Saturday, May 13, 2017

perubatan menggunakan asap




perubatan asap oleh ust hanafi elfesfanji



[Enter Post Title Here]









Terdapat beberapa bentuk perubatan menggunakan asap yang telah lama di amalkan oleh alim ulama di zaman silam. Sebahagiannya di perolehi melalui pembelajaran manakala sebahagian yang lain pula adalah melalui ilham dan pemerhatian.



HUKUM BERUBAT MENGGUNAKAN ASAP

Hukum asal kepada sebarang kaedah perubatan adalah harus. Ini berdasarkan kaedah yang masyhur di pakai dalam kaedah feqhiyyah :

الاصل فى الأشياء لإباحة



Asal pada sesuatu adalah harus.

Dalam al quran Allah telah menamakan satu surah dengan nama surah ad dukhan( سورة الدخان  ) . di gambarkan dalam surah tersebut tentang huru hara di hari kiamat . di antara nya ialah kepulan asap yang tebal. Ini membayangkan keadaan asap adalah racun yang sangat besar. Dalam perubatan Islam, asap bukan sahaja menjadi racun kepada manusia malahan juga kepada jin dan binatang. Asap-asap tertentu  juga mempunyai kekuatan menarik keluar tosik dalam badan. Maka asap-asap seperti asap kemeyan turut di gunakan untuk membuang tosik ke luar badan semenjak zaman silam lagi.



Dalam rawatan makhluk halus, ketika kami di Iskandariyah(alexandria) Mesir, Syeikh Abdul Aziz tariqah As Syazaliyyah telah mengajarkan kepada kami menggunakan asap bakaran kulit bawang ( campuran kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar)  di perasapkan pada bahagian kaki selepas sembahyang fardhu magrib selama tiga malam. Ia bukan sahaja mengusir gangguan badan yang telah masuk ke dalam badan malahan juga menarik keluar unsur-unsur yang jahat yang berada di dalam badan.

Teras chandang telah lama digunakan oleh ahli-ahli zikir dalam amalan keruhanian mereka. Mereka mempercayai bahawa