Ustaz Ahmad Awang adalah seorang Ulama Terengganu yang terkenal. Ia berasal dari Kg Msjid Hj Kadir Pasir Panjang. Kedudukannya adalah di tepi sawah yang terletak di hujung kampung. penduduk di situ memanggil tempat itu dengan nama Jugong yang berupa singkatan kata dari Hujung Gong. Pada zaman dahulu, dari situ, untuk pergi ke Kg Pak Maseh,,ada satu jambatan yang di sebut retok.
Pada suatu malam raya hari pertamaatau kedua, pada pukul dua malam, seorang jiran berdekatan rumah Us Hj Ahmad Awang ini telah mengetuk pintu rumahnya." Ustaz mintak maaf mengganggu, mintak tolong jugak ustaz datang rumah saya sebab anak saudara saya menangis teruk." katanya Us
setelah berada di dalam rumah itu, Ustaz Ahmad Awang membacakan ayat-ayat yang selalu ia gunakan dalam perubatan.
Ustaz Ahmad Awang bercerita kepada kami.
Ayah Ngah baca banyak sungguh ayat malam tu, rasa-rasa macam nak abis dah ilmu ayah Ngah baca ke budak tu, budak tu tetap menangis nak mahu berhenti-henti. Akhirnya Ayah ngah kata ke hantu tu" Heh Setang!Mun tak nak keluar lagi deh! Keluar!Keluarlah! tak payah(tak perlu) ganggu-ganggu la anak orang nih, aku tau dah mun ni hak sini jugok(juga) , Aku suruh keluar, keluar je lah, tak kan lah Mun tak Kenal aku. Ke mun nak kena sungguh ni hah!!!" Ayah Ngah pun ambil air buh dalam mulut sempur kuat-kuat ke muka budak tu, pastu budak tu pun berenti menagis. Ayah Ngah pun balik la. pagi esok ada Kuliah subuh.
Demikianlah cerita Ustaz Ahmad Awang kepada kami.
Cerita ini menggambarkan kepada kita satu perkara iaitu hantu raya ni -sesetengahnya suka menyembunyikan diri dari orang yang sudah mengenalinya tetapi suka menyakat orang-orang baru yang tidak tahu apa-apa tentang asal usulnya.
Sebab itulah kita seringkali melihat , bilamana kita perhatikan betul-betul, kanak-kanak yang balik kampung kadang-kadang jadi suka meragam. Mungkin ini berlaku kerana makhluk ini suka menyakat tetamu yang datang , di anggapnya mahu menziarahinya. maka ia menggambarkan kemesraannya menyambut tetamu dalam bentuk sebegitu, menyebabkan orang semakin benci kepadanya, silap-silap hari bulan kepada tuan rumah itu juga.
itulah sebabnya sangat malang hari ini sangat ramai menantu-menantu yang tidak mahu pulang lama-lamake rumah mertuanya. di buatnya alasan hantu raya dan saka . maka bertambah lagilah dosanya.
No comments:
Post a Comment