Tuesday, July 30, 2013

RAHSIA BESAR ASAM GARAM


ASAM GARAM


Perkataan asam garam memang sentiasa kita dengar dalam masyarakat kita. Penggunaan perkataan asam garam kehidupan ini ini seringkali di gunakan untuk menerangkan dua keadaan yang berlawanan berumah tangga  menjadi pengikat kata yang bermaksud iaitulah suka duka, susah senang yang mematangkan kehidupan . pengalaman yang di laluinya itulah yang di namakan asam garam kehidupan. Tetapi kenali perkataan begitu membawa maksud begitu, memang tidak ramai orang kita yang cuba menyingkapnnya.

Dalam masyarakat kita juga , yang biasa kita lihat ialah bilamana di sebut asam garam biasanya ia bermaksud agam gelugur dan garam. Masakan yang menggunakan asam garam ialah masakan ikan singgang.


Dalam ilmu raja pengasih orang melayu pula ada jampi yang menyebutkan “

………garam di laut asam di darat…
…akulah yang memakai ilmu asam garam ….
….pecah lebur pecah bibir hati ….( di ambil dati interknit)

Apa maksudnya ilmu asam garam itu.? Ini kena Tanya mereka yang berkecimpung dengan amalan tersebut

Menurut guru saya tuan guru hj wan Ismail Bukit jabal jiad sud , imam masjid aziziyyah Mekah mentakrifkan  ilmu asam garam itu ialah keyakinan yang kita dapati hasil daripada 40 orang atau sejumlah manusia yang ramai berkata  sesuatu itu baik atau tidak baik, maka pandangan itulah juga yang menjadi pegangan kita. Ia semacam psyco mental . umpamanya kita dengar orang kata berjalan di bawah ampaian baju itu tidak baik. Ramai orang berkata begitu, lalu kata kata itu menjadi pegangan kita. Itu namaknya ulmu asam garam
\

 ada beberapa kaedah menggunakan asam garam(asam gelugur dan garam) YG baik dalam perubatan Islam

ASAM GELUGUR +GARAM RENDAM BAJU TERPAKAI UNTUK BUANG SAKA ORANG TERSEBUT SEBELUM KITA MEMAKAI BAJUNYA


ASAM GELUGUR + GARAM = BUANG SAKA AKIBAT PENUNGGU TANAH TEMPAT LAHIR.

Masyarakat kita, bila dapat bayi baru, anak beranak dan jiran akan menghadiahkan asam gelugur dan garam kepada bayi tersebut. Sebab apa? Kita tak jumpapun dalam hadis? Kalau nak kata ini budaya Islam, kenapa Sehingga ke hari ini, kita tak Nampak pun orang arab buat semacam itu dalam budaya  mereka? . Kenapa dalam budaya kita melakukan hal sedemikian.

Saya ada menemui jawapan dari mereka yang ada kemahiran dalam hal ini. Mereka menjawab:
Lazimnya zaman dahulu orang beranak di rumah. Bidan akan di jemput ke rumah ibu yang akan bersalin. Setiap kampung lazimnya ada penunggu tertentu dan ini ada kaitan dengan sejarah pembukaan kampung tersebut di buka oleh orang alim atau orang jahil.

Bilamana kampung tersebut di buka dengan pemujaan, maka syaitan itu akan terus mengawal kampung tersebut. Menurut beberapa ahli, berdasarkan bebetapa hadis bahawa Nabi bersabda bahawa setiap anak yang di lahirkan akan di sentuhi oleh syaitan kecuali Isa dan ibunya Maryam sentuhan syaitan itu dapat di lihat dalam bentuk menangis sewaktu di lahirkan, mereka berkata ada terdapat berbagai bagai syaitan yang boleh mengganggu bayi tersebut pada waktu itu.. mereka menerangkan bahawa  bagi alam melayu ) asam gelugur dan garam boleh di gunakan sebagai pelindung gangguan tersebut. Ertinya bayi tersebut dapat terpelihara/ pendinding dari syaitan tempat lahir dengan di bacakan ayat pagar pada asam gelugur dan garam


demikianlah nak buang bisa tanah yang keras di sarankan juga supaya tanah asam garam dalam tanah 


Berkaitan dengan garam mereka berhujah bahawa syaitan yang di jadikan dari api takut kepada tanah.tanah adalah unsur kejadian manusia. Garam memag satu dari unsur tanah. Sebab itulah syaitan takut kepada garam.

Mereka juga berpandukan kepada cerita bahawa Rasulullah SAW sentiasa memulakan makanan dengan garam bila berada di luar kediaman. Di fahami Hadis ini bermaksud garam menjadi bahan kebal/pelindung dari keburukan angina dan hawa sesuatu tempat. Orang yang baru masuk kawasan baru , ketahanannya akan terancam dengan suasana angina di tempat baru. Untuk memperolehi kekebalan berdepan angina baru, hendaklah di santap sedikit garam ke lidah. Inilah amalan beberapa orang soleh terutamanya merelka dalam tabligh  yang keluar ketika charge iman “ piker atas iman dan amal” . Kata mereka guru mereka mengajarkan inilah sunnah Rasulullah SAW

Asam gelugur pula mereka kaitkan dengan kaedah konsep sepasang yang banyak kali di sebut oleh al quran. Iaitu garam meskipun asalnya adalah unsur tanah yang merupakan unsur asal kejadian manusia  yang di takuti syaitan, tetapi ia sering kali di ambil dari laut. Maka lawannya ialah daratan. Asam gelugt\ur dating dari pokok di atas bukit yang tinggi . pokoknya tumbuh di atas tanah

Bahan garam dari dalam laut = tempat rendah= bersatu dengan pasangannya asam gelugur dari atas darat(bukit) =tempat tinggi= akan menjadi pelengkap yang kuat kepada ketahanan manusia.

Itulah sebabnya amalan orang orang tua menghadiahkan asam garam kepada kanak kanak baru lahir , menurut huraian ini adalah bertujuan pelindung kepada kanak kanak tersebut dari sebarang gangguan. Huraian ini sudah ada dalam islam tetapi memerlukan kepada penelitian yang mendalam dan kita tidak akan menemuinya sekiranya kita mengkaji selapis sahaja. Kata mereka kalau masalah dunia ini boleh di selesaikan dengan ilmu selapis, maka taka da masalah apa apalah lah lagi hidup di atas dunia ini sedangkan Allah menyuruh kita mengkaji rahsia ke agungunNya . untuk apa ?

Ada orang bertanya lagi , kalau amalan Islam  kenapa  orang arab tak buat semacam itu dalam budaya  mereka?

Saya dapati  mereka ini menjawab arab tu bukanlah betul semua. Bukanlah tahu semua banyak juga yang mereka tak tahu dan banyak juga yang mereka tiru dari orang lain. Contohnya nasi arab itu bukan dari mereka mereka juga pelajari dari bangsa lain. Mereka nmana ada makan nasi. Orang kita jer terlalu memuja arab sehingga nasi mandil, nasi maqlubah itu di panggil nasi arab padahal arab asalnya tak makan nasi

Banyak amalan dan kebudayaan bangsa yang lebih tinggi tamaddun seperti india, china, farsi yangmemang asalnya tiada dalam masyarakat arab badwi padang pasir yang jahiliyyah itu.  Bila mereka membuka islam , mereka yang terdedah dengan kebudayaan baru yang ada asas nya huraian ilmu , mereka terima .

Masalah kita orang melayu ini ialah memang suka meniru arab meskipun arab itu dah memang tewas dan tewas ikut buntut Israel dan amerika .  yang baik sudah ada pada kita pun kita nak buanmgnya kenapa ?

Ilmu yang di gali daripada kefahaman  dari ajaran Islam meslkipun bukan pelopornya dari arab, ia tetap hikmat yang perlu di ambil guna dan di pakai.

Allah bukan bagi ilmu pada pak arab sahaja , ramai ulama besar datang dari bangsa bukan arab seperti imam Ghazali dan sebagainya lagi.

Walaupun Nabi dalam kehidupan yang sgt simple itu ,tak buat begitu tetapi
Bukankah al quran menyuruh kita mengkaji.
Demikianlah kehidupan itu berkembang dan berbahagialah mereka yang boleh menyumbang kepada kehidupan hasil dari kajian yang mendalam yang di gali dari quran dan hadis

Demikianlah kata mereka

والله اعلم


No comments: