setelahmana Harut dan Marut di hantar di Babylon,pusat tamadun purba yang awal dalam sejarah kehidupan manusia, kerana ilmunya, ia telah di kelilingi oleh penduduk di sana untuk menimba pengetahuan darinya. maka untuk memiliki kekuatan yang lebih banyak, ada di kalangan penduduk di sana telah memintanya mengajarkan ilmu berhubung dengan jin. walaupun pada mulanya, mereka berdua enggan mengajarkan ilmu tersebut kepada penduduk pusat bandar tersebut, tetapi setelah di desak oleh mereka berkali-kali, akhirnya mereka berdua mengajarkan juga kepada penduduk tersebut setelah banyak kali mengingatkan mereka bahawa ilmu berhubung dengan jin ini ada banyak ujiannya.(Lihat surah Al Baqarah ayat 102)
setelah penduduk di pusat tamadun purba ini memperolehi ilmu tersebut, mereka mula berhubungan dengan jin. mereka bertanyakan kepada jin-jin ini berbagai-bagai perkara yang mereka tidak tahu. Jin-jin ini menjawab segala pertanyaan mereka bahkan juga memberikan pelbagai ilmu kepada penduduk yang ingin meningkat pembangunan kepada yang lebih tinggi itu. inilah kisah bermulanya hubungan dengan manusia dengan jin(Lihat surah jin.)
jin-jin ini mula mengajarkan kepada mereka bahawa setiap yang hidup menyimpan tenaga. binatang menyimpan tenaga di dalam badannya. tenaga itu di simpan di dalam ruh dan qarin yang berada di dalam badannya. Tenaga itu akan hilang bersama kematiannya.ini kerana, menurut jin-jin tersebut, bilamana mati binatang tersebut, ruh dan qarin binatang tersebut akan keluar dari badan binatang tersebut. Namun begitu, tenaga dapat di simpan melalui penyembelihan yang di buat di dalam satu garis bulatan atau segi tiga. Membuka tenaga yang tersimpan itu mestilah dengan menggunakan darah binatang itu. maka dengan menggunakan kunci yang berupa darah binatang yang sejenis dengannya, kekuatan itu akan di hantar datang melalui suatu bekas atau kenderaan yang di namakan qarin. Pada masa ini, manusia boleh memanfaatkannya untuk tujuan tertentu.
Ertinya dalam contoh yang mudah di fahami pada hari ini, jin-jin tersebut telah menjelaskan kepada penduduk yang ingin kekuatan itu, darah adalah seperti handset yang menjadi alat memanggil manakala qarin adalah kereta ambulans yang membawakan orang sakit atau lori balak yang membawakan---
Maka bermulalah penggunaan barang bernajis darah sebagai upacara dalam kerja-kerja kemasyarakatan .Penyembelihan binatang di lakukan semasa berkumpul untuk mendirikan rumah, kedai, pasar, hospital, jalan raya dan sebagainya lagi. Daging binatang untuk hidangan manusia manakala darahnya untuk hidangan jin. Mereka kedua-dua makhluk ini berkongsi . hasilnya datanglah qarin yang membawa kekuatan menemui orang yang mencarinya.
Bagaimanakah kedatangan qarin binatang kepada manusia ?
semangat yang di bawa dari qarin binatang yang ganas boleh menjadikan keberanian untuk menghadapi musuh dalam medan pertempuran. Maka wujudlah panglima-panglima yang gagah berperang menggunakan qarin binatang-binatang ganas seperti harimau, singa, ular dan sebagainya lagi.
Bilamana panglima-panglima ini mati, qarinnya pula di panggil dan di pergunakan oleh generasi yang datang kemudian dengan kuncinya adalah darah manusia.
Ilmu ini akhirnya berpindah ke Mesir purba setelah mana Babylon mengalami zaman lemahnya.
Pemujaan kepada ruh orang mati(raja-raja dan panglima yang gagah perkasa) melalui perantaraan jin-jin menjadi satu amalan rasmi sesebuah kerajaan syirik.
No comments:
Post a Comment