di samping karya ibn sina kitab al qanuun fi tibb telah menjadi rujukan utama kepada perubatan di dunia Islam selama lebih dari 800 tahun lamanya, di sana terdapat banyak lagi rujukan-rujukan penting yang mempunyai peranan yang besar dalam sejarah yang panjang dalam perubatan di dunia islam. izinkan saya menyebut di sini salah satu daripadanya yang di sebut tazkirah daud atau tazkirah daud antaqi. jodol asal kitab ini ialah ( تذكرة أولى الأباب ). perkataan antaqi menerangkan tentang kampung kelahiran pengarang kitab tersebut syeikh dawud yang memperolehi panggilan al Allama di kalangan cerdik pandai perubatan di zaman silam
. sebahagian besar kitab ini membicarakan tentang penyakit-penyakit dan herba-herba.
berbagai-bagai kegunaan bahan bahan yang mudah ke kenali seperti kegunaan madu ,habbatus sawda, delima, bidara , inai, pudina , dan sebagainya lagi yang bersifat supplement. demikianlah juga herba-herba yang tidak kita kenali yang sukar di perolehi di negara kita.
saya berhasrat untuk sama-sama memberikan sumbangan dari semasa ke semasa samada yang berupa idea dan penulisan tentang penggunaan bahan-bahan tadi setakat pendedahan yang saya perolehi.
No comments:
Post a Comment