Thursday, July 28, 2011

beberapa petua recycle dari badan manusia yang mudah-mudah(2)

c




air kencing -air kencing seseorang boleh di gunakan untuk merawat penyakit kulit seseorang seperti kudis buta dan luka. orang yang bengkak kaki  dan sembap kaki akibat kencing manis juga boleh merawati bengkak itu dengan menghalakan air kencing waktu pagi  yang panas itu ke arah tersebut. selepas beberapa minit basuhlah semula tempat tersebut. 


ulama mengharuskan dengan hadis yang embolehkan minum air kencing unta bagi mereka yang demam, inikan pula dengan hanya menghalakan air kencing saja kearahnya, bukannya minum 




air liur manusia di letakkan pada matanya untuk merawati sakit mata,


tahi hidung menjadi ubat resdung dengan cara menyapukan pada tempat gatal akibat memakan makanan yang ia alahan dengannya,




najis lembu kambing dan ayam boleh di jadikan baja. 







Wednesday, July 27, 2011

beberapa petua mudah recycle(1)





air basuhan nasi- (1) dijadikan mandian selepas campak ubat supaya hilang parut-parut (2) di jadikan mandian biasa sebagai ubat melicin dan melembutkan kulit


air sisa menyiang ikan - di jadikan baja.sangat baik untuk di siram pada pokok-pokok bunga di halaman rumah




abu bakaran- di jadikan baja untuk tanam-tanaman
 

arang kayu api-bau arang ini akan menghilangkan bau busuk. itulah sebabnya sesetengah orang membungkus arang kayu bakaran dengan daun pandan dan meletakkannya kedalam peti sejuk bilamana mereka mahu meninggalkan peti sejuk


hampas kelapa- di gaul dengan siput sedut dan di rendam dalam air semalaman sebelum di rebus. potong hujungnya. ini untuk  membersihkan siput sedut dari lumpur dan mengenakkannya sewaktu makan.




hampas kulit nanas- di rendam dan akhirnya di gunakan sebagai bahan basuh kuali untuk mengelakkan dari berkarat





beberapa kekeliruan terhadap pokok mamu

mengapalah sebahagian dari orang kita bila melalui berhampiran dengan pokok mamu yang terletak berdekatan dengan rumah hindu india, mereka akan rasa semacam saja seolah-olah  kehinduan orang tersebut masuk atau melekat-lekat pada badan mereka. 




secara adat dan budaya, memang orang-orang hindu memang menghargai pokok tersebut. di katakan bahawa pokok itu mempunyai rahsia dalam menjauhkan rumah tangga mereka daripada hantu syaitan,maka itulah sebabnya mereka menanam pokok tersebut di kawasan rumah mereka. 




sebenarnya bagi masyarakat lain-lain, pokok itu juga mempunyai kegunaan berbagai-bagai, sebagai contohnya, orang tua-tua kita telah lama menjadikan ranting pokok tersebut sebagai teman pesakit campak. 


apa nak di takutkan pada pokok itu, pokok itu adalah ciptaan Allah. tidak boleh kita katakan pokok yang berdekatan dengan rumah orang kafir atau di bajai orang kafir sebagai pokok kafir. pokok itu adalah makhluk Allah yang mempunyai kegunaan-kegunaan tertentu untuk manusia.


sebagai contohnya orang-orang tua kita telah lama menyetahui bahawa
ranting pokok tersebut di selikkan di bawah bantal bertujuan untuk mengurangkan rasa miang-miang yang mengganggu pesakit tersebut. itu memang khasiatnya yang di ketahui melalui pengalaman secara turun temurun. dalam kaedah perundangan hukum feqh, hal itu di istilahkan sebagai istiqra (    الإستقراء )




Dalam masyarakat cina, terdapat sejenis teh yang sangat terkenal dalam masyarakat china ialah teh oong long . apakah teh tersebut ??seorang sahabat saya cina muslim telah menunjukkan kepada saya pokok tersebut, saya mendapati pokok yang di katakan daun-daunnya di jadikan teh ong long ialah pokok mamu.


di terengganu, daun tersebut di minum untuk membuang angin orang yang di landa demam panas.


lebih menari k lagi pada hari ini, sekiranya kita berwukuf pada 9 zul hijjah  di Arafah sewaktu mengerjakan haji, tiap-tiap tahun pun, kita akan dapati arafah sudah bertukar menjadi kebun mamu. penuh pokok pokok mamu di tanam di sana. Kenapa pokok mamu??kenapa tidak pokok khurma? 


ini menandakan memang pokok itu telah lama di akui dalam kitab-kitab . ia menjadi satu rahsia dalam perubatan Islam, bukan hindu, tetapi malangnya, bilamana kita sendiri menolak kebijaksanaan yang kita punya, lalu kita berkata: itu itu adalah yang orang punya, maka kita membiarkan hak kita bertukar jadi hak orang. orang itu pulak orang kafir hindu, lihatlah betapa bodohnya kita. pokok mamu yang banyak khasiatnya itu adalah makhluk Allah ciptaan Allah untuk kegunaan kita sebenarnya.

Tuesday, July 26, 2011

RUH NABATI UNTUK KUATKAN WARID ZIKIR

dan buah-buah dan yang berupa rumput-rumput- surah abasa ayat 31




Allah swt dalam ayat-ayat di atas menerangkan tentang makanan ahli-ahli syurga. makanan mereka yang di gambarkan al quran ialah yang berupa tumbuh-tumbuhan. ayat ini menerangkan tentang buah dan yang berupa rumput-rumput. kalau dalam masyarakat kita, yang berupa rumput itu ialah yang seperti daun bawang, serai, senduk, pegaga, cekur, sabung nyawa, ganak, rumput tahi babi, susu kambing, galak kucing, jarum mas, rumput buluh, sambau, dan ada bermacam-macam lagi yang mempunyai kegunaan yang berbagai-bagai. jenis-jenis rumput itu semua boleh di makan dalam bentuk ulam, rebusan herba, dan sebagainya lagi.




barangkali ada seorang yang cerdik di kalangan kita bertanya mengapa Allah menyebut makanan ahli syurga itu dalam bentuk tumbuh-tumbuhan.? hanya beberapa ayat yang sedikit sahaja yang menyebutkan secara yang tidak terang tetapi membawa makna daging-daging. ? Mengapa yang lebih banyak di nyatakan ialah buah-buah dan tanam-tanaman?


bagi saya seandainya ada orang yang bertanya begitu, maka bagi saya orang itu adalah seorang yang cerdik. daya intelektualnya dan perecamannya(pemerhatiannya) adalah lebih dari orang-orang yang lain.  ini kerana ia adalah seorang yang teliti dalam memilih makanan yang bakal dimasukkan ke dalam perutnya




jawabnya ialah kerana buah-buahan dan tanam-tanaman itu adalah punca kepada segala makanan. memakan buah adalh membantu penghadaman dengan cara yang berlipat kali ganda lebih baik daripada makan makanan yang lain.


menjadi satu tradisi yang mempunyai  kelebihan yang rahsia bagi masyarakat arab, mereka akan memulakan makan buah sebelum makan makanan yang berat. ini membantu penghadaman, bilamana penghadaman baik, maka ia membantu membaikkan yang lain-lain lagi kerana Rasulullah SAW bersabda bahawa perut adalah rumah penyakit. ertinya kebanyakan penyakit adalah berpunca dari perut. bila yang tuh rosak, ia akan menjalar ke bahagian lain. bilamana yang tuh baik. ia akan membaikkan bahagian lain.


merelka juga menutup makanan berat mereka dengan buah. lagi untuk membantu penghadaman mereka. buah-buah yang di ciptakan oleh Allah secara asal lagi telah di bekalkan dengan bahan-bahan yang sesuai untuk manusia,




orang-orang tua kita memang menyetahui rahsia ini, sebab itulah mereka banyak menanam buah-buahan di sekeliling rumah mereka. mereka mengajar kepada kita setiap kali bilamana bertandang ke rumah sahabat atau sanak saudara, bawalah buah tangan .iaitu buah yang di tanam sendiri dengan tangan kita yang pergi menjenguk mereka.  ajaran ini sangat cantik. mengandungi falsafah dan rahsia yang sangat unik. tetapi kita pada hari ini membawa buah tangan yang berupa kek atau roti yang di beli di kedai tepi jalan. okla lah. tapi kita lupa rahsianya kat situ




ulama-ulama tasauf seumpama Imam Ghazali dan lain-lain lagi telah membahagikan makanan yang masuk ke dalam badan kita kepada dua iaitu samada ruh nabati(tumbuh-tumbuhan) dan ruh hayawani atau bahaimi(binatang). yang paling baik ialah ruh nabati kerana ia menyalakan nur dalam diri kita sebaliknya ruh bahaimi akan menyalakan api kebinatangan dalam diri kita.




dalam ilmu tariqah, seseorang yang akan berzikir pada waktu tengah malam tidak di galakkan makan daging pada waktu petang atau dinner lah kita katakan, kerana ia mengganggu tumpuan pada perjalanan cahaya yang melompat-lompat dengan momentumnya bergerak ke atas landasan yang di arahkan oleh tuan yang empunya zikir iotu.

Monday, July 25, 2011

PERUBATAN DENGAN BAHAN SETEMPAT ADALAH RECYCLE(4)





orang-orang tua kita di zaman silam yang dunia kehidupan mereka adalah rimba telah berhubungan dengan harimau lama sebelum mereka mengiktiraf binatang itu sebagai raja rimba. dalam pergaulan antara manusia dengan binatang sebagai satu kelompok masyarakat pada zaman silam sebagaimana keperluan kita kepada alat-alat teknologi dewasa ini telah membuktikan kepada mereka yang menilai tentang siapakah hero yang sintiasa menang dan siapakah pula yang sentiasa kalah.


manusia yang seringkali kalah dalam perlawaanan dengan sang harimau mula menggunakan akal fikiran untuk menundukkan binatang yang akhirnya mereka iktiraf sebagai raja di rimba itu. hubungan ini berlaku dalam bentuk persahabatan antara sesama mahkluk Allah yang tidak mungkin dapat di hayati lagi oleh kita pada zaman ini. 
itu adalah putaran kehidupan mereka. cycle kehidupan makhluk-makhluk zaman itu.




maka fahamlah orang-orang tua kita melaui pergaulan itu  bahawa kekuatan harimau adalah terletak pada taringnya. bilamana ia menerkam musuhnya lantas menggigit musuhnya dengan taringnya yang sangat bisa itu, musuhnya itu tidak akan dapat berlawan lagi dengannya, sekuat mana binatang apa-apapun yang lari dari di terkam sang harimau, mereka tidak akan dapat melawan lagi bilamana tersentuh taring sang harimau. ia terus terpukau hilang segala kekuatan dan semangat juang menentang maging yang mengalir dalam darah binatang itu jadi  terkulai. inilah kuasa yang ada pada harimau, musuh-musuhnya terus jadi statik pemikiran dan daya juangnya bilamana terkena taring yang sangat berbisa itu.

orang-orang tua menyimpan taring -taring tersebut setelah dapat mengambil dari binatang-binatang tersebut yang telah bertahun-tahun mati di pinggir-pinggir kampung mereka. orang-orang tua kita mahu melihat sejauh manakah bisanya dan hebatnya senjata itu. maka lama-kelamaan orang-orang tua kita menakuilah bahawa senjata itu memang hebat, ia bukan sahaja boleh menstatikkan api juang binatang mangsanya malahan ia juga boleh menstatikkan bisa-bisa badan yang sedang membesar di dalam badan seterusnya mematikan bisa-bisa tersebut sebagai mana taring-taring tersebut telah berjaya mematikan musuh-musuh tuannya.




maka jadilah bahan tersebut bahan urut yang sangat terpilih di abadikan dalam kitab-kitab oleh ulama-ulama Islam. Di kalangan ulama kita Ustaz Abdullah Al Qari dari kelantan telan menyebutkan di dalam bukunya. manakala ulama-ulama lain adalah seperti    الحكيم القرطبى      dalam    التذكرة  dan sebagainya lagi.




ertinya orang tua kita di zaman silam memusnahkan barah dan kanser dengan bahan-bahan dari binatang  yang berada dalam masyarakat mereka . mereka guna bahan-bahan cycle saja dalam rawatan mereka. bahan yang berada setempat dengan kehidupan mereka






والله أعلم بالصواب  



PERUBATAN DENGAN BAHAN SETEMPAT ADALAH RECYCLE(3)

tersenyum juga saya rasakan semacam mahu menyindir bilamana ada orang bertanya bahawa betulkah taring harimau boleh di gunakan untuk mengurut? tidak syirikkah? 

kita perlu bertanya mengapakah orang orang tua kita di zaman silam menggelarkan harimau sebagai raja rimba? mengapa harimau menjadi raja? apakah senjatanya, apakah kekuatan yang ada pada senjatanya? siapakah yang menjadikan senjata itu sebegitu? maka apakah kegunaan senjata ciptaan Allah untuknya itu boleh menjadi kegunaan manusia pula ataupun tidak!!? apakah senjatanya itu terbatas untuk kegunaan dirinya, tidak boleh di manfaatkan langsung oleh manusia yang bergelar khalifah Allah di atas muka bumi ini, yang dengan gelaran khalifah itu tentunya lebih mulia dari binatang tersebut? ????




untuk menjawab semua-semua soalan pasal taring harimau itu, lihatlah Allah SWT menyebut dalam surah al baqarah

dan dialah (Allah) menjadikan untuk kamu segalanya yang ada di muka bumi ini


yakni menurut huraian orang-orang yang soleh, termasuklah  juga tulang harimau dan sebagainya lagi.

pada taringnya ada satu kuasa pukau yang boleh menstatikkan mangsanya . maka ia boleh mengstatikkan bisa-bisa yang ada pada badan manusia, bilamana manusia mengurut dengan menggunakannya.


tapi bahan ini tak ada lagi dah boh! bukan senang nak dapat! nak dapat kat mana! tak de dah sekarang1


saya hanya sekadar nak menghuraikan betapa jumudnya pemikiran kita dengan ilmu. kejumudan inilah yang perlu di baiki oleh kita .



perubatan recycle (2)

dari contoh unta yang telah di sebutkan pada bahagian pertama, marilah kita berpindah untuk melihat contoh-contoh lain yang telah lama diamalkan oleh masyarakat dunia khususnya di masyarakat kita malaysia. 


sebagai contohnya, izinkan saya yang lemah dan kerdil ini bawakan satu contoh yang terdapat dalam kebudayaan orang-orang dayak di serawak yang terkenal dalam sejarah rantau kita ini. mereka memburu binatang dan berperang dengan musuh-musuh mereka pada zaman silam dengan menggunakan racun ipoh iaitu racun yang di keluarkan dari sejenis pokok berduri yang di namakan pokok ipoh. pokok ini senang di dapati oleh kita semua  di mana -manapun termasuklah di barat pantai barat malaysia . pokok ini senang di dapati di tepi-tepi jalan lama di selangor dan juga perak 

. tetapi yang menariknya ialah bahan campuran apakah yang orang-orang dayak itu letakkan  sewaktu mereka meramukan racun tersebut. ???


yang perlu kita fikir ialah bahawa
bilamana seseorang musuhnya terkena racun tersebut, di katakan sangat sukar untuk merawati racun tersebut melainkan bilamana pesakit tersebut di rawat oleh orang-orang dari kalangan dayak seperti mereka juga. kalaulah kita fikir apa payahnya untuk menawarkan racun ipoh itu. penawar racun ipoh  ada pada pokok ipoh itu juga. tetapi kebanyakan perawat luar yang merawati mangsa racun ipoh orang dayak tersebut dengan hanya menggunakan bahan penawar dari pokok tersebut  tidak menemui jalan pulih yang mantap,maka pada masa itu terpaksalah pesakit tersebut mengadap orang dayak negeri serawak juga. demikianlah yang di katakan orang. apakah rahsia halnya menjadi begitu???.

rahsianya ialah mereka menggunakan suatu bahan yang sangat unit iaitu suatu bahan yang tiada terdapat di tempat lain , hanya terdapat di tempat mereka sahaja iaitu burung kenyalang yang sangat-sangat mereka banggakan itu. Allah telah menjadikan invorement yang sesuai untuk burung tersebut adalah di kawasan mereka.burung tersebut amat sukar sekali untuk di temui di tempat lain.  maka mereka dengan tahap ilmu yang mereka capai tentang burung tersebut yang mudah mereka dapati di lokaliti mereka dan tidak di jumpai oleh  orang lain, maka itu menjadi satu rahsia kelebihan mereka yang tidak di ketahui oleh orang lain di luar kawasan mereka.  




 maka bilamana seseorang mangsa racun tersebut di rawat kepada salah seorang dari  mereka , maka dengan senang sahaja mereka akan menggunakan paruh burung kenyalang yang memang mudah terdapat di kawasan mereka untuk merawati mangsa tersebut. setelah lagu dengan irama dapat bersatu,  tawarlah bisa tersebut.


maka bayangkanlah betapa sukarnya orang luar untuk mentawarkan bisa mereka kerana  orang luar tersebut tidak mempunyai bahan tersebut. maka itulah menjadi rahsia mereka. 




jadi,soalnya ialah pada hari ini bagaimanakah kita akan dapat mengalahkan barat sekiranya kita bergantung kepada barat. segala rahsia ilmu berada di tangan mereka. sekali lagi pada hari ini bagaimanakah kita akan dapat mengalahkan Amerika sekiranya kita bergantung kepada Amerika. segala rahsia ilmu berada di tangan mereka.


jawabnya tidak mungkin melainkan kita sendiri perlulah menyimpan rahsioa kita sendiri, jangan jatuh ke tangan musuh sebagaimana ilmu ini begitu di sembunyikan oleh mereka ratusan tahun lamanya tidak di bawa keluar kepada orang lain. 


orang-orang terdahulu, walaupun kita katakan si kafir dayak kepada mereka ,   adalah  lebih merdeka dan bebas dari kita pada hari ini, meskipun kita berdabik dada mengaku lebih maju, kerana mereka tidak bergantung kepada musuh-musuh mereka . mereka menyimpan rahsia mereka sendiri dari pengetahuan musuh dengan menggunakan kekuatan yang terdapat pada barangan setempat yang di anugerahkan Allah.


ertinya ayat 9 surah al ghashiyah itu menggesa supaya kita menerokai bahan-bahan milik kita sendiri sebagaimana sebagaimana Allah memerintahkan kaum musyrikin mekah memerhatikan kejadian unta y6ang berada di kawasan mereka sendiri, demikianlah cerdiknya orang-orang dayak yang di geruni oleh musuh-musuh mereka pada suatu masa dulu kerana mereka telah menghayati ayat 9 surah tersebut walaupun secara tidak langsung..malangnya tidak di hayati oleh kita orang Islam pada hari ini. 




BERSAMBUNG BOH!!!







burung kenyalang

Thursday, July 21, 2011

ASAL UBAT DI KAWASAN SENDIRI ADALAH SATU PUSINGAN KEHIDUPAN

MENURUT PAKAR perubatan Islam, ALLAH TA`ALA YANG MAHA KAYA LAGI MAHA BIJAKSANA, MAHA AGUNG DAN MAHA BERKUASA ATAS TIAP TIAP SEGALANYA telah menjadikan ubat kepada setiap penyakit berada hanyalah di sekitar pesakit itu sahaja. mereka berdalilkan sebagai contohnya kepada firman Allah SWT : surah al ghashiyah ayat 17




dan pada kejadian unta, tidakkah mereka melihat nya??








ayat ini bermaksud menyuruh orang-orang arab jahiliyyah supaya mengkaji tentang kejadian unta yang hidup bersama mereka dalam masyarakat padang pasir yang serba lemah itu. 


bagi kita orang-orang Malaysia yang hidup di zaman IT pada hari ini, mungkin tidak terasa mana tentang betapa dalamnya mukjizat erti firman ALLah SWT ini, ini kerana kita tidak dapat menjiwai kehidupan mereka. Namun begitu, bagi mereka, ia adalah suatu yang besar sehingga ramai dari kalangan mereka yang akhirnya masuk Islam dan meninggalkan kehidupan jahiliyyah kerana merasai ketakjuban ayat ini. 




apakah yang menakjuban yang terdapat pada ayat ini?


bagi mereka bukan sahaja  unta menjadi alat transport untuk bergerak ke sana sini sebagaimana kita hari ini memang benar-benar mengakui kehebatan Honda, BMW, Mercedes dan sebagainya lagi, bahkan bilamana mereka lelah(asma) mereka memakan hati unta, sakit mereka yang hampir-hampir mati itu menjadi segar semula. maka mereka berterima kasih kepada unta.


demikianlah lagi bilamana anak-anak mereka di serang  demam panas, mereka rebus gigi unta. hilanglah demam panas tersebut. hilanglah kerisauan yang bersarang di hati mereka. 


bilamana mereka ;patah atau terseliuah, mereka akan sapukan minyak dan urut-urutkan dengan tulang-tulang unta. 


bahkan bilamana mereka sakit kaki, mereka akan masak sup kaki unta, penderitaan di kaki mereka itu hilang 




itulah yang boleh kita dapati .tetapi ayat ini bukanlah terbatas kepada mereka yang arab itu semata-mata. ayat ini mempunyai beberapa makna yang besar.


yang pertama : kegunaan unta sebagai binatang yang boleh menjadi bahan perubahatan  yang hidup bersama-sama  orang arab dalam masyarakat mereka. demikianlah seluruh binatang yang tinggal bersama dengan masyarakat manusia mempunyai kegunaan kesihatan yang telah di gunakan oleh masyarakat setempat . contohnya kegunaan tulang-tulang dan lain-lain bahagian binatang-binatang seperti harimau, rusa, kijang, kambing gurun, dan sebagainya lagi dalam masyarakat kita. 



kedua: kegunaan unta dalam konteks midern dalam berbagai-bagai sudut perubatan dan boleh di komersilisekan dalam zaman ini.


ini kerana binatang itu menjadi pilihan dalam ayat mukjizat tersebut. masalah kita hari ini ialah kerana dunia islam tidak meluaskan kajian tentang binatang tersebut. bahkan arab-arab yang malas dan kuat berjoli itu sehingga ke hari ini masih terus membiarkan penternakan unta menjadi satu penternakan yang hidup malu mati segan. tak ke mana-mana, maka apatah lagi nak buat kajian yang sungguh-sungguh dalam bidang itu. nmereka masih sukakan tarian gelek lagu ummi kerlsom dan minum    shay








BERSAMBUNG 



SELAMAT BERTEMU KEMBALI -SALAM UKHUWWAH SEMUGA BERTAUT SEMULA.

assalamualaikum wa rahmatullahi wa baraka tuh!


salam hormat dan kasih sayang yang sepenuh-penuhnya untuk sahabat-sahabat seperjuangan di jalan al jihad min ajli i`la kalimatillah .


saya sebenarnya telah beberapa bulan lamanya  menderita kerinduan akibat tidak dapat bersama-sama  saudara-saudara di dalam blog ini. Ini  di sebabkan oleh hal hal teknikal terutamanya yang berkaitan dengan IT la, maka dengan rahmat dan izinNya, dapat saya setelah banyak kali memanjat doa kepadaNya, bersama-sama lagi dengan saudara-saudara sekelian- insha Allah. 


ALLAHU AKBAR-ALLAHU AKBAR-ALLAHU AKBAR