Nama Solah Nasr adalah satu nama yang tidak asing kepada pendukung-pendukung perjuangan Islam Ikhwanul Muslimin Mesir pada dekad 60an. Bahkan bagi sesetengah dari mereka, nama ini adalah seperti nama seorang kekasih yang akan tetap di kenang meskipun ketika dalam tidur. Ini adalah kerana beliau adalah seekor serigala lapar yang sangat rakus terhadap Ulama-ulama Ikhwan. betapa banyak darah yang mengalir, tulang belulang yang patah remuk , teriakan-teriakan yang memanjang dan menakutkan yang keluar dari hati yang tidak tertahan lagi menaggung azab seksa yang di kenakan ke atas mereka malahan ramai juga yang terbunuh adalah dengan keinginan dan restu dari seorang yang bernama Solah Nasr yang tidak di ketahui kenapa dendam kesumatnya terhadap Ikhwan adalah begitu tebal sekali. . Beliau adalah Ketua Perisikan Mesir zaman Sosialis Gamal Abdul Nasser yang berkiblatkan kepada Yahudi Russia itu.
Di samping ia memegang jawatan yang besar dan penting kepada Gama Abdul Nasser yang di gelar sebagai wira Arab pada masa itu, yang menyaingi gelaran Faisal Saudi, talibarut Yahudi rusia ini mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang ilmu sihir. Pengetahuan yang ia miliki dalam bidang ini cukup untuk di pergunakan kepada penyokong-penyokong Ikhwan.
Pengetahuannya itu di perturunkan kepada kuncu-kuncunya yang bakal melakukan penyiksaan dan kezaliman kepada pendokong-pendukung Ikhwan dalam bentuk sylubus kuliah Sekolah ketenteraan yang akhirnya menjadi tiga jilid buku yang di beri jodol " Al Harb Al nafsiyyah".
dalam buku itu, Solah Nasr menyebutkan tentang penggunaan qarin dalam sihir zaman kerajaan Babylon dan Firaun purba . Manusia dalam tamadun purba telah mempercayai bahawa manusia yang berhubungan dengan qarin tertentu dapat memiliki kekuatan tertentu darai binatang tersebut. Maka mereka melakukan beberapa upacara berhubung dengan panglima-panglima hutan seperti Sang Singa, sang harimau, sang ular, monyet, buaya dan sebagainya lagi. Asalnya mereka ini adalah tukang-tukang sihir yang di anggap sebagai golongan berilmu dalam masyarakat, sehinggalah kepada raja,pembesar-pembesar sehinggalah rakyat jelata yang ingin menjadi hulu balang raja di istana telah berhubungan dengan qarin. selepas beberapa keturunan, generasi manusia mula berhubungan dengan apa yang di namakan sebagai qarin-qarin datuk nenek mereka yang menjadi panglima yang handal dan gagah perkasa. kekuatan yang mereka perolehi hasil upacara-upacara ini menjadikan mereka berbangga dengan kekuatan yang mereka miliki. mereka tidak lagi memeriksa apakah yang sebenarnya itu datang, adakah itu sebenar-benar qarin atau jelmaan yang berbagai-bagai dari jin di kalangan kawan-kawan yang mereka puja itu.
demikianlah ..
Di Mesir , semasa golongan ikhwan yang kebanyakannya adalah menghafaz Al Quran di seksa dengan dasyatnya dalam penjara-penjara di bawah tanah yang amat menggerunkan , golongan yang menyiksa itu , sebagaimana penyihir-penyihir Fir`aun ,pada waktu-waktu lapang setelah mereka penat menyiksa para alim ulama, turut gembira berhibur dengan upacara-upacara ala freemason di mana pemujaan kepada qarin dan di sertai arak wujud secara tertutup di sepanjang Mesir berkiblat kepada Komunis Russia itu.
BERSAMBUNG
yang m---bersambung
No comments:
Post a Comment