Tuesday, February 8, 2011

sekolah pemikiran perubatan Islam 2

diskusi kedua ini insha Allah akan lebih tertumpu kepada sekolah pemikiran perubatan Islam dari negara Arab.


sememangnya perubatan Islam berasal dari negara Arab, termasuk pemikiran dan pendekatan perubatan  dari pasantren-pasantren Indonesia  yang kita bincangkan dalam diskusi pertama juga adalah berasal dari negara Arab , tetapi di sini pembahagian di buat berdasarkan pengalaman kajian-kajian yang saya kutip sebagai asas kepada perbincangan yang akan lebih detail dan luas insya Allah.




di sini saya mulakan dengan sekolah yang mengambil pendekatan azimat. mereka mendakwa azimat yang mereka gunakan adalah merupakan lakaran-lakaran yang terdapat pada tongkat Nabi Musa , atau beberapa perkara yang di kaitkan dengan Nabi Sulaiman seperti tulisan atau lakaran yang terdapat pada cincinnya, 




keduanya kita lihat pula sekolah yang memilih pendekatan penggunaan tulisan menggunakan dakwat za`faran berwarna merah pada pinggan putih




golongan ke tiga bolehlah kita sebutkan sebagai sekolah pemikiran Hizb. Di katakan pengasas pendekatan ini ialah Abul Hasan A s Sazali yang mengasaskan tarikat As Syazaliyyah. Di Iskandariah dalam suasana persiapan menghadapi bala tentera Solibiyyah. ada berbagai-bagai hizb yang di berinama dengan berbagai-bagai nama, yang merupakan himpunan / campuran beberapa ayat-ayat Al Quran dan doa.










golongan keempat yang menggunakan ayat-ayat quran dan doa-doa dari hadis semata-mata dan tidak membuat sebarang huraian atau pendetaialan tambahan bersifat falsafah. Golongan ini, kita akan dapati dengan keras menolak/ban kedua- golongan-golongan yang mempunyai huraian yang lebih detail secara falsafah dan ilmiah tadi





ULASAN


meneliti kepada pemikiran  sekolah pertama yang mengambil pendekatan azimat dengan mendakwa bahawa azimat-azimat yang mereka gunakan adalah merupakan lakaran-lakaran yang terdapat pada tongkat Nabi Musa , atau cincin  Nabi Sulaiman sebenarnya adalah di ambil dari rujukan-rujukan Yahudi. Sihir-sihir Yahudi begitu banyak sekali menggunakan lambang-lambang tertentu yang di kaitkan dengan nabi Sulaiman , Nabi Musa dan sebagainya lagi. Mereka berkata bahawa dengan lambang-lambang tadilah jin taat kepada Nabi Sulaiman.


Menurut kajian sejarah yang sebenarnya pendapat-pendapat sebegini telah wujud di Palastine setelah mereka kembali dari Iraq(Babylon) dan menubuhkan kerajaan kedua di Bukit Sohyun (  جبل صهيون   )dan Bukit Samer.(  جبل سامرى ). Semasa Nabi Sulaiman masih hidup, memang benar jin taat kepada Nabi Sulaiman. Mereka melakukan segala yang di perintahkan oleh Nabi Sulaiaman termasuk membuat bangunan yang besar-besar dan tinggi-tinggi. (Sila lihat tafsir surah saba) .Ketaatan ini bukanlah di sebabkan oleh azimat tadi tetapi di sebabkan Allah sendiri yang memberikan kelebihan tersebut kepada Nabi Sulaiman.




Malangnya setelah mereka mendirikan kedua-dua kerajaan Yahudi setelah runtuhnya kerajaan Nabi selama selama lebih kurang 400 tahun, sekumpulan jin telah menanam beberapa keping luh yang berisi azimat-azimat tadi di kawasan yang di duduki oleh Nabi Sulaiman. Pada malamnya, mereka membisikkan kepada rakan-rakan mereka yang terdiri dari manusia Yahudi , agar menggali tempat tersebut, nescaya mereka akan menemui sesuatu yang berharga di situ. Setelah mana pendita dan tukang-tukang sihir Yahudi ini menggali di kawasan-kawasan yang di beritahu itu, mereka menemui keping-keping papan azimat tersebut. itulah barang yang sangat berharga sebagaimana yang di nyatakan oleh jin-jin yang berbisik kepada mereka itu. Melalui bisikan-bisikan jin lagi, mereka mendapat tahu bahawa itu adalah barangan peninggalan Nabi Sulaiman. Atas sebab mempercayai cakap-cakap jin tadilah mereka berkata Nabi Sulaiman itu adalah tukang sihir terbesar kerana memiliki azimat-azimat tersebut. Azimat-azimat ini akhirnya di kembangkan lagi di zaman-zaman kemudiannya sehingga akhirnya ia menjadi sebagaimana yang boleh kita lihat pada hari ini. Allah SWT menafikan Nabi Sulaiman itu menggunakan sihir dan memakai azimat-azimat sebegitu.
 (lihat surah Al Baqarah ayat 102)

terdapat beberapa isim suryani yang pada hakikatnya tidak di ketahui maknanya tetapi di katakan bererti nama -nama Allah yang agung seperti: هلهلت برهتيه تتليه كريه  أج أجوج جلجلوت dan hakikatnya tidaklah di ketahui sejauh manakah benarnya keterangan tadi. 



Sekolah kedua yang menggunakan bahan-bahan tertentu yang seperti yang kita bawa contohnya di sini ialah za`faran adalah golongan yang semi falsafah, menghuraikan  berdasarkan ---



Golongan keempat di lihat dalam skop perubatan di negara Arab sebagai sangat sempit, tetapi menarik dan mendapat sambutan yang agak baik di kalangan luar negara Arab. di negara Arab sana, golongan ke tiga  yang menolak golongan kedua di perdebatkan kenapa boleh pula menerima perubatan moden yang di asaskan dari sekolah pemikiran kafir yang meletakkan fizikal sebagai asas kajian. Sesetengah mereka yang dari golongan ini yang menolak pendekatan moden pula di lihat sebagai jauh ketinggalan di belakang  dalam dunia perubatan dan tidak mampu membantu ini   dunia kesihatan dan penyakit fizikal dengan jaya.

di sinilah wujudnya persimpangan yang memberikan  cabaran yang perlu di jawab oleh ahli-ahli perubatan Islam.




Bersambung 





bersambung 

No comments: