Memperkatakan tajuk ini adalah satu topik yang sangat luas.
Marilah kita mulakan perbincangan kita tentang sekolah pemikiran perubatan Islam dari pasantren-pasantren Indonesia yang mana di Malaysia kita ini ada pengamal-pengamal yang masih giat mempraktiskannya. Hakikat ini seharusnya kita akui kerana memang sebahagian ilmu berkaitan dengan kebatinan dan makhluk halus samada yang baik atau sesat , adalah berasal dari sana. kemudian di kembangkan ke sini dengan beberapa modified.
umpamanya kita bawakan saja contoh yang pertama ialah perubatan yang di sandarkan kepada wali sembilan yang lebih terkenal dengan nama wali songo itu.Samada sandaran itu benar atau tidak, itu suatu hal yang tidak mudah untuk di hujahkan. Yang pastinya ialah sekolah pemikiran bermethod begini banyak di pelopori secara awalnya oleh golongan Jawa.
Ahli perubatan ini lebih banyak mengamalkan zikir asmaulLLah hil husna. seperti Ya Allah Ya Allah, - Ya Hayyu Ya Qayyum, -Ya syafi, Ya Syafi,- Ya Syafi Ya Mu`afi _ Ya Salam Ya Mukmin dan sebagainya lagi.
Bersesuaian dengan kemunculannya yang di katakan paling awal, sekolah ini telah muncul di tengah masyarakat Melayu yang amat kuat berpegang dengan Hindu pada masa itu, tentulah menjadi kesulitan kepada pendakwah-pendakwah mengajarkan orang-orang di zaman tersebut untuk menyebut beberapa kalimah Arab yang panjang-panjang, bahkan ada juga kajian sejarah yang menyebutkan bahawa pada masa itu, kerana sukarnya memahamkan orang ramai dengan kalimah Arab, nama-nama malaikat yang sepuluh yang wajib di ketahui oleh setiap oraang Islam juga di ajarkan kepada kanak-kanak dengan istilah terjemahan yang di kemudian hari istilah itu telah di lihat sebagai dewa-dewa hindu tetapi maksud pendakwah pada masa itu ialah nama malaikat-malaikat yang sepuluh. Sedikit demi sedikit kalimah-kalimah rengkas berbahasa Arab seperti Jibrail, Makail, Israfil telah di bawa masuk ke dalam masyarakat . Ini boleh kita lihat pula pada jampi-jampi yang di ajarkan oleh bomoh-bomoh di zaman yang lebih kemudian yang telah terdedah dengan ilmu Islam yang lebih luas.
Sekolah ini menekankan peri pentingnya bersuluk sebagaimana yang telah di lakukan oleh Rasulullah SAW di Gua Hira, dan di lakukan oleh Nabi Musa AS di Bukit Thur Sina selama empat puluh hari empat puluh malam.
Mereka yang bersuluk ini di latih dengan zikir Ya Allah Ya Allah sahaja deengan niat tertentu, dan cara tertentu. Niat yang tertentu itu seperti niat di turunkan penawar dan ubat kepada penyakit yang di rawatnya. Setelah berzikir dengan jumlah yang banyak umpamanya beberapa ratus ribu kali selama beberapa lama, mereka merasakan di datangi oleh sesuatu yang membawa maksud ia boleh merawat pesakit-pesakit tertentu.
Bagi sesetengah orang yang sangsi dengan cara ini, kerana melihat wujud pengaruh hindu yang tebal pada perlaksanaan suluk,mereka mempersoalkan apakah yang datang kepada seseorang yang mengamalkan zikir begitu.?
Golongan ini akan menjawab Syaitan tidak akan datang bersama orang yang menyebutkan zikir Allah
Allah secara berterusan.
Dalam rawatan, sekolah ini menggunakan kaedah makrifat sebagai cara menarik penyakit keluar dari badan pesakit.
para santri mereka di zaman penjajah, dalam usaha mencari mencari jalan keluar dalam menentang penjajahan Belanda yang sangat keras, lebih keras dari Kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu telah menemui suatu kaedah yang di namakan silat gerak dengan hanya berzikir Allah Allah Allah atau Ya Allah Ya Allah Ya Allah atau La ilaha Illallah atau Allahu akbar secara berterusan.
Samada amalan sebegini benar atau salah, sebenarnya amalan sebegini tidak asing kepada kita, memang selalu benar kita dengar tentangnya. izinkan saya selitkan di sini satu kisah yang menarik untuk kita renungkan disini, terutamanya kepada pejuang-pejuang di jalan Allah.
pada satu hari berlaku di satu sekolah menengah di luar bandar di Selangor, seorang pelajar yang teruk akhlaknya mengamuk, menurut cerita kawan-kawannya dia baru sebulan ada belajar silat gerak dengan zikir Allah Allah.
maka sebagaimana biasalah hal-hal yang seperti ini di serahkan kepada seorang ustaz lelaki yang mengajar di sekolah tersebut. Pengetua perempuan di sekolah itu berkata" Ustaz, nasihatlah budak-budak ni janganlah belajar ilmu-ilmu syirik macam tu, tak ada gunanya"
Setelah menyelesaikan masalah murid yang mengamuk itu, ustaz ini pun bertanya tentaeng ilmu yang di pelajarinya itu. budak ini berkata memang dia ada belajar ilmu silat gerak Allah Allah itu. katanya dia belajar untuk mempertahankan agama Allah yang di perkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam .
akhirnya ustaz itu berkata" belajarlah dulu ilmu sekolah ni sehingga berjaya. bila dah berjaya barulah kita dapat memelihara agama Allah."
Setelah empat tahun berlalu, tersebarlah dalam masyarakat setempat bahawa ustaz tersebut berkata ilmu tersebut adalah sesat dan syirik.
Rupa-rupanya hal ini membentuk satu tohmohan liar terhadap ilmu tersebut. Maka guru yang mengajar ilmu silat zikir Allah Allah ini pergi ke sekolah tersebut dan berjumpa dengan ustaz tersebut meminta penjelasan di manakah silapnya ajaran yang di ajarkannya kepada murid-muridnya sudah berpuluh-puluh tahun itu.
i gunakan
Kata guru ilmu silat zikir Allah Allah ini" sekiranya benar apa yang saya miliki ini sesat dan syirik, saya bersedia untuk bertaubat kepada Allah, tetapi mestilah di atas asas yang kukuh sebab setakat yang saya belajar, ilmu ini adalah haq. Ia telah di gunakan oleh orang-orang soleh-tuan-tuan guru yang lebih alim dan warak dalam menentang penjajah sehingga ramai di antara mereka yang telah gugur di jalan Allah tidak undur walaupun selangkah ke belakang.
Ustaz itu menjawab" saya tidak pernah berkata ilmu itu syirik , saya hanya menasihati pelajar tersebut supaya mengutamakan pelajaran saja supaya ia menjadi orang yang berguna di kemudian hari kelak."
Guru ini be rkata" adakah ustaz berfikiran dengan berjaya dalam pelajaran dan tiada semangat jihad dalam dirinya, seseorang itu akan menjadi manusia berguna. Berapa ramai manusia hari ini yang pandai dan berpendidikan tinggi tetapi paling jahat sekali, melebihi orang yang berpendidikan sederhana, mereka ini menggunakan kecerdikan dan kedudukannya yang di lihat sebagai bijaksana itu untuk menipu orang ramai.
Bukankah Nabi telah menyuruh setiap orang Islam agar mempunyai semangat jihad dalam setiap diri masing-masing.Mati tanpa semangat jihad adalah seperti mati jahiliyyah."
seterusnya ustaz itu meminta izin untuk kemukakan beberapa buku yang merupakan kajian-kajian ilmiah di tanah air yang menerangkan silat-silat zikir itu adlah di resapi jin.Ustaz tersebut turut membawa contoh kes pelajarnya yang di resapi jin empat tahun lalu itu.
Guru ini berkata" memang pengkaji-pengkaji itu berkata begitu kerana mereka adalah orang-orang yang tidak tahu hakikat sebenar, mereka hanyalah mencatatkan percakapan zahir orang yang di rasuki jin itu yang merupakan percakapan jin yang berbohong dan menuduh benda-benda yang baik itu sebagai sesat. Jin-jin itu berkata ia di hantar oleh persilatan zikir untuk memburukkan kumpulan zikir agar manusia meninggalkan zikir. persoalan sebenar ialah kita perlu bertanya adakah dengan berzikirlah seseorang itu berusaha memasukkan syaitan kedalam dirinya atau zikir itu untuk membersihkan diri dari syaitan?
Guru itu menjelaskan lagi" contohnya budak yang di rasuk jin tempoh hari itu, yang di rawat oleh ustaz tuh! berapa banyak syaitan telah lama berada di dalam dirinya sebelum masuk kumpulan zikir ini. asalnya dia bukanlah budak yang baik. dengan masuk kumpulan zikir dia ingin menjadi orang yang lebih baik. Ada
kah syaitan-syaitan itu suka dia berzikir dan menjadi orang yang lebih baik? tentulah tidak, lantaran itulahsemasa di rasuki jin itu, ia yang di kuasai jin itu membuat fitnah kepada kumpulan zikir agar orang ramai berprasangka buruk terhadap kumpulan zikir. Maka ia tidak akan mendekati kumpulan zikir . dengan itu berjayalah syaitan.
Syaitan ini sangat bijak ustaz, tanpa rahmat Allah, kita tak akan terselamat" tambah guru tersebut
setelah guru zikir tersebut pulang, ustaz tersebut termenung sendirian bertanya siapakah yang mengatakan dia berkata silat berzikir Allah Allah itu syirik dan sesat padahal ia tidak pernah berani berkata sebegitu jauh. dia walaupun jahil tetapi masih teliti. ia hanyalah menyuruh muridnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan pada hari ini ia benar-benar faham bahawa dengan itu sahaja belum memadai
setelah setahun dua iaa meneliti hal demikianlah akhirnya ia menemui jawapannya iaitu pengetua dan PKlah yang menceritakan kepada orang ramai bahawa ustaz sekolahlah ( dirinya) yang berkata ajaran silat zikir Allah Allah itu adalah sesat dan syirik. memang bijak betul pengetua itu. syaitan yang merasuk itu juga bijak.
BERSAMBUNG
Sebagai contoh kedua , Ilmu Harimau Kerinchi juga menjadi satu ilmu yang berpengaruh dalam beberapa kawasan pasantren di Sumatra
Walaupun ilmu ini di anggap oleh sesetengah orang dewasa ini sebagai ada banyak persoalan dan pertikaiannya, tetapi pengamal-pengamal terdahulu telah melihat dari sudut amalan ilmu ini adalah berhubungan dengan makhluk halus yang baik. ini kerana amalan ini tidak meminta darah sebagai makanan yang perlu di sajikan oleh tuannya berbanding dengan polong,peleset,hantu raya dan jin-jin lain yang di amalkan oleh dukun dan bomoh yang meminta darah sebagai sajian mereka.
Harimau Kerinchi ini berperanan untuk menjaga diri dan kebaikan harta benda. Ia tidak mengganggu manusia sekiranya manusia itu berniat betul. Harimau jadian dapat terus bersama tuannya meskipun tuannya beramal Yasin , surah jin , ayat 33 dan lain-lain pendinding berupa ayat Quran sebagai amalan setiap hari dan malam dalam kehidupan mereka.
nampaknya harimau ini tidak merajuk atau menjadi panas atau dalam erti kata yang lain tidakmenghalang pengamalnya melakukan amalan yang soleh padahal syaitan itu akan menghalang manusia dari melakukan amalan -amalan yang di redhai Allah SWT.
Persoalannya ialah , yang pertama, dewasa ini ada beberapa gangguan yang kadang-kadang mengganggu anak cucu pengamal ini. yang kedua ialah bagaimana nak merawati masaalaha ini padahal setelah di bacakan banyak ayat-ayat Quran seperti ayat 33, asas sepuluh dan sebagaimananya lagi tetapi banyak penyakit yang menunjukkan belum berkesan sebaiknya.
Masalah inilah di antara yang banyak menjadi kajian perawat-perawat.
BERSAMBUNG INSHA aLLAH
satu lagi
.
apa yang di
amalan
No comments:
Post a Comment