Thursday, February 10, 2011
memecahkan tembok yakjuj dan ma`juj malam jumaat
saya tulis tajuk di atas sebagai satu simbolik sahaja. bukanlah persoalan yakjuj dan ma`juj yang ingin saya bincangkan di sini tetapi persoalan masalah rumah tangga bilamana sang suami tidak dapat menembusi tembok isterinya,padahal keutuhan sesebuah rumah tangga itu, kuncinya adalah terletak pada bab itu.
sememangnya Islam menggalakkan perkahwinan, sejajar dengan tuntutan naluri manusia. Dan sememangnya Islam mengizinkan perceraian bilamana itulah yang menjadi penyelesaian kepada persengketaan antara suami dan isteri. Tetapi perceraian itu mestilah di kaji sebab mesababnya, dan di atasi faktor-faktornya kerana perceraian itulah yang paling di sukai oleh syaitan.
maka telah banyak kajian dan pengalaman yang menunjukkan bahawa perceraian berlaku kerana wujudnya ketidak puas hatian antara pasangan suami isteri dalam bab-bab semasa bersama. Faktor-faktor lain memanglah juga ada mempengaruhi juga .
soalnya mengapa hubungan sex menjadi masalah yang tidak dapat di atasi padahal ia sesuatu yang menikmatkan yang di cari oleh semua orang? jawabnya di situlah wujudnya syaitan. samada di namakan sihir atau saka atau apa saja nama, di situ ada tersembunyinya satu huraian yang menarik.
ramai orang yang tidak perasan seseorang suami tidak dapat menyetubuhi isterinya pada waktu malam selama bertahun-tahun lamanya, ada juga yang boleh menyetubuhi pada waktu malam tetapi tidak dapat melakukan pada malam jumaat selama beberapa tahun yang lama. dan yang lebih teruknya ramai manusia yang hanya melepaskan nafsunya dengan menyondol-nyondolkan ke badan isteri yang sedang tidur seperti babi yang menyodolkan perdu ubi , tetapi tidak menemui kepuasan sebagaimana yang di hajati atau yang sepatutnya.
demikianlah pula ramai isteri yang dengan berbagai-bagai keadaan, tidak dapat menikmati kebahagian dari suami, maka wujudlah sebahagian dari mereka itu, tidak dapat di kawal iman lagi, mencari jalan keluar yang di larang Islam. dan golongan lelakipun samalah aje!
Allah menjadikan malam sebagai pakaian sebagaimana yang dinyatakan Nya dalam surah amma ya ta sa alun. maka di jadikannya fitrah untuk bersama isteri adalah pada waktu itu. tetapi bayangkanlah apa yang berlaku tiba-tiba ia tiba-tiba menjadi tidak selesa untuk melakukan hal demikian, rasa panas membahang dalam badannya menjalar ke segenap sendi dan urat-uratnya, bahkan ada yang sehingga ke tahap bilamana ia berada di atas badan isterinya semasa bersama pada malam jumaat, di rasanya rumah itu seperti ada tenaga yang kuat menggoncangkan rumahnya dari sudut atas, at au mendengar bunyi seperti kucing mencakar-cakar dinding atau zink, atau seperti sekumpulan burung terbang balik ke sarang waktu petang, ---maka ini tentulah menerangkan bahawa dalam rumah tangganya ada saka yang menghalang kebahagiaannya. maka menjadi kewajipan kepadanya menyelamatkan rumah tangganya dengan mempertingkatkan amalan kerana syaitan jenis ini tidak akan di sedari , t idak akan di perasankan oleh sesiapapun kerana ia sangat halus. Kalaulah ia tidak mahumengusahakan untuk melakukan pada malam yang menjadi perebutan antara tiga kepentingan beramal, bersama isteri atau tidur melayan letih, maka tidaklah ia mengetahui tentang saka demikian kerana saka tersebut tidak menjelma pada malam-malam yang lain sekalipun ia berjaya bersama isterinya atau tidak pada malam-malam tersebut
maka dalam masa bersama mempertingkatkan amalan, mereka-mereka yang menghadapi masalah ini, hendaklah cuba berlatih pecahkan tembok tersebut dan rasakan sendiri senang ke mudah nak menjayakan hal tersebut.
Wassalam
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment