dari contoh unta yang telah di sebutkan pada bahagian pertama, marilah kita berpindah untuk melihat contoh-contoh lain yang telah lama diamalkan oleh masyarakat dunia khususnya di masyarakat kita malaysia.
sebagai contohnya, izinkan saya yang lemah dan kerdil ini bawakan satu contoh yang terdapat dalam kebudayaan orang-orang dayak di serawak yang terkenal dalam sejarah rantau kita ini. mereka memburu binatang dan berperang dengan musuh-musuh mereka pada zaman silam dengan menggunakan racun ipoh iaitu racun yang di keluarkan dari sejenis pokok berduri yang di namakan pokok ipoh. pokok ini senang di dapati oleh kita semua di mana -manapun termasuklah di barat pantai barat malaysia . pokok ini senang di dapati di tepi-tepi jalan lama di selangor dan juga perak
. tetapi yang menariknya ialah bahan campuran apakah yang orang-orang dayak itu letakkan sewaktu mereka meramukan racun tersebut. ???
yang perlu kita fikir ialah bahawa
bilamana seseorang musuhnya terkena racun tersebut, di katakan sangat sukar untuk merawati racun tersebut melainkan bilamana pesakit tersebut di rawat oleh orang-orang dari kalangan dayak seperti mereka juga. kalaulah kita fikir apa payahnya untuk menawarkan racun ipoh itu. penawar racun ipoh ada pada pokok ipoh itu juga. tetapi kebanyakan perawat luar yang merawati mangsa racun ipoh orang dayak tersebut dengan hanya menggunakan bahan penawar dari pokok tersebut tidak menemui jalan pulih yang mantap,maka pada masa itu terpaksalah pesakit tersebut mengadap orang dayak negeri serawak juga. demikianlah yang di katakan orang. apakah rahsia halnya menjadi begitu???.
rahsianya ialah mereka menggunakan suatu bahan yang sangat unit iaitu suatu bahan yang tiada terdapat di tempat lain , hanya terdapat di tempat mereka sahaja iaitu burung kenyalang yang sangat-sangat mereka banggakan itu. Allah telah menjadikan invorement yang sesuai untuk burung tersebut adalah di kawasan mereka.burung tersebut amat sukar sekali untuk di temui di tempat lain. maka mereka dengan tahap ilmu yang mereka capai tentang burung tersebut yang mudah mereka dapati di lokaliti mereka dan tidak di jumpai oleh orang lain, maka itu menjadi satu rahsia kelebihan mereka yang tidak di ketahui oleh orang lain di luar kawasan mereka.
maka bilamana seseorang mangsa racun tersebut di rawat kepada salah seorang dari mereka , maka dengan senang sahaja mereka akan menggunakan paruh burung kenyalang yang memang mudah terdapat di kawasan mereka untuk merawati mangsa tersebut. setelah lagu dengan irama dapat bersatu, tawarlah bisa tersebut.
maka bayangkanlah betapa sukarnya orang luar untuk mentawarkan bisa mereka kerana orang luar tersebut tidak mempunyai bahan tersebut. maka itulah menjadi rahsia mereka.
jadi,soalnya ialah pada hari ini bagaimanakah kita akan dapat mengalahkan barat sekiranya kita bergantung kepada barat. segala rahsia ilmu berada di tangan mereka. sekali lagi pada hari ini bagaimanakah kita akan dapat mengalahkan Amerika sekiranya kita bergantung kepada Amerika. segala rahsia ilmu berada di tangan mereka.
jawabnya tidak mungkin melainkan kita sendiri perlulah menyimpan rahsioa kita sendiri, jangan jatuh ke tangan musuh sebagaimana ilmu ini begitu di sembunyikan oleh mereka ratusan tahun lamanya tidak di bawa keluar kepada orang lain.
orang-orang terdahulu, walaupun kita katakan si kafir dayak kepada mereka , adalah lebih merdeka dan bebas dari kita pada hari ini, meskipun kita berdabik dada mengaku lebih maju, kerana mereka tidak bergantung kepada musuh-musuh mereka . mereka menyimpan rahsia mereka sendiri dari pengetahuan musuh dengan menggunakan kekuatan yang terdapat pada barangan setempat yang di anugerahkan Allah.
ertinya ayat 9 surah al ghashiyah itu menggesa supaya kita menerokai bahan-bahan milik kita sendiri sebagaimana sebagaimana Allah memerintahkan kaum musyrikin mekah memerhatikan kejadian unta y6ang berada di kawasan mereka sendiri, demikianlah cerdiknya orang-orang dayak yang di geruni oleh musuh-musuh mereka pada suatu masa dulu kerana mereka telah menghayati ayat 9 surah tersebut walaupun secara tidak langsung..malangnya tidak di hayati oleh kita orang Islam pada hari ini.
BERSAMBUNG BOH!!!
burung kenyalang
No comments:
Post a Comment