Wednesday, July 27, 2011
beberapa petua mudah recycle(1)
air basuhan nasi- (1) dijadikan mandian selepas campak ubat supaya hilang parut-parut (2) di jadikan mandian biasa sebagai ubat melicin dan melembutkan kulit
air sisa menyiang ikan - di jadikan baja.sangat baik untuk di siram pada pokok-pokok bunga di halaman rumah
abu bakaran- di jadikan baja untuk tanam-tanaman
arang kayu api-bau arang ini akan menghilangkan bau busuk. itulah sebabnya sesetengah orang membungkus arang kayu bakaran dengan daun pandan dan meletakkannya kedalam peti sejuk bilamana mereka mahu meninggalkan peti sejuk
hampas kelapa- di gaul dengan siput sedut dan di rendam dalam air semalaman sebelum di rebus. potong hujungnya. ini untuk membersihkan siput sedut dari lumpur dan mengenakkannya sewaktu makan.
hampas kulit nanas- di rendam dan akhirnya di gunakan sebagai bahan basuh kuali untuk mengelakkan dari berkarat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment