Thursday, September 1, 2011

keindahan surah soffat dalam konteks perubatan Islam

walaupun ramai orang yang tertanya-tanya kenapa lau anzalna ayat akhir surah al hasyr menjadi ayat besar dalam perubatan Islam khususnya perubatan berkaitan dengan rawatan makhluk halus, tetapi ramai juga yang yang dapat menjawabnya. ini kerana sekiranya kita melihat maknanya sahaja pun sudah cukup,sekiranya al quran itu di turunkan ke atas gunung ganang nescaya gunung ganang itu engkau akan lihat pecah berkecai. ini kerana hebatnya Al  quran, bagaimanakah pula sekiranya al quran itu di bacakan di atas sesuatu penyakit, sudah tentulah penyakit itu akan hancur berkecai juga hilang lenyap maka pengidap tersebut akan sembuh dengan izin Allah  . demikianlah hebatnya Al Quran. kelebihan ayat ini di sebut sendiri oleh Nabi dalam hadis soheh.


demikianlah jawapan kepada soalan di atas. 


Maka bagaimanakah pula tentang soalan ada orang yang bertanya mengapa pula surah soffat ayat 1-10 menjadi ayat penting juga dalam perubatan Islam. di samping hal ini memang di nyatakan oleh hadis , apakah makna menarik yang terdapat pada ayat tersebut yang boleh di padankan dalam perubatan Islam kita ini.??????








untuk jawab soalan kedua, marilah kita melihat ayat tersebut:

ÏM»¤ÿ¯»¢Á9$#ur $yÿ|¹ ÇÊÈ   ÏNºtÅ_º¨9$$sù #\ô_y ÇËÈ   ÏM»uŠÎ=»­G9$$sù #·ø.ÏŒ ÇÌÈ   ¨bÎ) ö/ä3yg»s9Î) ÓÏnºuqs9 ÇÍÈ   >§ ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $tBur $yJåks]÷t/ ŽUuur É-Ì»t±yJø9$# ÇÎÈ  
1. Demi (hamba-hambaKu) Yang berbaris Dengan berderet-deret -
2. (hamba-hambaKu) Yang melarang (dari kejahatan) Dengan sesungguh-sungguhnya -
3. (hamba-hambaKu) Yang membaca kandungan Kitab Suci;
4. (Sumpah Demi sumpah) Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah satu -
5. Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.






Al Imam Fakhruddin Ar Razi telah membuat satu huraian yang sangat menarik tentang tentang ayat pertama dan kedua surah ini di dalam tafsir terkenalnya Mafatihul ghaib yang lebih di kenali sebagai tafsir kabir iaitu yang di maksudkan dengan hamba dalam ayat tersebut ialah para malaikat.




Asal perkataan zajara ialah mengherdik dengan keras sehingga pihak yang mendengar herdikan itu menjadi takut dan kecut. Erti ayat ini menurut sebahagian ulama sebagaimana yang di sebutkan oleh Al Imam Ar Razi ialah para malaikat yang mendekati manusia kerana amal soleh manusia tersebut akan mengherdik syaitan-syaitan yang ingin mendekati manusia tersebut menyebabkan syaitan tersebut tidak dapat menipu daya manusia. maka terselamatlah manusia tersebut dari tipudaya syaitan dengan berbekalkan amalan yang di lakukan olehnya. di antara amalan-amalan yang menghadirkan para malaikat menghalau syaitan dari pengamal ialah zikir-zikir termasuk pendindingan amalan perubatan Islam yang banyak di sebut kelebihan ayat-ayat dalam hadis soheh.



pernyataan ini menerangkan kepada kita peri pentingnya amalan pendinding yang menjadi amalan rutin pengamal  , bagaimana ia mampu menghalangi diri dari penyakit yang di bawa oleh syaitan, kekuatan yang di bawa malaikat yang berupa penawar yang menghalau syaitan menjadi bahan persumpahan Allah SWT di kepala surah tersebut adalah untuk mempertegaskan peri pentingnya amalan tersebut kepada kita.






Kaitan antara malaikat yang berderet-deret dengan berbagai-bagai kumpulan syaitan syaitan dalam berhubungan dan mempengaruhi  manusia secara jelas dan mendalam tentulah dapat di fahami dengan cara yang amat menginsafkan oleh pengkaji-pengkaji surah ini.






contohnya bagaimana seorang yang melazimi membaca lau anzalna setiap hari sehingga kesakitan itu mengecil, pudar dan seterusnya menghilang lenyap berbeza dengan orang yang meninggalkan lau anzal na  adalah berbeza sama sekali. suara-suara bisikan menghilang dapat di perhatikan oleh mereka yang lama menderita di uji gangguan-gangguan tersebut.


demikianlah juga orang yang melazimi awal surah as soffat , setengahnya di hadiri oleh pembantu-pembantu yang mengawalnya dari gangguan-gangguannya. 

yang malangnya ialah bilamana ada orang yang beramal ayat tersebut puluh-puluh ribu lalu ia berubat orang sakit dengan menggunakan ayat tersebut, maka ada keluarga pesakit yang melihatnya melalui kamera digtal ada beberapa cahaya putih dan hijau keluar darinya , maka keluarga tersebut menuduhnya sebagai jin.


sebenarnya ilmu Allah itu sangat luas . yang menariknya ialah ayat-ayat tersebut memang menceritakan tentang kumpulan malaikat yang mengherdik syaitan yang ingin memusnahkan manusia yang beramal dengan beberapa ayat al quran.



No comments: