Harimau jadian is related to some kinds of sihir from Gunung Kerinchi Indonesia.
Pengamal akan bertapa dengan sepenuh konsentrasi pada beberapa malam dengan cara merenung bayangan bulam penuh purnama yang muncul di tengah-tengah tasik yang terdapat di puncak gunung Kerinchi Indonesia . setelah pengamal ini mampu menukarkan dirinya menjadi harimau, maka ia telah di kira memiliki ilmu harimau kerinchi ini. ia akan dapat menundukkan harimau dan segala binatang berbisa.Pengamal ini juga di katakan dapat bergerak jauh dalam masa yang singkat sahaja, umpamanya seorang dari Perak dapat pergi ke Johor dalam satu malam sahaja. Mereka akan di terbangkan oleh harimau jadian pemeliharaan mereka itu.
Ilmu ini asalnya di gunakan untuk tujuan memelihara diri dan tanah kebun. bukanlah untuk bermusuh atau bunuh membunuh sesama manusia.
Bilamana pengamal-pengamal ilmu harimau jadian itu telah berpindah ke Malaysia secara berperingkat-peringkat semenjak seratus lima puluh tahun yang lalu di sebabkan oleh berbagai-bagai sebab samada kerana ada kenangan atau pengalaman pahit di kampung pendalaman yang mesti di lupakan ataupun kerana ingin mencari kehidupan yang lebih baik, mereka membawa ilmu tersebut bersama mereka sebagai senjata yang melindungi diri di perantauan. amalan-amalan asal terus di kekalkan. namun begitu ada juga sebahagian dari mereka meninggalkan amalan ini menjelang hari tua mereka.
setelah mana mereka meninggal, pemeliharaan ini terus di warisi oeh anak cucunya atau kenallan-kenalan yang turun mempelajari ilmu tersebut darinya. samada waris-waris ini mengamali sepenuhnya , atau mengamalkan sebahagiannya atau tidak pernah mengambil tahu langsung tetapi kisah tentang kewujudannya tetap menjadi cerita yang tetap di tuturkan dalam masyarakat setempat.
di masa-masa tertentu , munculnya jelmaan-jelmaan samada berupa harimau yang menakutkan penduduk setempat atau lembaga tuan asal yang telah mati tetap mengganggu dan memperdayakan manusia.
peranan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan manusia telah melibatkan anak cucu pengamal dan masyarakat setempat.
Pengamal ilmu harimau jadian ini bukanlah semuanya manusia durjana. Sebahagian besarnya juga adalah pak haji-haji yang kuat beribadat bahkan ada juga kiyai yang mempunyai ilmu agama yang mantap. mereka-mereka ini lain dari manusia durjana yang menurut hawa nafsu , adalah menggunakan ilmu tersebut untuk memperteguhkan aqidah di dalam masyarakat. Mereka berperang dengan sihir di zaman masing-masing.Ada di antara mereka yang setiap hari mengamalkan Yasin, ayat tiga puluh tiga yang manjadi kubu yang amat kukuh dari gangguan jin, zikir la ilaha illalah
Maka keadaan mereka itu tidak mampu di nilai oleh kita yang lemah ini, melainkan terserahlah kepada Allah yang Maha kaya lagi maha bijaksana. Apa yang kita nak tengok di sini ialah mereka pasti berpesan kepada anak cucu mereka agar membacakan Yassin di pusara mereka selama tujuh malam berturut-turut. Pesanan agar berjaga selama seminggu di kuburan selepas magrib sehingga tengah malam dengan membaca yassin ini adalah tempoh yang sama panjangnya dengan masa pengamal pertama bertapa di puncak Gunung Kerinchi memerhatikan bayangan bulan yang menjelma di tasik tersebut.
mereka mempercayai jelmaan yang mereka dampingi itu pasti akan datang ke kubur membawa si mati keluar ke hutan . Hal ini mungkin sukar di percayai bila di fikirkan secara logik tetapi Dalam dunia rawatan hal ini tidak boleh di nafikan kerana memang benar-benar berlaku di beberapa tempat. ia perlulah di fahami dan jalan ikhtiyar mestilah di cari.
Lantaran itulah, mereka seringkali berpesan kepada anak cucu mereka agar di bacakan Yassin tujuh malam selepas kematiannya, dan di buat beberapa perkara sebagai sumpahan kepada pemeliharaan tersebut. Dengan cara ini, si mati akan terselamat dari gangguan pendamping yang ingin mencolek si mayat, sekaligus dengan itu , sanak saudaranya akan merasa lega dengan pemergiannya.
Orang yang tidak memahami seluk beluk ini akan dengan senang menolak bacaan Yassin di kubur. mereka akan menceritakan bahagia atau sengsara seseorang adalah bergantung kepada amalannya di dunia. Soalnya ialah bagaimanakah yang harus di lakukan bilamana orang ramai kecuh menyatakan kubur si fulan sudah berlubang seolah-olah ada sesuatu yang di ambil dari dalam kuburnya. Di sini bukanlah saya bersetuju atau ingin menghidupkan kembali amalan membaca Yasin di kubur, hanya sekadar mencerita persoalan-persoalan tersembunyi yang Ulama-Ulama di zaman lampau telah cuba menyelesaikannya dengan segala persediaan yang mereka miliki termasukkan segala persiapan batin dan ruhani.
Orang-orang yang mempelajari ilmu harimau jadian ini , semasa di kampung halaman mereka dulu telah melalui zaman-zaman yang susah di sepit oleh kemiskinan dan kejahilan. Di dunia begitu, orang yang kuat saja yang boleh hidup manakala orang yang lemah samada dengan sebab kemiskinan atau kejahilan, akan menjadi mangsa yang akan terus menerus di hina-hina. Inilah faktor utama kenapa mereka akhirnya berhijrah. di zaman kejahilan demikianlahlah, mereka telah terserempak dengan ilmu demikian, kawannya(harimau jadian) itu di katakan pula jin Islam. ia hanya meminta bertih. Ini, menurut fikiran mereka pada masa itu, adalah lebih baik dari polong, pelesit ,hantu raya dan lain-lain hantu yang meminta darah sebagai sajian. Setelah mereka matang dan kehidupan menjadi semakin baik dan selesa, mereka kembali kepada agama. Tetapi perjanjian yang mereka lakukan sekali di satu waktu itu mengikat leher mereka selama tujuh keturunan. Itulah persoalannya.
Maka yang boleh menghalang mereka daripada terus menerus menjadi jahat ialah bacaan yassin yang mestilah di amalkan hampir setiap hari, ayat pendinding yang di baca pagi dan petang, bahkan di baca sekali lagi sebelum tidur menjadikan jumlah bacaan ayat-ayat pendinding di baca oleh mereka tiga kali sehari-semalam. zikir-zikir La ilaha Illallah di kebanyakan waktu tahajud malam, dan lain-lain zikir lagi. Maka dengan amalan yang sedemikian kuat, mereka boleh mengatasi syaitan yang sentiasa membelenggu diri-mereka .soalnya pula ialah bagaimanakah anak cucu mereka yang hidup di zaman yang lebih senang tidaklah menjadi manusia yang tabah setabah mereka, bagaimanakah pula mereka ini akan menghadapi syaitan yang bakal membelenggu mereka , yang telah berjanji semenjak sebelum kelahiran generasi itu lagi?
Maka orang-orang yang soleh yang telah melalui pengalaman yang menakutkan ini telah berusaha mencari jalan sehingga mereka menemui cara dengan membaca surah yang di panggil hati Al Quran ini sebagai penghalang kepada mata rantai yang menyambung untuk syaitan tersebut.
Tujuh malam mereka memanggil harimau jadian,tujuh malamlah juga masa yang keluarga mereka perlukan untuk membina tembok menghalang kemaraan semula makhluk tersebut kepada warisnya. Itu adalah asas ilmu yang kita fahami secara zahirnya. tetapi pada hakikatnya, syaitan tidaklah selemah itu untuk di tundukkan.
Waris perlulah memperbanyakkan lagi amalan dan memohon rahmat Allah untuk diri dan kehidupan mereka sendiri. Atau dalam erti kata yang lain, dalam satu sudutnya, setiap kali pendampingan ini datang menjenguk, tujuh malam tempoh ia di panggil di Gunung Kerinchi itu mestilah di tawarkan balik dengan tujuh malam yassin yang mendinding daripada kemaraannya semula
Bersambung
ya
...bersambung
19 comments:
salam sheikh,
Pada pandangan ana, amalan2 yang dibawa oleh nabi adalah telah memadai. Adakah amalan harimau jadian ini boleh dianggap sebagai satu amalan sihir? jika demikian maka ianya perlu ditolak, walaupun pengamalnya adalah seorang ulama' besar sekalipun.
wallahua'lam
ilmu ini memang sejanis ilomu sihir yang telah di amalkan oleh sebahagian orang-orang yang di ukur pada zahir oleh masyarakat sebagai orang so9leh dan baik, malangnya mereka telah di tipu oleh syaitan. kesannya tidaklah terhenti kepada merreka sahaja malahan juga akan di tanggung oleh anak cucu mereka. anak cucu mereka hanya akan terselamat dengan berpegang teguh dengan ilmu dan amalan Islam. tanpa ilmu dan amalan Islam mereka akan menderita bahana dari amalan nenek moyang mereka.
namun begitu, syaitan telah berjaya menipu nenek moyang ini kerana jahil di sebabkan zaman yang serba kerkurangan itu. sekiranya di zaman sekarang, anak cucvuy masih tidak mahu memperbetulkan , mereka akan selama-lamanya berada dalam kehidupan yang tempang . Ulama-ulama dan seluruh pihak dalam masyarakat juga perlulah membaiki ketempangan ini dengan cara yang bijak sana. membaiki yang rosak dan bukannya memkritik kebaikan yang telah sedia ada. kita tidak layak menghukum orang-orang yang baik yang tertipu dengan syaitan tadi tetapi kita di zaman yang lebih banyak ilmu dan kesedaran janganlah mengulangi kesilapan merreka yang berada di zaman yang gelap itu.
terima kasih sheikh
selama ini,saya sentiasa mencari untuk mempelajari ilmu harimau dan asal usul harimau..ada sesiapa yang tahu di mana dan siapa ?
As salam. Nama sy sulaiman. Nama sy adalah diambil dari moyang sy. Masa sy lahir nama sy lain tapi sakit kuat. Atuk sy pesan kena ikut nama moyang sy sebab watis. Mengikut cerita moyang su mmg ad ilmu ini. Sy Sblm ni kadang2 ad nmpk kelibat harimau tempang. Sy x tau samada harus terus atau buang. Sy pernah jmpa pawang sultan tetapi dia nak sy jaga n jgn buang kalau tak idup akan susah. Jaga x susah hnya kna buat bertih shja. Perniagaan dan kerja yg sy buat smuanya susah dan tak jadi. Modal sy dh abis beratus ribu dlm beniaga tp smuanya tak jadi. Skrg ni sy pun tak tahu samada nak teruskan keturunan ini atau tak. Mintak pendapat dan pertolongan.
sedara sulaiman bole pm sya 0186635493
sedara sulaiman bole pm sya 0186635493
Kamu ad saka harimau tu
Teruskan aja
Kamu yg urus tadbir
Kamu.khalifah
Uruskan dgn baik
Jasa supranatural segala problem:madalah cinta asmara,pengobatan non medis, pagar ghoib dll dg ilmu2 warisan leluhur2 jawa.Telpon:081567662467.
nak ilmu jadi harimau!
ini sudah downgrading dari tahap manusia ke haiwan, atau lebih teruk lagi, dari manusia ke jin! jelek dan syirik.
jika mati, mati sebagai binatang dan tiada peluang ke syurga.
nak ilmu jadi harimau!
ini sudah downgrading dari tahap manusia ke haiwan, atau lebih teruk lagi, dari manusia ke jin! jelek dan syirik.
jika mati, mati sebagai binatang dan tiada peluang ke syurga.
buang saja saka2 setan;
guna s.al-anfal;17.
sesiapa nak buang saka/gangguan setan;
hantar foto muka saja ke FB sy.
insyaallah.
sesiapa nak buang saka/gangguan setan;
hantar foto muka saja ke FB sy.
insyaallah.
buang saja saka2 setan;
guna s.al-anfal;17.
Allah maha mengetahui....
bagaimana utk memiliki ilmu tersebut..atau memnaggilnya utk berdampingan selalu?
maksud tuan?
Post a Comment