Wednesday, September 7, 2011
kegunaan perdu lidah dan faedah-faedahnya (4)
dalam ilmu perubatan Islam, apa yang di namakan sebagai anak tikus atau ibu sawan itu, kadang kala ia timbul- maka mudah untuk di temui di bahagian-bahagian tertentu seperti di celah-celah sendi, di pelipat ketiak atau di tengkuk, dengan cara meraba-raba dengan dua jari sahaja boleh di temui bonjolan itu,tetapi kadang kala pula ia tenggelam, maka tidak dapat di temui melainkan menunggu masa ia timbul sajalah baru dapat berjumpa dengannya.
yang menariknya ialah sekiranya seseorang itu berzikir dan membayangkan tenaga zikirnya itu masuk ke dalam badannya dan memenuhi ruang-ruang bilik yang terdapat pada anak tikus itu, ia akan dapat merasakan secara halus bahawa seolah-olahnya anak tikus tersebut merupakan satu suis yang membelenggu seluruh badan. seolah-olah di situ berkumpulnya segala tali-tali yang membelenggu sendi-sendi dan bahagian-bahagian lain yang membuatkan kita seringkali merasa lenguh.
mengapa ini yang berlaku?
saya masih ingat beberapa guru pondok yang menerangkan bahawa anak tikus itu adalah sebahagian daripada apa yang di namakan dalam kitab tasauf sebagai hazzus syaitan yang mudah di jumpai dan di kesan dalam badan kita. di sana ada terdapat berbagai-bagai jenis hazzus syaitan lain lagi yang sukar di temui dalam badan kita melainkan dengan pengajian tasauf yang teliti dan mendalam,menurut pengajian yang saya belajar secara pondok, ia berasal dari beberapa lebihan cecair yang kecil yang tidak mahu keluar dari badan ibu kita ketika air mentuban keluar lalu ia masuk ke dalam badan kita. maka ia mengalir di dalam badan kita dengan sifat dan rupa yang telah berubah daripada yang asalnya dan pada waktu tertentu ia berkumpul dan menampakkan dirinya.
oleh kerana ia adalah dikatakan berasal dari air mentuban yang gila dan sesat,dan hukum asal air mentuban itu bilamana ia keluar sewaktu pecah adalah najis, perlu di basuhkan dan perlu si ibu yang mengalami pecah mentuban itu bersembahyang dan berpuasa, itulah sebabnya ia di golongkan sebagai benda jahat yang perlu di bunuh. oleh kerana ia berasal dari cecair maka ia juga perlu di bunuh dengan menggunakan cecair. bezanya ialah ia adalah cecair yangberkumpul dan berada di dalam badan. maka untuk memecahkannya perlulah menggunakan cecair luar iaitulah air liur kita.
secara pemerhatian , anak-anak yang ada banyak anak tikus lain perangainya dari anak-anak yang kurang anak tikus. anak-anak yang ada banyak anak tikus juga akan berubah perangainya bilamana anak-anak tikus yang berada di dalam dirinya dapat di pecahkan.
maka orang-orang tua kita yang soleh menasihatkan kita agar setiap pagi anak tikus tersebut hendaklah di pecahkan dengan air liur dari perdu lidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment