Wednesday, February 9, 2011

AYAT EMPAT (1)





Dalam kebanyakan tariqat di negara-negara Arab khususnya di Mesir, terdapat satu himpunan zikir yang di namakan ayat al ghalbah( pemenang) yang tujuannya di amalkan dalam suasana perang bagi memperolehi ketahanan jiwa dan kekentalan semangat berperang dengan orang-orang kafir. 

himpunan zikir--zikir tersebut ialah seperti di bawah, 




بسم الله الرحمن الرحيم 


لاإله إلا أنت سبحانك إنى كنت من الظالمين




بسم الله الرحمن الرحيم  


والله غالب على أمره


بسم الله الرحمن الرحيم 


يا حى يا قيوم يا إلهنا وإله كل شئ إلها واحدا لا إله إلا أنت 


بسم الله الرحمن الرحيم 


يا ذا الجلال والإكرام 


Di abad yang ke lapan dan ke sembilan belas , amalan ini telah di bawa ke tanah air kita melalui beberapa pengajian zikir dan doa dalam bentuk pengajian tarikat-tarikat tertentu di pondok-pondok yang banyak tumbuh pada waktu itu terutamanya di Patani dan Acheh, seterusnya berkembang di Terengganu dan Kelantan serta beberapa gedung ilmu yang lain lagi pada masa itu. Untuk memudahkan perbincangan kepada murid-murid di Alam Melayu ini, guru-guru tersebut menamakan zikir-zikir ini dengan dengan nama ayat 4. ini bersesuaian dengan kedudukannya yang berangkai kepada empat ayat. murid-murid yang mempelajari ayat ini seterusnya bolehlah di bahagikan kepada dua kumpulan yang besar. 


kumpulan  pertama yang terus kekal di gedung ilmu samada di pondok-pondok, pasantren-pasantren di Indonesia atau menjadi Imam dan bilal-bilal persendirian di kampung masing-masing. Mereka ini masih mengamalkannya dalam bentuk amalan tarikat sebagaimana yang mereka warisi dari guru-guru mereka.


kumpulan kedua pula, bergerak secara yang lebih nyata di medan menentang Inggeris di mana pendekatan yang mereka ambil ialah melatih pelajar-pelajar mereka kerpada bentuk persilatan. Maka beberapa amalan kebatinan telah di ajarkan kepada murid-muridnya termasuklah pengamalan ayat ini turut di tekankan.


sebenarnya kedua-dua golongan ini sentiasa berhubung rapat di antara satu sama lain. Golongan pendekar dan persilatan yang mengambil ilmu kepahlawanan dari pondok-pondok semasa mereka memperdalami ilmu agama adalah berbeza dari golongan persilatan yang mengambil pendekatan haram  kerana golongan yang mempelajari agama ini mempunyai tujuan memelihara agama berbanding dengan golongan yang kedua ini menjadi lanun yang ingin memiliki harta yang lebih banyak, pengaruh yang lebih besar dan menjadi raja yang berkuasa. 


di zaman-zaman yang berikutnya, pendekar-pendekar persilatan dari pondok-pondok ini menubuhkan perguruan dengan berbagai-bagai nama yang pada pandangan masyarakat semakin kabur berbanding dengan cara asal pondok yang lebih ketat dan nyata sempadan-sempadannya. Persilatan-persilatan ini di lihat semakin menyamai dengan persilatan-persilatan lanun-lanun tadi. kekaburan ini telah di ambil kesempatan oleh golongan musuh, samada di sedari oleh kita atau tidak ,untuk memecah belahkan kita dan seterusnya melemahkan kita dengan menyatakan golongan ini sebagai golongan yang sesat. tuduhan beginilah yang akhirnya di lihat di dalam masyarakat, tetapi sekiranya kita mendekati golongan persilatan dari pondok ini, mereka berhujah bahawa kita semua berjuang meninggikan agama Allah berdasarkan kemampuan dan bakat yang berbeza-beza yang telah di bekalkan oleh Allah SWT. 






"guru-guru agama mempunyai kebolehan mengajar  agama. kebolehan ini bukanlah di berikan kepada semua orang. Kami yang tidak berkebolehan dalam mengajar tetap menyumbang kepada agama dalam bentuk mengajak pemuda-pemuda membuat persiapan berjihad pada jalan Allah. malangnya kebanyakan usaha kami telah di salah fahamkan oleh ahli masyarakat yang rata-ratanya jahil tentang agama. apatah lagi dengan menyalakan api jihad ini, musuh-musuh lebih bersatu memukul kami berbanding dengan golongan agama. Anak-anak muda yang alim dan berkebolehan juga tidak ramai yang datang ke sini membantu kami. Mereka lebih selesa dengan kegiatan mengajar tanpa apa-apa gangguan dan terus di sanjungi oleh masyarakat. Lantaran itulah ,masyarakat telah menyamakan kumpulan kami dengan kumpulan lanun-lanun." kata mereka memberikan penjelasan kepada kami.


hakikat ini perlu di fahami oleh kita semua. kita bawakan saja contohnya. kiyai Salleh yang terkenal sebelumnya dengan perguruan silatnya Selendang Merah. Nama Selendang Merah yang di gunakannya olehnya  adalah menyamai dengan nama beberapa Selendang Merah milik perguruan-perguruan lain termasuk beberapa perguruan yang berakar umbi dari lanun-lanun.


Selendang Merah kiyai Salleh ini adalah menggunakan amalan ayat 4 yang kita bincangkan ini. malangnya di zaman-zaman yang kemudian ini, nama ini semakin keliru . bilamana ada keterangan yang menyebutkan Selendang Merah adalah salah, orang akan mengaitkan amalan Kiyai Salleh dan kisah pedang terbang 13 Mei sebagai ajaran salah juga.  bilamana hal sedemikian berlaku, maka wujudkan kata-kata yang tersebar yang akhirnya menjadikan manusia Islam Melayu kita semakin menjauhkan dirindari ayat 4 atau ayat al ghalbah dalam tarikat-tarikat di dunia Islam tadi. 


secara tidak langsung, kita sendiri membuang senjata kita. maka di sini marilah kita bertanya diri kita sendiri siapa yang rugi??? Kenapa pula jadi begitu. ???


masalah yang timbul hari ini ialah ramai yang berkata ilmu ini salah dan sesat, tetapi belum memahaminya secara mendalam dan belum juga mengkaji latar belakangnya yang sebenar, perasan liar telah tumbuh menjalar dalam diri terhadap senjata pesaka orang-orang alim kita di zaman lampau yang telah mereka gunakan untuk menentang kuffar.


Marilah kita melihat apakah yang di katakan ilmu Selendang Merah Kiyai Salleh yang pada tahun-tahun berikutnya, murid-muridnya menamakan pula dengan nama ibu gayung atau gayung sembilan, yang mana kedua-dua nama ini ada kesamaan dengan beberapa perguruan lain yang tidak di ketahui akar umbinya.


Di katakan bahawa Kiyai Salleh telah lama mengamalkan ayat empat ini. Selepas Perang Dunia Kedua, ia memperolehi mimpi lagi berkenaan dengan peri mustahaknya mengamalkan amalan tersebut.


Di sini ia memperolehi asas pertama :
ayat pertama -41X
ayat kedua  - 41X
ayat kedua -41X
ayat keempat_10X




peringkat kedua-setiap ayat di baca sebanyak 125X


demikianlah peringkat-peringkat seterusnya sehingga kepada tujuh peringkat.


Inilah disiplin-disiplin yang di susunnya kepada murid-muridnya.


Bilamana ilmu ini di jadikan pula sebagai gayung sembilan, di masukkan empat kepala yang merupakan hadiah al fatihah kepada Rasulullah SAW, Nabi Khaidir, Saidina Ali dan diri sendiri






لاإله إلا الله وحده لا شريك له












1 comment:

nubuwuah said...

salam ustaz...

ringkas dan menarik penerangan ustaz... amalan yang baik... dan amalan yang harus dituntut..