Ada seorang pesakit yang telah menderita dengan suatu penyakit yang tidak di ketahui apa namanya selama hampir 30 tahun telah datang kepada ke sini dan menceritakan bagaimana kisah sakitnya bermula, katanya:
pada malam itu saya masih anak dara . Saya masih ingat, masa itu saya sedang demam. Setelah tengah malam, ayah saya pulang dari menonton wayang gambar berlayar putih yang di anjurkan di satu padang sekolah di kampung yang berdekatan dengan kampung saya. Malam itu wayang gambar itu menceritakan kisah raja bersiong. Bilamana bapa saya melalui berdekatan dengan hujung kaki saya, saya terus rasa seperti ada satu rasa sejuk masuk ke dalam badan saya melalui kaki. Malam itu, saya tidak dapat tidur. asyik terkejut-kejut saja. Keesokan hari, badan jadi menggelentar. Di sebabkan keadaan masa itu, saya mengambil masa berminggu-minggu sembuh. Setelah sembuh, saya sering di datangi oleh rasa sejuk menggelentar.
Dari semasa ke semasa, penyakit ini bertambah. walaupun ada masanya ia berkurangan, tetapi ia semacam tidak mau pergi sepenuhnya. Sekarang ini, penyakit ini semakin kuat menyerang diri saya tanpa mengira waktu.
Saya telah tidak tahan lagi menanggung sakit ini. Telah lama benar sama bersabar dengan ujian ini. tolonglah saya ...............
demikianlah keluhan hatinya, saya hanya mampu tunduk tidak berkata apa-apa sedih mendengar keluhan yang kuat menghiba di hatinya itu.
Kalaulah si ayah ini masih hidup, dan ia mengetahui inilah a=yang akan di tanggung oleh anaknya, pasti ia akan menyesal, seandainya ia mengetahui sedari awal lagi, tentulah bapa ini akan berfikir terlalu bodoh ia menonton cerita Raja bersiong itu. Demikianlah fikiran bodoh ini membuat telahan.
KISAH KEDUA
satu sekolah menengah di Kepong telah membuat lawatan ke satu negeri. dalam lawatan sambil belajar itu, tentatif menyebutkan akan melawat rumah hantu yang sedang di buka selama lebih kurang sebulan kalau tak salah ingatan saya. tempoh berapa lama rumah hantu ini beroperasi itu tidaklah penting kerana bukanlah itu yang satu nak ceritakan di sini.
apa yang penting ingin saya bawakan di sini ialah ada seorang budak perempuan peserta telah di usik oleh kawan-kawanya di dalam rumah hantu yang gelap itu. Akibatnya ia terjatuh. Bila ia bangkit, ia rasa sakit pada bahunya. setelah balik. ia telah berikhtiyar dengan berbagai-bagai cara dimerata-rata tempat. tetapi malangnya bengkak di bahunya menjadi semakin besar. ketika ia menemui saya , masalah bengkak bahumembesar sehingga seperti bola sepak , pejalnya seperti batu itu telah mask ke tahun ke lima. Hospital mahu memotong bengkak tersebut tetapi tidak menjamin bengkak itu akan sembuh. Bapak saudaranya seorang doktor pakar di satu pusat perubatan di Cheras menasihatinya agar jangan potong tetapi berubatlah dengan cara perubatan Islam. ia telah mencuba tapi belum baik lagi.
Hadis banyak melarang menghampiri tempat yang di laknat
KISAH KE TIGA
BERSAMBUNG
ti ia akan menyesal----setelah
No comments:
Post a Comment