan tidak tidak kepada orang lain dalam satu masa. Ini cerita Rasulullah melihat tetapi sahabatnya Ibn Mas`ud tidak melihatnya.

di sana ada terdapat juga cerita yang menceritakan bagaimana adasahabat-sahabat Baginda yang melihat jin yang menjelma.


Ada juga jin yang menghadiahkan sesuatu kepada Rasulullah SAW.
di Mekah ada Masjid jin. bahkan di masjidil Haram ada juga Babul Fatah yang di katakan melalui pintu itulah, menjadi pilihan jin untuk mereka masuk tawaf. di situlah di katakan terdapatnya satu tiang Masjidil Haram yang di namakan tiang jin yang telah di buang tanda-tanda istimewanya oleh Kerajaan Arab saudi.



Di antara sahabat-sahabat Baginda yang melihat jin yang menjelma :

- melihat anjing hitam keluar dari muntah
bergelut dengan seekor jin yang mencuri air dan mengeluarkan bau yang sangat busuk

-

No comments: