Tuesday, February 8, 2011
Bersih kawasan dan kediaman 1
Memanglah dalam hidup ini ada terdapat orang yang memiliki kediaman yang besar tetapi tidak selesa dengan kediaman tersebut.
Ada seorang hamba Allah yang perniagaannya cukup maju.Umurnya belum mencapai 40. Perniagaan Z berkembang dari Malaysia sampai sehingga ke Indonesia dan Brunei. Maka untuk tidakmenyembunyikan kurniaan Allah , ia telah membeli sebuah rumah yang besar bernilai 2 juta (1999) untuk kediaman keluarganya tetapi sepanjang sepuluh tahun ia tidak pernah lena nyenyak semasa tidur waktu malam. Ia pasti terkejut pada waktu tengah malam . bila ia tersedar, ia pasti berdebar-debar. Setelah membaca isti`azah yang di ajar di dalam kitab al Azkar,sambil meludah-ludah ke arah kiri, ia meneruskan semula tidurnya. tetapi kadang kadang ia tidak dapat melelapkan mata menyebabkan kerana terpaksa, ia melakukan tahajud.
Masalahnya ialah kebelakangan ini, anaknya yang berumur tiga tahun sentiasa bangun malam pergi ke bilik air dalam keadaan pejam matanya. sampai dekat bilik air, ia tersedar dan mula menangis.isterinya mula berkata rumah atau kawasan ini ada syaitan besar.
ia mula menyedari tapak kawasan itu tidak bagus , ada peninggalan oranghanyalah setelah beberapa tahun mendiami rumah tersebut. penyelesaiannya tidak mudah.
pada mulanya ia berubat dengan memanggil orang perubatan Islam pagar rumah , tetapi hal itu masih berterusan berulang kali. akhirnya ia di nasihati supaya melakukan cara yang paling mudah ialah ia bacakan al fatihah, ayat kursi 7 kali dan 3 qul 3X setiap satu pada air, spray setiap malam selepas magrib. Setiap kali Malam Jumaat, spraykan pula air yasin pada keliling rumah.
Ia juga di sarankan supaya menabur garam kasar di depan rumah menjelang malam.Ia membeli se guni garam kasar di Pasar Borong Selayang dan menaburnya sebagaimana yang di ajarkan.
Sekarang ia telah faham ada syaitan yang rajin datang memantaunya setiap malam. maka ia sebagai manusia yang lebih-lebih lagi tersangat ingin mengawal keluarganya dari syaitan mestilah lebih rajin dan kuat lagi memantau bukannya dengan sekali tabur garam dan spray, maka be rfikir itu sudah memadai untuk selamanya
contoh kedua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment