Tuesday, February 8, 2011
SEKOLAH PEMIKIRAN PERUBATAN ISLAM 3
Di sini izinkan saya membincangkan pula serba sedikit tentang beberapa jampi-jampi Syia`ah secara umum dan yang terdapat dalam kitab bulghah( بلغة الأمل ) yang menjadi satu satu daripada rujukan asas dalam ilmu jampi di kalangan ahli syiah yang menjadi amalan yang memang terdapat dalam masyarakat kita, supaya dengan itu, kita dapat membezakan kebenaran, bukannya mengikut sangkaan zahir terus saja kita berkata ini adalah ayat quran yang mujarab untuk perubatan .
Pertama: jampi-jampi Syiah akan menyebut " dengan berkat Saidina Ali wali Allah/ Karramallahu waj hah/ Singa Allah @ pedang Allah atau apa-apa saja yang berkait dengan memuji Saidina Ali atau isterinya Saidatina Fatimah Az Zahra
Atau
nama -nama salah seorang atau beberapa orang Imam mereka yang dua belas orang itu.
dalam masyarakat kita, jampi yang paling terpilih yang asalnya di amalkan oleh masyarakat Syiah ialah:
لى خمسة اطفئ بها حر الوباء الحاطمة
المصطفى والمرتضى وابناهما وفاطمة
bagiku ada lima orang yang dengan (syafaat ) mereka aku padamkan
kepanasan wabak yang menghempaskan
iaitu Rasulullah Al Mustafa SAW, ali Al Murtadha
dan putera keduanya (Hassan dan Husein) dan Fatimah (isteri Ali puteri Rasulullah SAW)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment