Wednesday, February 16, 2011

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH GANGGUAN MAKHLUK HALUS

ramai pesakit yang menghadapi gangguan makhluk halus beranggapan bahawa penyakit ini cukup mudah untuk di hadapi. Dengan hanya sekali baca atau tiup, gangguan itu pasti hilang. Maka mereka memandang remeh kepada persiapan dan rawatannya bilamana mereka di ancam oleh penyakit tersebut

INILAH YANG AKAN BIASA KITA TEMUI di kalangan pesakit-pesakit muda yang masih baru menghadapi gangguan ini.

mereka belum menyedari ramai juga yang mati akibat gangguan ini, ramai juga yang habis harta benda kerana berubat sakit begini. apa yang di sebut sebagai gangguan itu, ada bermacam-macam cabang dan pecahannya.


ini tidak termasuk lagi golongan yang mempertikaikan dan menolak kewujudan penyakit begini yang sebenarnya berpunca dari mereka tidak memperdalami masalah makhluk halus dan penyakit gangguan makhluk halus yang memang di sebut dan wujud di zaman Rasulullah SAW.


Ada banyak keterangan tentang itu.



.

No comments: