Thursday, August 1, 2013

rahsia di sebalik surah yang di beri nama surah al qamar (surah bulan) ialah bulan ada tenaga bulan



dalam al quran bukan sahaja ada di sebut banyak kali ttg bulan bahkan ada surah yang di namakan dengan nama surah al qamar(surah bulan) , ini nak menerangkan suatu yang besar sehingga nama bulan menjadi nama surah

mungkin kita mempunyai fahaman yang sempit ttg bulan padahal
Bulan mempunyai berbagai tenaga yang telah di ketahui oleh manusia semenjak zaman berzaman. Di antara tenaga tenaga bulan yang telah di manfaatkan  semenkjak zaman dahulu kala ialah: kelebihan bulan mengambang ====

Hebatnya tenaga bulan mengambang ini boleh kita lihat pada kadang kadang ada sesetengah orang yang menghidapi penyakit pasang sewaktu bulan mengambang. Bukan senang nak mengubati penyakit ini.  Banyak kita temui dalam masyarakat ramai yang tak kunjung kunjung sembuhnya .Bukan senang nak mengubati penyakit ini sudah mampu untuk menggambatkan kepada kita bahawa tenanag bulan terutamanya sewaktu mengambang menyimpan rahsia rahsia besar yang sukar di mengertikan.
Dalam masyarakat kita zaman dahulu kala, ada ilmu sihir yang menggunakan satu tenaga yang di perolehi daripada bulan mengambang yang di namakan harimau jadian . ilmu ini juga di kenali dengan panggilan harimau kerinci. Ini kerana asal ilmu ini di miliki oleh orang orang Kerinchi, Sumatera

Mereka yang ingin memiliki harimau jadian ini  bertapa di atas gunung kerinci dengan memandang kepada bayangan bulan mengambang yang terletak di permukaan air  dalam tasik yang terletak di gunung Kerinchi itu. Sambil membacakan jampi serapat yang memuja semangat harimau, sambil merenung tajam kepada bayangan bulan tersebut, lama kelamaan pandangan  bulan mengambang penuh purnama itu berubah menjadi harimau.  Bilamana harimau tersebut dating menghampirinya, ia di kehendaki supaya meneruskan bacaan mentera tersebut tanpa mempedulikan rasa takut atau gerun terhadap harimau tersebut. di larang sama sekali melarikan diri. Biarpun harimau tersebut telah dating  menjilat jilat muka petapa tersebut dengan lidahnya yang kesat itu. Sehinggalah harimau tersebut mrlompat ke arahnya sehinggalah badannya juga di tumbuhi bulu yang berbelang belang dan kuku yang panjang , bilamana ia tumbuh ekornya ===maka ilmu tersebut di kira sebagai telah sempurna. Ia terikat dengan segala pantang larangnya. Di antara syarat yang mestilah di tunaikan ialah bilamana ia mati, hendaklah di bacakan di kuburnya yassin tujuh malam.

Inilah satu sihir yang hebat melibatkan penggunaan tenaga bulan mengambang yang telah banyak memprdayakan banyak manusia yang inginkan kemasyhuran di dunia ini. Harimau ini di seryh menjaga kebun dan kampung halamannya.  Harimau ini juga di suruh menjaga harta benda dan anak beranaknya. Dengan wujudnya ilmu ini, bercabanglah syirik yang banyak dalam masyarakat.
Bukan setakat itu sahaja, malahan Gadis gadis yang inginkan kecantikan juga di ajar oleh mak mak bidan supaya menyedut tenaga bulan mengambang. Caranya ialah menggosokkan telur ke muka sambilmelihat cermin muka pada waktu bulan sedang mengambang kerana dikatakan amalan ini boleh menaikan seri dan kecantikan gadis tersebut. Janda dan sesiapa sahaja boleh melakukannya untuk tujuan pemikat
Itulah contohnya dua amalan syorik yang mengguanakan tenaga dari bulan. Sekarang kita tinggalkanlah amalan syirik begitu. Adakah semua amalan memanfaatkan tenaga bulan adalah amalan syiik? Marilah kita melihat beberapa rahsia yang ada pada cahaya bulan dan pergerakannya. Secara lebih mendalam.

Ilmu tentang tenaga bulan amatlah laus kerana menjangkau ilmu magnetic, ilmu aura , ===


=dua purnama dalam sebulan bulan masihi

Air tadahan embun waktu malam yang mendapat bayangan bulan purnama mempunyai rahsia tersendiri.  Sebab itulahkita banyak memerhatikan mereka  yang mengamalkan mandi telaga di zaman silam mempunyai tubuh badan yang lebih kuat dan bertenaga berbanding dengan kita di zaman sekarang yang mandi dalam bekas paip yang terkurung. Satu sebabnya yang kita tidak sedari ialah kerana  mereka mandi menggunakan  air telaga ini kerana
Air telaga bukan sahaja terdedah kepada sifat tanah, suhu sekeliling, cuaca persekitaran malahan juga telaga menadah embun yang turun waktu dinihari serta ia terdedah kepada menerima tenaga dari bulan dan cahaya bulan secara langsung. Bayangkan di malam purnama, gambaran bayangan bulan tersebut boleh di lihat di permukaan air dalam perigi tersebut. Maka air perigi tersebut menyimpan tenaga bulan menganbang tersebut. Bayangkan mereka mandi air yang dsebegini baik bertahun tahun seumur hidup mereka memperolehi tenaga bulan yang di simpan di dalam air di perigi dan sumurv mereka. Ini satu sumber kekuatan yang di abaikan oleh kita hari ini.

Di hari ini sudah terdapat method perubatan yang menyarankan supaya rumah yang sentiasa panas meskipun ahlinya sudah memasang air corn, mengamalkan tadahan embun dengan cara menjemurkan sebaidi air ke tempat terbuka di waktu malam supaya embun dan tenaga dari cahaya bulan masuk ke dalam air tersebut. Tujuannya adalah tenaga yang tersimpan di dalam air tersebut dapat di gunakan untuk menyejukkan rumah tersebut.dengan bacaan bacaan ayat suci al quran, di dapati rumah yang panas tadi ada perubahan yang baik.

Sebenarnya, bulan memang bahan penyejuk. Syed Qutub juga mengakui bahawa dengan melihat bulan di langit pada malam hari, hati akan menjadi tenang .  bagaimanakah sekiranyab itu di jadikan amalan. Memang rahsianya seorang yang pemanas akan menjadi lebih mampu bersabar dan tenang.  Ini adalah di antara  petua  membentuk anak yang keras kepada penyabar dan bertolak ansur.bukan itu sahaja, kanak kanak yang biasa di beri minum dan di mandikan dengan air cahaya bulan juga banyak yang berubah dapat bertolak ansur dengan adik beradiknya.

Soalnya bilamana hal ini di ajarkan pasti orang akan be3rtanya apakah hukumnya. Tidakkah ini menjadikan syirik kepada melakukan seperti penyembahan atau pemujaan kepada bulan pula.

Jawabnya ialah tiada cacat celanya pada kejadian Allah. Itu semua termasuk dalam bab rahsia alam. Hari ini orang menggolongkan perkara itu dalam ilmu sains tenaga. Maka di bolehkan apatah lagi dengan bacaan ayat ayat suci sebagai berkatnya. Yang dilarang adalah di sebabkan melakukan pemujaan  kepada bulan atau cahaya. Syaitan di zaman silam telah Berjaya mempedayakan manusia dengan mengajarkan jampi pemujaan dalam sesuatu yang hakikatnya adalah rahsia alam.  Maka manusia berfikir bahawa tanpa jampi tersebut, kelebihan yang tersimpan dalamrahsia tersebut tidak dapat di sedut ke dalam diri. Memang syaitan juga mempunyai peranan besar dalam  mengubah tubuh badan manusia menjadi harimau kerinci tetapi sekiranya seseorang memerhatikan cahaya bulan di permukaan  air  tasik dengan bacaan al quran, ia juga memperolehi kekuatan tersendiri tetapi bukanlah seperti ilmu harimau jadian kerinchi tadi.

Yang menariknya ialah sesetengah mereka yang ahli menasihati agar tidak mengamalkan bacaan fadhilat duniawi sewaktu gerhana bulan  tetapi boleh membaca wirid wirid biasa.  


HUBUNGAN MALAM DENGAN BULAN


Bersatunya tenaga malam dan tenaga bulan membentuk  kekuatan yang berbeza dari kekuatan siang hari. Kekuatan ini secara semula jadi memang di perlukan oleh badan , ruh, fikiran dan perasaan setiap manusia. Walaupun manusia tidak menyedarinya, tetapi tenaga tenaga begini memang mengikat manusia dan membelenggu kehidupan mereka.  Maka mereka akan binasa sekiranya mereka ingin melarikan diri dari ikatan malam

Contohnya ruh seseorang manusia mahukan berada di luar jasad untuk seketika. Waktu ia berada di luar jasad ini, ia memberikan kerehatan yang penuh pada jasad. Bahkan jasad itu sendiri memang mahukan kerehatan berbentuk bebas daripada ruh.

Bilamana ruh idhofi ini  telah dapat keluar dari jasad. Bilamana ia  masuk ke dalam jasad pada waktu yang awal(sebelum siang) , jasad tadi akan memperolehi kekuatan yang maksimun. Jasad yang memiliki kekuatan yang maksimun ini pula, bialmana di ajarkan supaya sujud kepada Zat pencipta . ruh itu pula akan mempunyai kekuatan yang tinggi.


Inilah faedahnya yang akan di perolehi oleh seseorang yang rutin melakukan solat tahajjud. 



No comments: