Sunday, September 11, 2011

untuk menyingkap sesuatu yang tak jelas , ahli-ahli maksiat telah menurun(1)


MENURUN

Apabila di Tanya apakah itu menurun, maka kita akan dapati  beberapa ja`wapan yang mungkin senang di fahami

Ada di antara mereka yang menjawab bahawa menurun itu adalah Satu upacara yang di lakukan oleh bomoh untuk mengetahui punca penyakit dan cara rawatan yang di perlukan oleh pesakit untuk usaha penyembuhannya


Ada juga di antara mereka yang menjawab bahawa menurun itu adalah Suatu upacara menerokai alam jin dengan cara meneroboskan fikiran kedalam alam yangtersebut


Gambaran yang lebih tepat tentang menurun  ialah mereka menghubungi jin untuk mengetahui perkara-perkara yang tidak pasti lalu jin memberittahu kepada mereka dalam bentuk meresap ke dalam badan mereka.

Gambaran Pertama tentulah amat ------dari satu sudut yang

Upacar itu bolehlah di hurai sebagai jampi2 tertentu yang berbentuk pemujaan yang membawakan kepada syirik  di tempat-tempat tertentu


KAITAN MENURUN DENGAN JIN

Ada dua  sebab mengapa menurun di katakana mempunyai kaiatan dengan jin.
Yang pertamanya  ialah kerana secara -langsung atau tidak langsung ia melibatkan mengetahui perkara-perkara yang bakal berlaku , perkara-perkara yang jauh tidak dapat di lihat atau di saksikan oleh mata kasar.yang terdapat bacaan berupa seru, mintak tolong dan sebagainya lagi


Yang kedua ialah kerana dari segi  pengamalannya di dalam sejarah kebudayaan Melayu, terdapatnya pengamal-pengamal yang melibatkan penggunaan jin samada secara langsung ataupun tidak .misalnya dalam main puteri, ulit mayam yang banyak di amalkan di Pantai Timur,

 Penglibatan jin jelas  dapat di lihat dalam pemujaan-pemujaan yang di buat di mana semangat tertentu di seru. Berbagai-bagai nama yang di berikan terhadap jin atau syaitan yang di seru itu.

Mungkin pada asalnya, sebagaimana menurut cerita mereka yang ahli dalam cerita-cerita begini, bahawa  tuan-tuan asal yang menjadi pemilik nama-nama tadi adalah orang-orang yang baik . tetapi telah di selewengkan kemudiannya oleh jin setelah orang selepasnya membuat pemujaan kepada ruh yang di tunjuk ajarkan oleh syaitan.

Ini tidaklah pelik malahan sejarah sebegini adalah hampir  samal dengan sejarah pemujaan dan penyembahan patung-patung al llat dan lain-lain lagi di dalam masyarakat jahiliyyah. Menurut al kalbi di dalam kitabnya al asnaam dan Syekh Saed Hawwa juga menyebutkan di dalam Sofwatnya  bahawa patung allat adalah patung yang di buat oleh orang-orang jahiliyyah yang terdahulu untuk memperingati jasa jasa baik seorang yang telah banyak mensedekahkan gandum kepada pengunjung-pengunjung haji yang baru selesai melakukan tawaf di Ka`abah. Upacara-upacara yang akhirnya membawa kepada pemujaan kepada syirik ini mengambil masa yang tidaklah ter lalu lama kerana kejahilan dan menurut hawa nafsu sudah cukup untuk menyesatkan mereka. Walaupun ada pada peringkat awalnya terdapat golongan yang menegur mereka, tetapi mereka sentiasa di sergah oleh ahli hawa nafsu yang lebih kuat kerana lebih menguasai ilmu pengetahuan sehingga ilmu-ilmu yang sesat itu di pakejkan dan di agari secara turun te,murun untuk di warisi.







No comments: