Friday, February 18, 2011

brain wash satu sihir moden

dalam membincangkan tentang qarin 1 satu saya telah menyebutkan tentang seekor anjing yang benar-benar keparat di Mesir tahun 60an bernama Solah nasr, bekas ketua perisikan Mesir zaman sosialis Gamal Abdul Nasr yang telah banyak membunuh ulama-ulama ikhwan. banyak Ulama-ulama Ikhwan yang terbunuh inisehingga hari ini tidak di ketahui di mana kubur mereka.




Beliau memulakan perbincangan dalam bukunya el harb al nafsiyya dengan menyebut peranan berlapar dan menahan diri dari keinginan-keinginan semula jadi sebagai satu kekuatan yang boleh mengubah pegangan, sikap dan tingkah laku seseorang, beliau membawa contoh Gautama Buddha, beberapa tokoh-tokoh Hindu dan figur-figur lain yang melalui berlapar dan menahan diri dari keinginan-keinginan semula jadi, mereka telah berjaya mengubah pegangan, sikap dan tingkah laku asal mereka kepada apa yang mereka latihkan itu.


seterusnya beliau menjelaskan dalam buku syibus yang menjadi teks kepada pelatih-pelatih yang akan menyiksa Ulama -Ulama tersebutsiang dan malam bahawa dengan membiarkan seseorang lapar dan tidak tidur beberapa hari di sertakan dengan di pancarkan cahaya yang kuat pada bahagian muka mereka dan di tanya dengan soalan yang bertubi-tubi daripada berbagai-bagai arah dan berbagai-bagai topik dan tajuk adalah di antara pendekatan brain wash yang paling banyak berjaya yang tidak lain dan tidak bukan adalah menjadi satu cabang kepada sihir moden yang berjaya menukarkan pegangan dan pendirian seseorang tahanan politik atau aktivist dakwah.




contoh-contoh bagaimana mereka telah berjaya mengubah pegangan dan pemikiran pendakwah yang muda dan masih lemah yang mana adalah mereka yang tergesa-gesa menolak(ban) kebaikan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah atau pendakwah yang cepat melabelkan bid`ah kepada amalan-amalan baik yang tiada nas dan sandaran yang kuat telah menjadi satu kejahatan kejayaan yang mereka banggakan.




dalam erti kata yang lain,mereka telah berjaya dalam sihir moden yang mereka lakukan terhadap pendakwah-pendakwah, mengubah pegangan dan cara berfikir manusia-manusia tersebut






namun begitu, sebenarnya sekiranya kita melihat secara realiti perjuangan ikhwan di Mesir, kegagalan mereka dalam menukarkan pegangan seseorang adalah lebih besar kerana Ulama-Ulama yang lebih matang menghadapi sihir moden ini dengan cara yang lebih konsisten dan mara dengan berpesan sesama mereka agar jangan melayan soal jawab pegawai-pegawai yang di tugaskan melainkan hendaklah sentiasa konsentret dengan doa:








اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبتا على دينك وعلى طاعتك




Ya Allah ya tuhan kami, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan kekalkanlah kami dengan ketaatan kepadaMu.




doa ini telah di baca dengan kyusu` berulang kali tak putus-putus oleh ulama-ulama Ikhwan tanpa melayan langsung kata-kata yang berupa brain wash tersebut.Ulama-ulama itu telah berjaya menghadapinya . mereka tidak berpaling sehinggalah sebahagiannya mengadap Allah dalam keadaan keluarga mereka tidak mengetahui kerana khabar mereka telah hilang dari dunia yang fana ini.




sejarah perisikan Yahudi Sosialis zaman Gamal abdul Nasr telah membuktikan sihir berbentuk penyiksaan yang di namakan pemulihan itu, yang berupa membiarkan seseorang lapar dan tidak tidur beberapa hari di sertakan dengan di pancarkan cahaya yang kuat pada bahagian muka mereka dan di tanya dengan soalan yang bertubi-tubi daripada berbagai-bagai arah dan berbagai-bagai topik dan tajuk adalah tidak berjaya menyihir manusia ayng mempunyai pegangan yang kukuh kepada Allah

No comments: