Thursday, July 11, 2013

cara dan peringkat meneropong saka (berzikir)

ustaz Hanafi ek Fesfanji 
seminar KL 


MEMPEROLEHI GAMBARAN SAKA MELALUI MIMPI YANG TERHASIL DARIPADA ZIKIR

Zikir sering kali kosong . ini menyebabkan ahli suluk yang ingin mengenali saka itu terlena. =melainkan apabila di isi dengan tafakkur dan tazakkur.
Sebagaimana yang telah di nyatakan bahawa tangga pertama untuk mengungkaikan belenggu saka tersebut ialah dengan berzikir.. 
Zikir juga di panggil dengan nama wirid
Bilamana seseorang itu berworid, datanglah kepadanya beberapa kekuatan yang di panggil warid. Warid mertabat pertama di panggil intibah . ia berkumpul pada rawang.rawang ialah titik tengah antara dua bulu kening. Di situ bilamana seseorang memejam matanya , ia akan melihat seperti bola api .





 gambar menunjukkan tempat letak rawang kepada setiap manusia, iaitu tempat keluarnya tuh idhofi semasa setiap manusia tidur. kekuatan zikir akan zoom terpat tersebut sehingga skin yang ada di situ dapat membaca apa yang di temuinya. bacaan tersebut di gambarkan dalam bentuk gambaran mimpi 



Bebola nur keluar melompat-lompat dalam bentuk momentum. Dalam erti kata yang lain, ia seolah-olah lihat bergerak seperti sebuah kapal yang sedang belayar laut menuju ke satu destinasi yang telah di jadualkan.  Bilamana ia di lihat dari sebuaah kapal terbang di angkasa raya, kapal laut itu seolah-olah terapung-apung tidak bergerak ===pada hjungnya ia pasti melihat bebola nur tadi bertukar menjadi satu pemangangan yang samar samar. Seperti kabus tebal. Gambaran yang kabur sekiranya zikir itu di teruskan lagi meskipun dalam rasa lenguh yang menggigit seluruh urat sarat dan segenap sendi tulangnya, gambaran tadi menjadi semakin jelas

Gambaran ini di panggil isyraq(  ) , ia juga di panggil surah tasawwyr(    صورة التصور
Proses pertukaran dari kabur kepada semakin jelas di panggil tajalli. Sekarang, dalam penggunaan kamera, orang mengistilahkannya sebagai zoom. Proses pengtajalian( zooming)
 ) , dalam bahasa mudah, guru pondok memaggilnya sebagai filem nagetif. Istilah ini adalah ibarat daripada gambar yang di tangkap ==Kodak

Gambaran mimpi yang terpamer sewaktu berzikir mungkin berlaku dalam beberapa bentuk yang berbeza.perbezaan tajallinya pada ===menerangkan tentang sudut sudut yang berlainan tentang saka 


GAMBARAN ITU HILANG BILAMANA JAGA /BANGKIT DI WAKTU SIANG
LUPA

Ini bererti simbolek yang dating=mestipun belum di fahami= telah hilang. Dia perlu berusaha lagi untuk mendapatkan isyarat tersebut. Sekiranya ia ingat, maka usaha yang perlu di lakukan ialah mencari kefahamannya sahaja. Ertinya dengan lu itu, ia perlu mencari sekali lagi. Maka bayangkanlah sekiranya setiap kali symbol atau isyarat tersebut dating, betapa bodohnya kita



Maka demikianlah juga sikap kita yang cuba menafikan atau memandang remeh kepada persoalan mimpi sebegini kadang kala boleh menghuru harakan kehidupan sendiri. Orang yang seringkali menganggapkan bahawa gambaran yang di lihat dalam mimpi adalah karut marut dan semata-mata hanyalah permainan tidur tak ubah seperti seorang pemandu kereta yang membutakan matanya kerana tidak mahu melihat papan-papan tanda dan signboard-signboard yang tertampal di sana sini sepanjang jalan. Akhirnya ia akan rugi dan tertipu dengan keangkuhan dan kebodohannya sendiri.  Manakala orang yang mengakui bahawa mimpi itu mempunyai mesej tertentu , tetapi ia sendiri tidak cuba untuk memahami ta`biran dan pengertian pula tak ubah seperti pemandu kereta yang melihat tanda-tanda dan petunjuk jalan di sepanjang perjalanannya tetapi  tidak faham dengan mesej yang di sampaikan kepadanya. Ia juga akan tersasar daripada panduan yang sebenarnya.  Orang yang berjaya ialah orang yang beringat-ingat kerana memahami peringatan-peringatan yang di nyatakan di sepanjang jalan tersebut.  Sebenarnya , sekiranya kita bijaksana, amatlah tidak wajar untuk kita memandang remeh kepada mimpi kerana Allah SWT telah menjadikan paksi cerita dalam Surah Yusuf ialah mimpi Nabi Yusuf dan mimpi Raja Qotofar . demikianlah juga Ulama-Ulama tafsir telah menjadikan mimpi-mimpi tiga manusia –mimpi Fir`aun, mimpi ibu Nabi Musa yang di panggil Luha Binnti Hanid Ibn Lawi Ibn Ya`aqub dan mimpi isteri Firaun yang bernama Asia Bint Mazahim sebagai paksi pertama kepada perbincangan tafsir dalam Surah Al Qashah dan beberapa surah lain yang menceritakan tentang pertentangan antara nabi Musa dan Firaun.


No comments: