يا محيى يا مميت
perlulah kita menyedari bahawa alam ghaib itu bukanlah jauh
mana dari kita, ia berada bersama kita kerana alam ghaib itu adalah
bersebelahan saja dengan alam syahadah. Ertinya ketika seseorang itu berada di
alam syahadah, sekiranya di balikkan saja, ia akan berada di alam ghaib,
disamping ramai ulama yang menyebutkan zikir ini berperanan
sebagai menghapuskan sifatkan yang keji dan menumbuhkan sifat yang mulia dalam
diri pengamal, banyak pengalaman menunjukkan bahawa pengamal yang
melakukan zikir ini di lakukan secara
banyak dan berterusan akan menjadikan
seseorang yang hidup dapat berhubungan dengan orang mati. Orang orang tertentu yang telah mati dating
kepadanya melalui mimpi dengan membawa isyarat isyarat tertentu yang boleh di
fahaminya.
Dalamerti katayang
lain, zikir ini menjadi amalan penghubung antara orang hidup dengan mati, orang
hidup yang inginkan beberapa penjelasan dari orang yang sudah mati , bilamana
beramal berterusan zikirnya di sertakan solat dan doa memohon dari Allah
pertunjuk dalam memiliki hubungan tersebut, ramaijuga orang yang dapat mencapai
tingkat ini dan memperolehikekuatan tersebut. Itu semua terhasil dengan
kurniaan Allah. Tanpa rahmat dan izinNya, kita tidak akan memperolehi apa= apa.
Adakah hal ini pelik??
Tidak , !!!
Lihatlah sekali lagi sebagaimana yang telah di katakana tadi
, Nabi Yusuf berdoa
Baginda meminta agar di hubungkannya kepada orang orang yang
soleh ini merangkumi sewaktu hidup dan mati. Alam barzakh di mana seseorang
yang mati itu berada bukanlah alam yang seseorang itu akan hidup berseorangan
sebagaimana lazimnya pada pandangan mata zahir yang kita boleh di lihat di tanah tanah perkuburan di
Negara kita, jasad seseorang di tanam dalam lubang kubur yang berbeza
No comments:
Post a Comment