Friday, July 26, 2013

gelombang cahaya jam 12






`yJsùr& yyuŽŸ° ª!$# ¼çnuô|¹ ÉO»n=óM~Ï9 uqßgsù 4n?tã 9qçR `ÏiB ¾ÏmÎn/§ 4 ×@÷ƒuqsù ÏpuÅ¡»s)ù=Ïj9 Nåkæ5qè=è% `ÏiB ̍ø.ÏŒ «!$# 4 y7Í´¯»s9'ré& Îû 9@»n=|Ê AûüÎ7B ÇËËÈ
22.  Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang Telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata.-ZUMAR


Sebenarnya bagi mereka yang m3emerhatikan nama nama beberapa surah dalam al quran, ia akan mendapati bahawa nama seperti  surah ad dhuha, al asr, al lail , al fajru, al falaq, adalah menerangkan tentang beberapa jenis, peringkat atau mertabat cahaya cahaya yang banyak yang diciptakan oleh Allah ntuk kemanfataan manusia.


ada cahaya dalam diri ada cahaya luar diri


 Allah SWt menjadikan cahaya cahaya tersebut supaya manusia mengkaji bagaiamanakah cara untuk menggunakan kelebihan kelebihan cahaya cahaya tersebut. Umpamanya satu cahaya luar diri manusia ialah  cahaya dhuha yang mana nama cahaya ini di jadikan Allah sebagai satu nama surah, adalah mempunyai tenaga , zat dan vitamin yang berbagai bagai =sangat baik di petik oleh mereka untuk tujuan kesihatan.

Maka demikianlah setiap kali masuk waktu  azan, akan muncul satu gelombang cahaya, sesiapa yang menyahut seruan azan, gelombang suara dan hatinya yang menyahut azan akan mendaki dan memanjat untuk bersatu dengan gelombang cahaya azan tadi. Pautan tenaga dalam gelombang tersebut tidak akan hilang begitu sahaja melainkan ia kekal di alam yang tidak Nampak dek mata dan tidak dapat di kaji oleh akal

Demikianlah juga mereka yang berdoa dan beribadat pada waktu sahur atau fajar, gelombang suara hati dan doanya itu akan memanjat dan mendaki ke angkasa untuk bersatu dan bersebati dalam gelombang cahaya sahur atau fajar yang di ciptakan Allah tadi , lantas memberikan kekuatan kekuatannya yang tersendiri , menjadi rahsia yangvtersimpan dalam diri nya, tidak dapat di8 fahami oleh sesiapapun bahkan mungkin juga tidak mampu di terokai oleh diri sendiri juga.

Demikianlah juga gelombang cahaya yang muncul setiap kali jam menunjukkan pukul 1200 tengah malam. Berbanding dengan waktu waktu yang lain, Allah jadikan detik ini mempunyai rahsia besar  yang sangat tersembunyi. Setiap tenaga yang di usahakan oleh manusia untuk  keluar dari badannya  pada waktu itu akan bersatu dengan gelombang cahaya yang tercipta pada waktu tersebut. Dan membentuk kekuatan dan rahsia tersendiri. Sesetengahnya boleh digunakan seperti penghasilan tenaga hubungan manusia dalam jarak jauh.  Hubungan manusia dalam jarak jauh ini  memerlukan persediaan yang berupa focus dalaman yang kuat dan tebal serta ketenangan yang tinggi. Inilah peralatan yang di perlukan oleh para salik dalam membina rawang yang mampu mencapai isyraq yang nyata. Mereka juga telah melatih zikir ya wajid (wahai Tuan Yang Maha Mendapati) ya Jami`(yang Maha Menghimpunkan) ya mu`id(Yang Maha Mengembalikan ) untuk tujuan hubungan jarak jauh tersebut.

Zikir ini menajamkan cahaya yang terkumpul dalam diri supaya dapat bersatu dan bersebati dengan gelombang yg di ciptakan Allah itu. 


Ini memerlukan latihan yang panjnang kerana untuk melakukan latihan ini, manusia perlu jelas terlebih dahulu tentang beberapa cahaya dalam dirinya terlebih dahulu.

contohnya seseorang itu perlu terlebih memahami dan dapat menghayati bahawa   Bilamana ia sedang tidur, satu cahaya seni dari badannyai di panggil cahaya sandaran. Namanya ialah ruh Idhofi. Ia keluar merayau-rayau ---bilama telah keluar dari dalam dirinya merayau rayau di alam syahadah, , maka badan manusia itu dapat berehat sepenuhnya. Apatah lagi sekiranya badan itu berada di tempat yang gelap. Ia mampu  melihat berbagai-bagai perkara sekiranya di perzoomkan . Ia melihat perkara yang telah berlaku, bahkan sebahagian perkara yang akan berlaku pada kadar yang terbatas , ----dan sebahagiannya akan di kirimkan dalam bentuk gambaran dalam  mimpi untuk di ketahui oleh manusia. Soalnya samada manusia itu memahami isyarat mimpi itu atau tidak adalah bergantung kepada manusia itu sendiri. 

2 comments:

TERAPI ISLAM AL-BAYT [TIB] said...

menarik ustaz perkongsian ini

mj m said...

ustaz cakap yg dlm tidur atau dlm tempat yg gelap bole dpt bayangan perkara yg akan berlaku.. itu la kot yg org kata deja vu ye ustaz.
bila kita terasa 'eh, macam pernah tgk tempat ni.. mcm pernah buat benda ni.." tp perkara yg kita buat atau pergi tu adalah kali pertama..