sekiranya kita melihat kepada kisah-kisah ahli-ahli ilmu di zaman silam yang menceritakan kepada masyarakat masing-masing tentang akan munculnya rasul akhir zaman di Mekah yang akan membawa cahaya yang menerangi alam, kita akan dapati ada berbagai-bagai cerita menarik yang boleh di jadikan pengajaran oleh kita.
kita bawakan saja satu contohnya yang ada di sebut oleh Ibn Hisyam dalam Sirahnya ialah kisah sateh, seorang Sham yang di panggil mengadap Raja Yaman yang bernama Rabeah Ibn Nasr.
ini kerana pada suatu malam raja ini telah bermimpi suatu mimpi yang mat menakutkan. menggelentar ia terkejut dari tidurnya.maka untuk mengetahui apakah erti mimpinya itu, beliau telah memerintahkan pembesar-pembesarnya supaya mencari cerdik pandai-cerdik pandai untuk menta`birkan mimpi. maka dengan sebab itu, ramailah mereka yang datang kononnya untuk menghuraikan mimpi raja tersebut. malangnya raja yang cerdik dan memiliki tahap kebijaksanaan yang lebih tinggi darinya telah berkata"beta hanyalah mahu mendengar tasfiran mimpi dari orang yang boleh memberitahu apakah mimpi yang telah beta lihat malam tersebut" kata Baginda mula meneka mereka yang sudah ceria air mukanya menunggu-nunggu giliran untuk membodek dan memuji-memuja raja tersebut. malangnya tiada seorangpun yang dapat memberikan tekaan yang tepat tentang mimpi baginda itu. maka mereka semuanya di tolak oleh raja tersebut.
raja mencari lagi tukang ta`bir mimpi yang lebih bijak. baginda ada mendengar orang memberitahu bahawa ada seorang yang bernama sateh tinggal dalam negeri Sham yang amat mahir menta`bir mimpi. sekali di ta`birnya pasti akan tepat punya. ada seorang lagi yang bernama Syaq, menetap jauh juga telah di panggil raja juga secara berasingan.
Setelah sateh ---, barulah raja mengetahui bahawa ia merupakan seorang yang sangat tua. ia tidak mampu berjalan banyak lagi, ia juga tidak mampu berjalan jauh. kerana terlampau tualah, matanya sudah kabur dan telinganya sudah kurang pendengarannya.
raja memerintahkan supaya ia di bawa mari ke yaman jua walaupun kesulitan membawanya tidak terperi.
setelah sateh datang, raja ini terus berteka" wahai ta`bir mimpi yang bijak, sila nyatakan kepada beta apakah yang telah beta lihat dalam mimpi beta itu"
sateh menjawab" tuanku telah melihat keluar cahaya menuju ke pergunungan tahema lalu ia mengenai semua manusia."
Benar sekali" kata raja tersebut" maka apakah ertinya itu"
sateh menjawab" kerajaan tuanku akan di tewaskan oleh raja dari habsyah"
kerana terkejut dengan apa yang di nyatakan Sateh yang tua itu, maka ia mula memahami sebab ia terperanjat besar sewaktu tidur itu adalah di sebabkan oleh kerajaannya akan hilang, maka terus ia bertanya" bilakah itu hai sateh, adakah di zamanku atau selepas ini" Sateh menjawab selepas kira-kira enam hingga tujuh puluh tahun dari saekarang"
Raja itu bertanya lagi" adakah raja itu akan kekal"
sateh menjawab" tidak bahkan ia akan di tewaskan oleh seorang Nabi dari Mekah( kemana cahaya ia tampak pergi) dari keturunan ghaleb bn Feth
setelah sateh memberikan penjelasan tentang rasul akhir zxaman yang akan menerangi dunia sepanjang zaman sehingga hari kemudian itu , iapun di hantar balik ke negerinya di Sham
di panggil pula Syaq, raja bertanyakan hal yang sama. Syaq memberikan jawapan yang sama.
soalnya bagaimana hal ini boleh berlaku padahal mereka tidak berpakat antara satu sama lain.
di katakan mereka adalah ahli tauhid yang banyak mengamalkan ya `allamul ghuyub( يا علام الغيوب )
demikianlah ya `allamul ghuyub telah menyingkapkan kepada pengamalnya kefahaman dan hakikat yang tersembunyi sehingga ia menjadi pendedahan yang jelas.
والله أعلم
No comments:
Post a Comment