perubatan asap oleh ust hanafi elfesfanji
[Enter Post Title
Here]
Terdapat beberapa
bentuk perubatan menggunakan asap yang telah lama di amalkan oleh alim ulama di
zaman silam. Sebahagiannya di perolehi melalui pembelajaran manakala sebahagian
yang lain pula adalah melalui ilham dan pemerhatian.
HUKUM BERUBAT
MENGGUNAKAN ASAP
Hukum asal kepada
sebarang kaedah perubatan adalah harus. Ini berdasarkan kaedah yang masyhur di
pakai dalam kaedah feqhiyyah :
الاصل فى الأشياء لإباحة
Asal pada sesuatu
adalah harus.
Dalam al quran
Allah telah menamakan satu surah dengan nama surah ad dukhan( سورة الدخان ) . di gambarkan dalam surah tersebut tentang
huru hara di hari kiamat . di antara nya ialah kepulan asap yang tebal. Ini membayangkan
keadaan asap adalah racun yang sangat besar. Dalam perubatan Islam, asap bukan
sahaja menjadi racun kepada manusia malahan juga kepada jin dan binatang. Asap-asap
tertentu juga mempunyai kekuatan menarik
keluar tosik dalam badan. Maka asap-asap seperti asap kemeyan turut di gunakan
untuk membuang tosik ke luar badan semenjak zaman silam lagi.
Dalam rawatan
makhluk halus, ketika kami di Iskandariyah(alexandria) Mesir, Syeikh Abdul Aziz
tariqah As Syazaliyyah telah mengajarkan kepada kami menggunakan asap bakaran
kulit bawang ( campuran kulit bawang merah, bawang putih dan bawang besar) di perasapkan pada bahagian kaki selepas
sembahyang fardhu magrib selama tiga malam. Ia bukan sahaja mengusir gangguan
badan yang telah masuk ke dalam badan malahan juga menarik keluar unsur-unsur
yang jahat yang berada di dalam badan.
Teras chandang
telah lama digunakan oleh ahli-ahli zikir dalam amalan keruhanian mereka. Mereka
mempercayai bahawa
No comments:
Post a Comment