Monday, February 7, 2011
langsuyar di laman r
dalam masyarakat kita, langsuyar dan pontianak adalah merujuk kepada sejenis hantu hodoh yang mempunyai kuku panjang, bermata merah, rambut yang panjang mencecah punggung dan mengambil rupa seorang wanita.
hantu ini di katakan berasal dari pujaan terhadap seorang perempuan yang mati beranak sulung. pada tengkoknya atau belakang lehernya ada satu lubang yang akan menjadi sasaran bomoh yang menentangnya . Bomoh ini akan menusukkan sebatang paku kesitu. Di katakan sesiapa yang berjaya menusukkan paku ke tempat tersebut, maka ia adalah berjaya menewaskan pontianak atau langsuyar tersebut.
Yang menariknya ialah terdapat sejenis pokok hutan jenis menumpangyang di namakan pokok langsuyar. Di katakan bahawa menjadi kesukaan kepada langsuyar untuk berehat di pokok sebegini pada waktu malam. Oleh itu orang-orang tua dahulu melarang anak cucu mereka menanam pokok tersebut di sekitar kawasan rumah mereka.
Pada hari ini, pokok tersebut telah menarik perhatian pecinta landskap untuk menjadi sebahagian dari hiasan rumah mereka.
Saya ada menerima beberapa aduan yang bertanya kenapa pada malam-malam tertentu, mereka ini ada mendengar bunyi seperti siulan dari kawasan tersebut. Apabila mereka menghampiri hiasan laman rumah rumah mereka itu, bunyi itu hilang seketika dan mereka sendiri tidak menemui apa-apa. Mereka ini menyangka rumah mereka di sihir oleh manusia yang berniat buruk terhadapnya.
Mungkin pesanan orang tua-tua ini ada benarnya
والله أعلم بالصواب
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment