Wednesday, February 16, 2011

peringkat saka dan peningkatan

PERINGKAT-PERINGKAT SAKA

PERINGKAT PERTAMA.

Sebahagian daripada jenis-jenis saka yang tidak disedari oleh seseorang ialah sifat buruk atau keji yang diwarisi dari generasi terdahulu seperti malas, bengis, mulut celupar cemburu atau satu-satu kecenderungan yang melampau seperti terlalu sukakan menangkap ikan, sukakan permainan daun terup dan sebagainya lagi. Pada anggapannya, ini adalah watak keturunan atau baka yang diwarisinya. Dia juga mungkin berpendapat itu adalah kebiasaanya yang telah lama menjadi rutinnya. Pada fikirannya, dengan sekali fikir, watak atau perangai tadi , tiada kaitan langsung dengan syaitan bahkan sikap itu adalah dirinya sendiri.apabila ia fikirkan lagi beberapa kali, ia merasakan itu adalah di sebabkan oleh baka keturunannya semata-mata. Tetapi pada hakikatnya terdapat jenis syaitan yang sama telah mengawalnya semenjak beberapa keturunan yang panjang.

Hakikat ini hanyalah dapat disedari oleh si pengidap apabila ia memerhatikan bertahun-tahun watak tersebut dalam dirinya, ia akan secara insaf merasai ada semacam suatu kuasa luar yang sangat halus yang memandunya kepada watak atau perbuatan tersebut. Setiap kali ia tidak mahu melakukan watak tersebut, ia tidak mampu mengawalnya dan sikap tersebut terus menguasai dirinya tanpa keredhaan dari dirinya sendiri.
Contoh pertama
Umpamanya

Puan R adalah seorang mertua yang baik, sebagai seorang guru yang berdedikasi,maka, sebahagian besar kehidupannya dihabiskan untuk mendidik anak bangsanya. Namun begitu, ia sering kali bertukar menjadi bermulut celupar di hadapan menantunya. Sifat mulut celuparnya ini memang di ketahui oleh masyarakat sebagai sifatnya yang paling menonjol. Oleh kerana ia mengetahui keburukan dan padah mulut celuparnya itu, maka ia cuba mengatasinya melalui cara, iaitu bilamana ia mahu mengelakkan celuparnya setelah ia mengetahui menantunya itu amat terasa hati dan terkilan dengannya, ia berzikir semahu-mahunya bertujuan untuk memadamkan keinginan celuparnya itu, tetapi perasaan keceluparannya itu tetap juga melonjak-lonjak di dalam dadanya seperti ombakan api yang menikam dirinya dengan penuh keseksaan selagimana dipendamkan perasaan marahnya. Ia merasakan kesakitan dalam dadanya itu hanyalah akan hilang apabila ia, tanpa bertangguh lagi, memuntahkan kesemua kemarahannya itu di hadapan menantunya juga melalui kata-kata yang kesat. Ia juga merasai di mulutnya terdapat desakan yang sangat kuat untuk melepaskan das-das keceluparannya kepada seseorang yang tidak disenanginya seperti menantunya sendiri itu. Dirasanya mulut itu tidak dapat ditutup atau ditahan dari terus berseranah. Si menantu pula pada waktu itu berasa bingung mendengarkan begitu mahir dan fasih sekali mertuanya mengatur kata-kata untuk menikam hatinya padahal mertuanya tidak dikenali bersifat begitu pada sudut lainnya.

Selang beberapa waktu yang singkat selepas itu, setelah menantunya pulang dan tiada bersamanya. Ia didatangi oleh rasa menyesal dan bersalah kerana tidak dapat mengawal kemarahannya itu.

Yang tidak boleh dikawal itulah dinamakan dalam ilmu tasauf sebagai nafsu amarah tetapi ia diistilahkan di dalam perubatan Islam tradisional sebagai saka kerana ia berkait dengan penyakit keturunan yang ada hubungan dengan makhluk halus.
Nafsu amarah itu boleh jadi bersambung-sambung dari keturunan terdahulu. Tetapi boleh jadi juga tidak dari keturunan terdahulu, sikap ini datang mendadak ke dalam dirinya di sebabkan oleh factor-faktor yang berbagai-bagai.
Ada ketikanya Puan R ini marah dan merasakan zikir dan istigfarnya itu sia-sia. Ia merasakan zikir dan istigfarnya itu tidak mampu membuang kesakitan dalam dadanya. Perasaan ini ingin menerangkan kepada dirinya tentang syaitan yang telah lama berada di dalam dirinya, lama sebelum ia dilahirkan lagi. Syaitan itu telah menunggu-nunggu semenjak dari zaman bapa atau datuknya lagi untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila ia dilahirkan kelak. Sekarang, setelah ia dilahirkan, syaitan telah benar-benar mempedayakannya.
Setiap hari terutamanya sewaktu tidur yang ia seringkali melupakan bacaan-bacaan yang di ajarkan Ulama-Ulama, syaitan ini datang menjenguknya tanpa Puan R menyedarinya.
Setelah sekian lama Puan R itu hidup, akibat ia tidak mengetahui itu adalah satu penyakit yang berada dalam dirinya, Puan R kurang memerangi syaitan dalam kehidupan sehari-hariannya. Ia banyak hanyut sebagaimana manusia lain yang hidup dalam masyarakat jahiliyyah yang didiaminya. Terlalu banyak masanya dalam kehidupan yang panjang itu, meskipun ia melakukan perintah Allah seperti sembahyang, berpuasa dan berhaji, tetapi masih dipengaruhi syaitan dalam hampir keseluruhan waktunya.

Dalam erti kata yang lain, ia tidak bersungguh-sungguh menghayati firman Allah SWT:


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh.
Demikianlah sikap itu menguasai dirinya sehingga ia jatuh sakit dan akhirnya melalui jalan ikhtiyar , ia mengetahui ia mempunyai masaalah saka.



Contoh kedua

Setiap kali Encik G memarahi anaknya, ia akan dikuasai oleh perasan geram yang melampau-lampau. Keadaannya pada masa itu adalah sama seperti keadaan bapanya ketika mana bapanya memarahinya semasa Encik G kecil-kecil dahulu. Demikianlah juga kemarahan datuk lelakinya kepada bapanya. Kalaulah kemarahan bapa dan datuknya kepada anak-anaknya di zaman yang silam, bapa atau datuknya itu akan bertindak mengejarkan anaknya dengan parang, maka lahar kemarahannya yang pada tahap yang sama ini akan membawakan encik P kepada memukul anak-anaknya dengan sepenuh-penuh hati sehingga mencederakan anak. Ia merasa tidak puas sekiranya tidak berbuat demikian. Setelah geramnya dapat dialirkan sepenuhnya melalui cara memukul dan mendera anak tersebut, baru ia merasa lega dan kemarahan itu dapat berkurang.

Selepas beberapa lama, bilamana perasaannya sejuk kembali, ia mula merasa menyesal dan berazam tidak mahu mengulangi lagi perbuatan tersebut. Tetapi di lain masa, ia tetap tidak dapat mengawal perasaan tersebut di setiap kali ia memarahi anaknya. Ia menyedari kesan buruk yang menimpa anaknya akibat kemarahannya yang melampau itu. Ia juga menyedari kesan itu akan bertambah buruk apabila ia terus berkekalan bersifat begitu. Malangnya ia tidak boleh mengawal sifatnya itu.
Contoh ketiga
Puan M adalah seorang isteri yang kuat cemburunya. Cemburunya yang melampau-lampau inilah yang dikatakana saka. Mungkin sakanya berpunya dari asal nenek moyangnya yang lelaki mempunyai pendampingan perempuan. Pendampingan perempuan itu amat cemburukan lelaki, maka untuk syaitan itu membisikan sesuatu yang menjadikan ia amat mencemburui suaminya. Ia seolah-olah mendengar bisikan-bisikan yang menyatakan suaminya bermain dengan perempuan ketiga., meskipun ia sepatutnya mempercayai suaminya. Ini menjadikan Puan M tidak tenteram menunggu ketibaan suaminya. Ia akan seboleh-bolehnya mahu mencallkan suaminya setiap lima minit. Ini akan merimaskan suaminya. Ini kerana suaminya merasakan ia dikongkong. Bagaimana tidaknya sedangkan si suaminya, Encik K yang berketrampilan itu merasakan diganggu oleh deringan telefon isterinya setiap kali ia baru saja keluar dari rumahnya. Mesyuarat KKK belum lagi selesai, telefon berbunyi lagi padahal sebelum bermusyuarat tadi, Puan M telah menelefonnya. Akibatnya sentiasa berlakulah persengketaan antara keduanya.

Contoh keempat

Setiap kali Encik K marah, kemarahannya itu menjadi meluap-luap. Ia merasakan ia perlu memecahkan sesuatu atau mengoyak-ngoyakkan barangan atau pakaian. Sekiranya ia tidak melakukan yang demikian, perasaan tersebut tidak akan dapat disejukkan dari dirinya. Watak yang di luar kawalan ini kita namakan sebagai watak kedua kerana itu bukanlah watak yang asal dalam dirinya dalam keadaan dirinya normal. Watak normal ini kita namakan sebagai watak pertama.

Dalam penyesalan terhadap sikapnya yang mengoyak-ngoyakkan bajunya bila ia marah atau mengamuk, Encik K berfikir dari manakah datangnya watak pertama dalam hidupnya. Apabila ia melihat sejarah kehidupan keluarganya, ia mendapati nenek moyangnya terkenal sebagai sangat berani. keberanian nenek moyangnya ada kaitan yang langsung dengan amalan-amalan pemujaan kepada semangat kesyaitanan. Maka fahamlah ia bahawa asalnya semangat keberanian atau kepanglimaan yang berunsurkan kesyaitanan dipuja oleh nenek moyangnya dalam menghadapi cabaran kehidupan semasa waktu itu. Bilamana semangat kesyaitanan ini telah turun ke anak cucunya, yang akibat perubahan zaman, tidak lagi memerlukan keberanian dalam bentuk yang sama, maka syaitan yang memegang perjanjian itu terus berlegar-legar dalam kehidupan anak cucunya. Syaitan yang mengalir pada anak cucunya juga tetap mahu melakukan aksi yang sama tetapi kehendak ini tidak dapat dilepaskan. Lantaran syaitan telah lama mengalir dalam diri keluarganyanya itu, anak cucunya merasakan syaitan tersebut terus membelenggu dirinya melainkan sehinggalah ia melepaskannya dalam bentuk agresif sehingga mengoyakkan pakaian yang dipakainya.
Bilamana ia memerhatikan secara mendalam, dia mendapati bahawa pada malam sebelum atau selepas ia berkelakuan mengoyak pakaian, atau waktu-waktu terdekatnya, wujud-wujud pergerakan di luar kawalan pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti rasa berat pada tulang belakang, kepala, dalam punggung dan kaki seolah watak tersebut ada kaiatan yang kuat dengan sakit tersebut.
Setelah lama meneliti, barulah Encik K faham kenapa ia tidak dapat membebaskan dirinya dari watak kedua iaitu sikap mengoyak-ngoyakkan pakaian bila marah. Kerana watak itu telah mencengkam kehidupannya semenjak awal ia muncul ke bumi ini..
Maka inilah yang dikaitkan oleh pakar-pakar perubatan Islam sebagai saka. Terdapat hubungan yang langsung antara sakit dan watak kedua yang amat dibenci olehnya itu yang tidak mudah untuk di buang melainkan secara doa dan amalan.


Contoh ke lima
Encik P adalah seorang peniaga di kedai makan. Ia boleh bersabar bilamana kedainya itu tidak didatangi pelanggan. Tetapi bilamana kedainya itu didatangi ramai pelanggan. Ia akan sibuk melayani pelanggan-pelanggannya. Sebahagiannya mahukan Nasi Dagang, sebahagiannya pula mahukan Nasi Kerabu. Ada pula pelanggangnya yang mahukan masakan Tom Yam dan tidak kurang pula yang mahukan masakan Western. Walaupun penat, ia amat seronok memenuhi setiap permintaan pelanggannya yang berbagai-bagai itu.

Pada waktu ini, ia akan mula mengkhayalkan bahawa ia akan memperolehi untung yang cukup lumayan.di hujung bulan, bilamana ia mengira-ngira pendapatannya dan mendapati pendapatannya tidak mencapai kadar yang dijangkanya, ia memberang pada semua orang. Yang lebih menjadi mangsa ialah anak isterinya. Dipukul-pukul anak isterinya kerana dituduh mencuri duit jualan makanan itu. Tindakan yang agresif ini adalah di luar kehendak dan kawalannya.

Selepas beberapa ketika, kemarahan ini reda. Ia menyesal pula di atas tindakannya itu.
Encik P ini akan menangis-nangis menyesal di atas perbuatannya.

Secara lazimnya boleh jadi keluarganya itu mengambil sebahagian duit tersebut tanpa sedarnya. Ini adalah perkara biasa dan boleh diterima akal yang sejahtera. Yang tidak boleh diterima akal ialah ia memukul anak isterinya. Apatah lagi sekiranya tindakan yang melampau itu dilakukannya padahal ia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Perasaannya yang di luar kawalannya itu adalah sifat luar kebiasaan yang pelik dan lain dari kelaziman. Inilah yang dinamakan sakit. Sakit itu pula ada berbagai-bagai jenis. orang terdahulu telah menamakannya sebagai saka.
Setelah isterinya bertahajjud beberapa lama memohon kepada Allah SWT agar suaminya itu memperbaiki perangainya itu, ia bermimpi dalam doa dan zikir tahajjudnya itu didatamgi oleh lelaki yang di katakana keturunan suaminya itu. Maka inilah yang dikaitkan dengan saka. والله اعلى واعلم بالصواب


Contoh keenam
Encik S telah bercerai dengan isterinya Puan X sebanyak dua kali. Setiap kali mereka bergaduh, Encik S akan mengugut isterinya untuk menceraikannya. Apabila ia sedar, ia menyesal.

Demikianlah selepas setiap kali ia menceraikan isterinya, ia menangis-nangis memohon maaf dari isterinya. Ia menyalahkan dirinya. Katanya semasa marah, ia tidak sedar apa yang diungkapnya. Ungkap itu terpancul dari mulutnya tanpa sedar.

Contoh ke tujuh

Demikianlah juga contoh tersebut dapat kita lihat pada sesetengah manusia yang kuat beribadat dan taat pada zahirnya, tetapi tidak dapat meninggalkan dosa-dosa besar seperti berzina, mencuri dan sebagainya lagi.

Di satu ketika, ia memegang watak pertama, maka ia menjadi seorang yang taat, tetapi dalam sesetengah masa yang lain, datang pula watak kedua tadi dalam dirinya iaitu berzina dan mencuri.
Watak kedua amat kuat membelenggu dirinya.
Soalnya adakah dia tidak pernah berfikir untuk bertaubat? Jawabnya ia amat mengetahui tentang taubat. Dan ia memang secara ikhlas telah berusaha ke arah itu.malangnya ia tetap juga tewas sehingga tidak dapat menahan diri lagi dari melakukan dosa besar. Ia perlu di rawat dengan doa-doa tertentu. Inilah yang di katakana rawatan saka
Contoh ke lapan

1) Seseorang yang menderita sejenis penyakit menjadi bertambah derita bilamana balik menjengok kampung halaman seolah-olah gangguan makhluk halus yang telah lama berkhidmat kepada orang tuanya ingin menggigit-gigit sepuas-puas hatinya kerana terlampau bergembira dapat mengubati rindunya akibat lama berpisah tidak menemui warisnya.

Kesemua contoh di atas, sekiranya diukur dari sudut istilah tasauf, ia dinamakan nafsu lawwamah dan ammarah. Tetapi dalam perbincangan perubatan Islam di kalangan kita, orang-orang soleh dan ulama-ulama tempatan di zaman silam menspesifikkan lagi perbincangan dengan menamakannya sebagai saka untuk membezakan antara punca syaitan yang datang dari keturunan yang terdahulu atau dari dirinya sendiri.

PERINGKAT KEDUA
PENGARUH SAKA TERHADAP HARI TUA

Menurut pemerhatian ramai pengamal rawatan Islam yang berpengalaman, orang-orang yang ada gangguan tadi, bilamana melalui satu peringkat usia emas yang lebih lanjut, mereka akan menderita satu peringkat sakit yang lebih tinggi. Sakitnya tidak bersifat normal pada perkiraan kajian moden. Tidak cukup simptoms dan dignisisnya untuk dikategorikan kepada sesuatu penyakit tertentu.

CONTOH
Tidak dapat langsung melelapkan mata pada waktu malam. Sebaik sahaja ia memejamkan mata, ia akan terpandangkan beberapa gambaran yang menakutkan dan akan berterusan berada dalam keadaan yang terperanjat sehinggalah awal pagi.

Keadaan ini akan menyebabkan dia sentiasa berada dalam keadaan yang tersangat letih. Keletihan ini akan menyebabkannya sentiasa dalam keadaan ----gelisah dan fikiran yang tidak menentu. Hal ini biasanya menyerang wanita yang berusia menghampiri lima puluh ke atas.

Sebab ia tidak dapat melelapkan mata kerana ada yang datang mengganggunya. Walaupun ia tidak dapat melihat kehadiran makhluk tersebut tetapi ia amat pasti dengan fikiran dan perasaannya.

CONTOH PERTAMA

Setelah umur Encik Y meningkat enam puluh tahun, Encik Y sentiasa terpandangkan kewujudan babi tujuh ekor berlegar-legar di ruang matanya setiap kali ia memejamkan matanya pada waktu malam. Samada gambaran ini datang dalam waktu tertentu sahaja, umpamanya pada pukul 2-3 malam dan gambaran itu hilang selepas itu. Kadang kala pula, gambaran itu mengganggunya di sepanjang malam dan menghalangnya supaya ia tidak tidur langsung waktu malam.

CONTOH KE DUA

Sesetengah orang tua seperti Encik K yang telah berusia enam puluh lima tahun sentiasa mengadu kepada anak cucunya bahawa ia ternampak secara sekilas pandang bahawa ada terdapat sesuatu melintas di hadapannya. Kadang-kadang di sisi dari sudut sebelah kirinya. Ia akan merasakan terkejut, takut, tidak tenteram dan berdiri bulu romanya setiap kali ternampak perkara tersebut. Ia sentiasa berfikir apakah sebenarnya benda itu.

CONTOH KETIGA

Ia melihat wajah ibunya, supaya melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perintah Allah, Pada waktu ini, orang melihatnya ia bercakap seorang diri tetapi ---

PERINGKAT KE TIGA
Pada contoh pertama , Ia memberitahu bahawa ia ternampak babi tersebut telah cuba melanggarnya atau menyondolkan kearahnya, akibat terkejut, ia terjatuh. Jatuh inilah yang menyebabkan ia terlantar lama di katil menyaksikan pandangan-pandangan yang menakutkan yang apabila ia menceritakan pada anak-cucunya, merekatidak di percayainya. Anak cucunya itu pula menuduhnya merepek dan mengarut.

CONTOH KEDUA
Pada contoh kedua yang telah kita sebutkan tadi iaitu Encik K yang sentiasa mengadu kepada anak cucunya bahawa ia ternampak secara sekilas pandang bahawa ada terdapat sesuatu melintas di hadapannya. Kadang-kadang di sisi dari sudut sebelah kirinya. Ia akan merasakan terkejut, takut, tidak tenteram dan berdiri bulu romanya setiap kali ternampak perkara tersebut. Maka setelah badannya semakin lemah akibat usianya yang semakin meningkat, akhirnya ia mula melihat dengan pandangan yang lebih jelas

Dia yang lemah itu merasakan ada seorang kanak-kanak lelaki yang sentiasa mendampinginya. Ia makin takut kepada kehadiran kanak-kanak tersebut tetapi ia tidak dapat menghindarinya di setiap kali ia mahu menghindarinya.
Akhirnya pada suatu hari, ketika ia berada dalam bilik air, ia merasakan pada tahap keadaan dirinya yang lemah itu, ia merasakan kanak-kanak lelaki tersebut menolaknya di dalam bilik air. Ia yang lemah itu tidak mampu tegak lagi. Akibatnya ia terjatuh. Inilah yang menyebabkan ia berlepek di atas katil selama beberapa lama sebelum ia meninggal.
Ia meninggal dua atau tiga tahun selepas itu, ertinya lama ia berlepek di atas katil itu.



SAKA MENYERANG

KES PERTAMA

Setelah ia berguru dan berijazah cara-cara membaca ayat pembuka----, ia beramal selama

Dalam tahajud yang ia amal 44 malam itu, ia bermimpi ---apabila ia memegang di di ulu hati tempat sakitnya, maka ia ternampak tempattok akinya memegang segumpal kain,---akhirnya tokkinya membuang kain tersebut ke sungai, maka ia merasa lega.

CONTOH

Enam puluh tahun yang lampau, ketika berusia lima tahun, pada setiap malam PD akan menemani neneknya Mak MN untuk pintu reban ayam.
Mak WN adalah seorang penjual ikan yang sudah kaya raya. Sudah lama ia berniaga ikan. Walaupun ia seorang perempuan yang sudah berumur, tetapi ia sendiri akan sentiasa bersemangat mengangkat bakul besar yang penuh sarat di muatkan ikan. Kalau di kira-kira barangkali ikan dalam bakul itu seberat 50 kilogram terpaksa di pikul sendirinya olehnya.

Setelah meninggalnya Mak WN, sekali dua abangnya M yang turut sama menjadi anak Mak WN mengadu sakit yang yang di katakan oleh perawat perubatan Islam sebagai saka. PD sendiri tidak faham apa itu saka. PD sendiri gembira setelah melihat M, abangnya itu sihat. Menurut cerita yang ia dengar, perawat perubatan Islam itu berkata bahawa sakanya telah di keluarkan.

Sekarang, setelah PD berusia 65 tahun, ia sering kali sakit dada. Apabila ia pergi ke beberapa pusat pakar rawatan perubatan moden, mereka berkata PD sihat, tidak ada apa-apa sakit. Ia menjadi bingung kerana sakit yang di tanggungnya di katakan oleh pakar perubatan sebagai tidak ada. Sakit itu bukan sahaja membuatkannya tidak dapat melelapkan mata waktu malam, malahan juga sepanjang masa ia merasa sakit dada menyucuk-nyucuk bagaikan di tikam dengan jarum. Seluruh badamnya berasa seram sejuk yang amat sangat sehingga sampai ke tulangnya yang dalam.


Dalam seminggu sakit, Dr. N , anak PD yang bekerja di pusat perubatan terkenal di KT telah mengambil keputusan untuk menginap di rumah PD, bapanya itu. Ini kerana untuk sentiasa berulang alik kerumah Dr N yang terletak setengah kilometer sahaja dari rumah bapanya adalah satu kerumitan kepadanya untuk menjaga ayahnya itu.

Dr N ini mempunyai anak beberapa orang anak. Ada yang besar dan ada juga yang kecil. Dia juga memiliki seorang anak kecilnya yang baru berumur setahun setengah. Ia bertambah bingung kerana ayahnya sentiasa mengadu sakit tetapi ia tidak dapat berbuat apa-apa. Yang menambahkan peliknya lagi ialah bilamana ayahnya tidak mengadu sakit, anak kecilnya pula akan menangis berjam-jam lamanya.

Ia tertanya-tanya dirinya sendiri apa sakit ayahnya PD dan mengapa pula anak kecilnya menangis teruk semenjak dia menetap di rumah PD?

Setelah seminggu ia dalam keadaan begitu, akhirnya ia menemui suatu yang di rasainya itulah jawapan kepada soalan yang terbuku di benak fikirannya.

KH pelajar UM bidang Akademi Islam tahun akhir adalah anaknya yang menjadi abang kepada bayi yang menangis itu. KH secara tidak sengaja telah menangkap gambar adiknya yang sedang menangis itu dengan menggunakan digital kamera yang baru di belinya di Pertama Kompleks.
Di tangkapnya gambar adiknya yang sedang menangis dengan banyaknya. Tiba-tiba ia mendapati pada gambar tersebut ada satu lembaga perempuan yang sebenarnya tidak wujud. Dalam senyap-senyap ia menangkap pula gambar datuknya PD yang mengadu-ngadu kesakitan. Setelah di printkan, ia menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada PD. PD hairan kenapa lembaga berupa neneknya boleh berada dalam gambar yang di tangkap kamera digtal tadi. Ia menyuruh cucunya KH mengambil sekali lagi. Pada kali yang kedua ini, mereka tidak lagi menemui lembaga tersebut dalam gambar tersebut.

Inilah satu sakit yang berlaku di Bandar KT yang di kaitkan dengan saka oleh sesetengah perawat. والله أعلى وأعلم


Rasa menyucuk-nyucuk di dada itu sering kali di rasainya. Demikianlah juga pasa seram sejuk di seluruh badannya. Ia mula mempercayai sakitnya itu di panggil saka seperti mana yang di istilaah oleh ramai orang di sekelilingnya. Bilamana ia merawati sakitnya dengan kaedah tersebut, ia merasa lega beberapa ketika.


CONTOH

Menurut cerita ibu Pengurus I, nenek mereka yang teratas ada memelihara sejenis hantu yang di namakan hantu penanggal. Hantu ini mendampingi neneknya setiap kali membantunya menyambut ibu-ibu yang akan bersalin. Hantu ini makan darah dan uri orang baru bersalin. Sekiranya hantu ini tidak di haling dari meminum darah , ibu yang bersalin itu akan tumpah darah dengan banyaknya. Kebiasaannya ibu yang tumpah banyak darah akan mati. Di katakan juga oleh mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini bahawa hantu penanggal itu takutkan mengkuang. Itulah sebabnya ramai orang pada waktu itu menyangkutkan duri mengkuang pada bawah rumah sewaktu perempuan yang menghuni rumah itu akan bersalin. Menurut ceritanya memanglah neneknya yang itu takutkan mengkuang.

Setelah neneknya yang itu meninggal, tiada lagi keluarganya yang menjadi bidan sepenuh masa, adalah juga ia mengetahui sekali sekali neneknya dan emaknya sakit yang di katakan berasal dari hantu penangal itu.


Sekarang pengurus I telah berjaya dalam hampir kesemua bidang yang ia ceburi. Ia di lihat sebagai baik , suka tolong menolong, berdedikasi dan berpro-actif. Malangnya, ia memang suka melayan dan mempedayakan perempuan. Ia tidak pernah kurang dalam bab-bab tackle. Selalu sahaja ada perempuan yang bermurah hati untuk melayannya, apatah lagi setelah dia mendapat gelaran datuk muda. Bahkan ramai juga perempuan-perempuan yang memulakan apabila mereka mereka mengetahui bahawa ini adalah datuk yang berdarah manis.

Walaupun ia mengetahui mengenai saka neneknya itu kadang-kadang mengikutinya, ia tidak lagi memberi makan kepada saka tersebut. Baginya , ia tidak kisah sekiranya saka tersebut membantunya dalam kerjayanya.

Pada suatu hari, ia mendapat tahu satu perkara yang tidak mampu ia menerimanya.


Ia tidak menyangka bahawa setiap kali berjinak dengan perempuan-perempuan, hantu penanggal itu menghisap haidh perempuan yang di pedayakannya bilamana perempuan tersebut tidak mencuci darah tersebut.

Cerita ini tersebar bilamana salah seorang dari perempuan itu jatuh sakit. Che Kelsom setia-usahanya yang sakit lama dan teruk tersebut berikhtiyar dengan cara ayat-ayat al Qur`an dan bertahajjud malam. Ia menghadapi masalah besar kerana sakitnya tidak dapat di kesan secara rawatan moden. Setelah hamper sebulan, Che Kelsom itu bertahajjud, ia seringkali bermimpi seorang yang mengaku nenek Pengurus i. pada perkiraan Che Kelsom, itu adalah saka pengurus 1.
Che Kelso ini adalah yang becak sedikit mulutnya. Setelah ia sihat, ia mula membenci Pengurus 1. ia menceritakan kepada ramai kawan-kawan sepejabatnya tentang pengalamannya itu. Akhirnyaa perempuan-perempuan se pejabat dengan Che Kelsom memandang keji terhadap pengurus 1 . Mereka menjauhkan diri dari pengurus tersebut.

Sewaktu Che Kelso mini saakit, ia menderita susah bernafas. Di rasanya pada tengkuknya ada pengikat yang menghalang ia bernafas. Dadanya juga di rasakan berat seperti di tindih batu. Badannya sentiasa merasai panas sejuk. Yang lebih banyak ialah sejuk-sejuk seram.

No comments: