Saturday, February 5, 2011

HARIMAU KERINCI (2)



Mari kita bertanya satu soalan yang nampaknya seperti soalan kebudak-budakan saja, tapi mempunyai makna yang besar - Apakah yang berlaku sekiranya pesan itu( membaca Yasin tujuh malam itu) tidak di lakukan.



Suatu yang pasti ialah syaitan pasti menghampiri mereka yang lalai. tetapi malangnya manusia tidak pernah risau atau gentar bilamana syaitan datang mempengaruhi kehidupannya dalam bentuk bisikan agar ia meninggalkan perintah Allah seperti meninggalkan sembahyang,berzina , mencuri dan sebagainya lagi.

Mereka juga tidak risau sekiranya syaitan datang kepada mereka dalam bentuk sukakan hiburan, menghina hukum Syariat Allah atau membisikkan sifat tamak dalam mengumpulkan harta sehingga mengambil hak orang dengan jalan yang tidak sebenar  



Manusia hanyalah risau bilamana syaitan datang kepadanya dalam bentuk mengganggu kesihatannya. Umpamanya syaitan itu menyebabkan  kulitnya di hinggapi penyakit gatal yang yang mereyang-regang kulitnya , lantas rasa yang tidak selesa itu, pengidapnya akan menggaru-garu sehingga keluar darah. pada tahap ini barulah manusia merasa benci kepada syaitan dan mula menyalahkan datuk neneknya. 



atau ia mengalami sakit kaki tidak boleh keluar rumah yang menghalang ia mencari kekayaan hidup.

Demikianlah lagi sekiranya membuatkan matanya tidak dapat melihat lagi pamdangan dunia yang indah ini, barulah ia merasa benci kepada syaitan tersebut.



bagaimanakah mudah bagi waris  menghalau gangguan yang telah bersarang dalam kehidupannya padahal sewaktu yang ia sepatutnya menutup pintu kepada syaitan yang sudah lemah itu daripada datang kepadanya ( di hari seminggu kematian keluarganya yang menjadi pemiik itu) , waris telah  membenarkan syaitan itu bertenaga semula. ? Dengan sekali perjanjian yang di buat oleh keluarganya itu tidak mudah untuk menutup pintu tersebut selama-lamanya, bagaimanakah mudah pula syaitan itu mengalah pada anak cucunya  (waris) yang ini pula....?

Dalam masyarakat kita ada satu istilah yang telah lama di gunakan oleh orang-orang tua  bagi menerangkan tentang kemungkinan  ada wujud keburukan  yang bakal di hadapi oleh salah seorang dari waris(ahli keluarga si mati) iaitu apa yang di katakan sebagai gerah.

jenis gerah itu ada berbagai-bagai bentuk dan bermacam-macam ragam.ada yang melibatkan kematian secara tiba-tiba dan serta merta, ada pula yang menyebabkan sakit bertahun-tahun,ada juga gerah  seketika dan ada juga gerah yang boleh diatasi( di panggil di tepis) melalui cara-cara tertentu.











No comments: