Sunday, February 6, 2011

DILEMMA ANAK CUCU PEWARIS HANTU RAYA

hantu raya milik seseorang yang telah meninggal dunia  memang sentiasa berkeliaran sekeliling kampung pada waktu-waktu tertentu terutamanya pada waktu pagi dan petang. Ia akan mengeluarkan bunyi  berciyek-ciyek seperti sekumpulan anak ayam yang kehilangan ibunya. orang akan menyangka itu adalah bunyi sekumpulan burung kunyit yang terbang di atas atap rumah. Menurut kata orang-orang tua, hantu raya yang seperti ini lazimnya dalam sehari dua itu pasti akan mengganggu bayi kecil yang keluar rumah waktu malam tanpa berlapik kepalanya. Bayi ini akan menangis dengan badannya melonjak-lonjak ke atas  sambil memejamkan mata dan tidak dapat lena malam dengan selesa. Ibu bapa bayi ini pasti akan menghadapi masalah terutama bilamana mereka adalah terdiri dari penyewa-penyewa baru rumah yang di situ tiada waris atau kenalan yang mengetahui asal usul kampung tersebut. Bilamana bayi tersebut di rawat , mungkin malam besok atau malam-malam seterusnya tangisan yang memenatkan masih berterusan melainkan setelah di kawal segala sudutnya sedari awal lagi..






Bagi pemilik hantu raya yang ingin bertaubat pula, Allah yang Maha Pengampun mengampuni dosa hamba-hambanya yang bertaubat nasuha. (Firman Allah ......) 




Tetapi ujian yang akan di lalui bagi menguji kesabarannya tidaklah mudah. Bukan senang baginya untuk mengahalng hantu raya tersebut dari terus mengganggu keluarganya sekiranya ia  tidak menemui gurunya yang asal yang dapat membatalkan perjanjian asal mereka.  inilah masalah yang seringkali di hadapi oleh mereka yang ingin bertaubat kerana guru merekaa telah lama meninggal dunia. 




sekiranya guru mereka masih hidup, soalnya kepada siapakah pula  perlu di serahkan hantu tersebut. 


Pilihan yang ada di hadapan mereka yang insaf ialah mengamalkan seberapa banyak zikir yang di nyatakan oleh Alim Ulama samada yang berupa ayat-ayat Al Quran, doa-doa dan kalimah-kalimah yang berunsur mengtawhidkan Allah. Tetapi ini tidaklah menjamin diri dan keluarganya terselamat terus secara fizikal  dari gangguan hantu raya ini. makhluk durjana jenis syaitan ini bukanlah seperti tayar buruk kereta kita  yang boleh di campakkan di mana-mana tong sampah, Bila mana ia telah berada di dalam tong sampah, maka ia tidak akan pulang lagi ke rumah tuannya.

Orang yang membuang kucing yang datang ke rumahnya juga akan menghadapi masalah runsing bilamana kucing yang di buang itu datang semula ke rumahnya. inikan pula syaitan yang Quran nyatakan sangat mempedayakan manusia.


Mereka akan tetap di ganggu dengan berbagai-bagai bentuk gangguan seperti gatal seluruh badan, lenguh-lenguh seluruh sendi , tidak boleh tidur malam dan sebagainya lagi. Ujian-ujian ini mestilah di hadapi dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat dan doa pendinding tersebut. Bacaan pada waktu di serang itu lazimnya belum lagi mampu memberikan kekuatan secukupnya untuk menghadapi cabaran tadi, tetapi mestilah di bekalkan dengan ribu-ribu kali bacaan yang di amalkan berterusan beserta riyadhah-riyadhah tertentu seperti berpuasa sunat dan bersedekah. Barulah setiap kali gangguan itu datang, ia tidak boleh menghampiri bekas tuannya itu. Tetapi gangguan itu tidak akan berputus asa sekali-kali. sebab itulah seringkali kita melihat seorang yang terlalai seketika umpamanya meninggalkan amalan selama seminggu, menjadi tumbang akibat serangan yang datang secara mendadak di waktu yang ia tidak memperbaharui kubunya. ini kerana ada juga berlaku kubu itu menjadi kurang kuat lagi setelah berlalunya hari yang telah pergi dan datangnya hari yang baru.
 

Waris-waris juga mungkin  akan berhadapan dengan gangguan sedemikian. Walaupun telah banyak kali berubat di merata tempat, gangguan itu tetap tidak mahu meninggalkannya. maka ia hendaklah istiqamah setiap waktu dengan amalan-amalan tersebut. Janganlah di layan rasa malas dengan membuat alasan bahawa pagi tadi telah banyak kali aku membaca zikir tersebut . ini kerana kekuatan gangguan itu sentiasa di perbaharui bersama pergerakan cahaya matahari, bulan dan bintang.

bagi orang yang menghadapi ancaman yang kuat perlulah beramal sekurang-kurangnya tiga kali sehari setiap hari iaitu waktu pagi,petang dan menjelang tidur malam hari.





Jika beginilah penyelesaian kepada keturunan manusia yang memiliki hantu raya ,  marilah kita bayangkan apakah yang akan berlaku kepada kita sekiranya mereka adalah  kita yang malas beramal pendinding, Bayangkan sekali lagi, apakah yang akan berlaku sekiranya mangsa ini tidak tahu  membaca Al Quran dan tidak memelihara sembahyang dengan sepenuhnya. Bayangkan lagi sekiranya mereka ini adalah yang sentiasa hidup bergelumbang dengan dosa dan maksiat. Dalam masyarakat, kita akan menemui jawaban yang cukup mudah. Mereka akan mempersalahkan ustaz-ustaz yang merawatnya sebagai tidak mujarrab.  Saya sudah pergi ke sana sekali  ke sini sekali ustaz ustaz, air sudah saya minum berbotol-botol air do`a tapi tak mahu baik juga.


yelah  kereta pun tak akan hidup sekiranya di isi minyak sekali saja setahun sedangkan pakai di buat berjalan setiap hari. Nasi masuk dalam perut pun mesti makan dua tiga kali sehari, inikan pula makanan batin, makanan ruh sepatutnya mestilah lebih lagi


Wallahu `alam


---


BERSAMBUNG









No comments: