Thursday, February 10, 2011

RAHSIA AL FATIHAH KEPADA DALAM AMALAN WALI SEMBILAN

Kita semua memang,secara umumnya,  mengetahui kelebihan Al fatihah yang menjadi ibu Al Quran. Tetapi kelebihan yang kecil-kecil , memang masih banyak yang menarik untuk kita perdalami. contohnya dalam perubatan berdasarkan wali sembilan, mereka merawat dengan pesakit dengan membaca Al fatihah sahaja. Mengkin perkara ini, pada hari ini, melucukan tetapi itulah realiti keistimewaan mereka mereka yang soleh zaman lampau. 


Sekiranya kita memerhatikan benar-benar amalan mereka memang menggerunkan kita. bilamana mereka telah berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui perubatan, mereka saban malam berzikir al fatihah berulang kali tanpa henti-henti , dengan bilamana tiba kepada ayat : 


إياك نعبد   وإياك نستعين  

 mereka terus berniat di tunaikan hajat mereka untuk menyembuhkan sakit pesakit.


ada juga guru-guru mereka yang soleh mengajar berdoa bilamana tiba pada ayat:


إهدنا الصراط المستقيم 


mereka terus berniat di sembuhkan penyakit


Bayangkan kesungguhan mereka yang tinggi, walaupun dengan amalan yang kita katakan pada hari ini cukup mudah, datanglah keberkatan yang akhirnya membawakan amalan mereka kepada mustajab.




والله أعلم 

1 comment:

nubuwuah said...

Salam ustaz..

memang benar..saya pernah ketemu ahli paranormal..yang mengajarkan al-fatihah untuk perawatan... hendaklah mengamalkan puasa selama 7 hari dan zikirkan fatihah sebanyak seribu dlm sehari selama puasa...