Saturday, February 12, 2011

mengenali saluran sempadan dan titik-titik penyakit dalam badan pesakit(1)

Allah telah menjadikan bahagian-bahagian anggota  badan manusia secara berpasang-pasangan sebagaimana yangdi nyatakan Allah dalam  surah yassin:


Maha Suci ia (Allah) yang telah menjadikan  segala-galanya itu berpasang-pasangan , dari apa yang tumbuh di atas muka bumi, dan pada diri kamu dan bayak lagi yang kamu tidak mengetahuinya.

maka Allah jadikan sepasang telinga, sepasang mata, sepasang lubang hidung, sepasang tangan, sepasang kaki, sepasang lutut, sepasang peha,sepasang buah pinggang , sepasang testis, sepasang rusuk, sepasang betis, sepasang betis.kesemua ini adalah berpasang-pasang kerana setiap keduanya terbahagi kepada kanan dan kiri. Tujuan kesemuanya di jadikan berpasangan adalah untuk tujuan keseimbangan. dengan keseimbangan manusia dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera.




setiap anggota dan bahagian badan yang berpasangan itu ada sempadannya Sempadan bahagian depan manusia ialah satu garis lurus yang diatasnya terletaknya ubun-ubun, turun ke bawah sehingga menemui bucu hidung , parit bawah lubang hidung, terus ke bawah menemui tulang khuldi, terus ke ulu hati yang terletak di celah kepala rusuk bahagian dalam, terus ke bawah menyentuhi pusat, terus ke bawah lagi betul-betul menemui lubang kemaluan. Adapaun sempadan bahagian belakang lebih mudah untuk di temui kerana bahagain besarnya ada bertanda iaitu bahagian belakangnya di tanda dengan tulang belakang(spinal korda).

Apabila seseorang ingin mengubah semangat seseorang samada dalam bentuk merawat iaitu mengubah semangat seorang ke arah yang lebih baik  atau menyihir iaitu mengubah semangat seorang tersebut kepada lebih lemah adalah dalam bentuk depan atau belakang.


ada di sepanjang garis depan dan belakang ini terdapat banyak pusat-pusat di mana di situlah keluar masuknya penyakit dan ubat dalam badan manusia.


umpamanya di bahagian kepala terdapat satu titik yang sangat besar di tengah-tengah kepala yang di namakan oleh ahli-ahli perubatan Islam tradisional dengan nama masjidil Aqsa. Tempat ini di namakan demikian kerana di kiaskan dengan Masjidil Aqsa, Palastine ,tempat berakhirnya isra( perjalanan melintang dari Mekah ) dan permulaan Mikraj( perjalanan menegak ke Sidratil Muntaha) . dari situ ia bercabang kepada empat iaitu   :1)   ke atas 2) ke depan 3) ke belakang 4) ke bawah


yang pertama dari masjil aqsa ini ke atas akan menemui ubun-ubun.Yang kedua dari masjil aqsa ini ke depan akan menemui satu titik yang di namakan  rawang iaitulah pintu keluar masuknya ruh idhofi setelah melalui satu highway siap terbina dalam diri manusia yang aqil baligh semenjak ia berumur dua tahun lagi.  Yang ketiga  dari masjil aqsa ini ke belakang yang kedudukannya di tengah-tengah titik di mana biasanya orang-orang perempuan menyimpulkan sanggul rambut mereka.  Cabang yang terakhir ialah dari tengah-tengah otak tadi menuju ke tapak kaki kedua-dua belah kaki .


Bilamana perawat menghembuskan bacaan mereka ke kepala, ertinya di bahagian tengah inilah yuang di makrifatkan/ dikonsentrasikan agar dengan itu penawar dapat mesuk ke dalam selaluinya seketika, sebelum ia bergerak ke bahagia-bahagian lain ke serata tubuh.Peranannya samalah seperti peranan oksigen kepada jantung(?) dan darah dalam paru(?) 




Untuk memudahkan bacaan ayat-ayat suci sampai ke titik utama yang di namakan baitul maqdis tadi, maka menurut setakat yang saya perhatikan ialah kebanyakan perawat yang berpengalaman lebih suka menghalakan tiupan mereka kepada ubun-ubun. 

caranya ialah mereka berada di tempat yang lebih tinggi dari pesakit ,umpamanya mereka berada di atas kerusi manakala pesakit di atas lantai, ini kerana  untuk memudahkan tiup dengan teknik demikian dapat di lakukan. ini bisanya menjadi teknik pertama yang di pilih oleh sebahagian pengamal perubatan. itu kalau dari posisi atas. kalau dari posisi depan, mereka akan menghalakan tiupan ke dahi dengan konsentrasinya pada lubang rawang yang terletak di antara kedua-dua kening. Seandainya perawat berada di posisi belakang, mereka akanmenghalakan tiupan ke titik di mana terdapatnya pintu keluar masuk di tengah-tengah tempat di simpulkan sanggul.














BERSAMBUNG

No comments: