Monday, February 14, 2011
KITAB AL QANUN IBN SINA
Kitab yang pernah menjadi ensaiklopedia perubatan dalam dunia Islam lebih dari 800 tahun lamanya ini mempunyai tiga jilid . Kandungan kitab ini sangat sangat sulit untuk di fahami. Ini kerana isi kandungan kitab ini terlalu berbeza dari penulisan-penulisan lain yang lebih mudah untuk di fahami.
kitab ini di mulai dengan membicarakan tentang keseimbangan dalam badan. Kesimbangan dalam badan ini adalah asas asal kejadian manusia yang di ciptakan Allah di susunNya di atas landasan fitrah. bilamana manusia cubamentadbir sendiri dirinya tanpa mengikut peraturan Allah bererti ia telah mengubah fitrah ini. Maka samada dengan cara yang di sedari atau sebaliknya, ia pasti akan menerima hukuman Allah yang berupa kesakitan-kesakitan yang semestinya di tanggung manusia itu.
ertinya penyakit itu adalah sesuatukerosakan yang berlaku akibat telah menyeleweng dari fitrah( kejadian asal yang Allah SWT susunkan)
Ibn Sina telah menggunakan perkataan mizaj yang me`tadil( المزاج المعتدل ) sebagai term yang menerangkan tentang sihat manakala perkataan khulat( خلط أخلاط ) pula di gunakan sebagai menerangkan tentang angkubah-angkubah yang menyebabkan seseorang itu menjadi sakit.Seseorang yang di kuasai oleh angkubah-angkubah yang keji adalah lebih kuat menguasai bahagian-bahagian tertentu badan, ia akan menyebabkan orang tersebut berasa sakit. unsur yang keji dan jahat ini di namakan( أخلاط رديئة )
seterusnya Ibn Sina menyenaraikan anggota dan kedudukan mizaj asal manusia yang di jadikan Allah secara fitrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment