Sunday, February 6, 2011

bila hati semakin tawar

perceraian dalam sesebuah rumah tangga biasanya di mulai dengan tumbuhnya bibit-bibit yang tidak di sedari oleh pasangan suami isteri. tiba-tiba sahaja isteri berkata kepada suaminya" hati i dah tawar dengan u, dah tertutup rapat la.ceraikan ajelah i ni. i bukanlah yang terbaik untuk u" si suami pasti akan kebingungan mendengar kata-kata yang ia tidak pernah sangka-sangka itu.




Terdapat halangan semasa bersama anatara suami isteri adalah di antara masalah yang tidak di sedari. Apatah lagi sekiranya mereka berdua bekerja siang malam. Setiap kali suami meminta untuk bersama, isteri akan menolak dengan membuat alasan penat bekerja.


Terdapat beberapa sebab yang semestinya di ketahui oleh suami sedari awal lagi  mengapa isteri menolak untuk bersama .


1) memang betul penat
2) sihir
3) Ada affair dengan lelaki lain
4) Saka


Menolak kerana penat adalah di sebabkan tidak cukup rehat. Alasan ini boleh di terima sekiranya berlaku dalam keadaan  isteri baru selesai melakukan sesuatu kerja yang berat. Tetapi sekiranya inilah alasan yang di berikan oleh isteri setiap kali di ajak bersama oleh suami selama setahun atau dua tahun, kesahihan alasan itu perlu di uji.


sekiranya tangan isteri selalu menepis tangan suami bilamana di ajak bersama, malahan di sertai dengan keadaan isteri terus terlena, alasan letih tidak boleh di terima lagi. Apatah lagi sekiranya wujud perbezaan di mana sebelumnya sang isteri mudah memberi dalam apa keadaan sekalipun , tetapi pada kali ini, ia bersungguh pula menolak ajakan suaminya dan ia sering kali berjaya dalam alasan yang sengaja di buat itu. maka suami perlu berhati-hati.

demikianlah juga sebaliknya suami membuat alasan penat padahal ciri-ciri tadi ada padanya, maka sang isteri juga perlu berhati-hati.

 Sihir juga boleh menghalang hubungan intem suami isteri sepertimana yang di nyatakan Allah dalam Surah Al Baqaraha ayat 102


Sihir ini dapat di kenali bilamana kedua-dua pihak ingin melakukan hubungan tetapi ada yang menyekat kesempurnaan performing seperti tidak terbuka, tidak keras menegak dan sebagainya lagi. Hasrat yang ada di hati tidak boleh di tunai kerana halangan secara fizikal. ada juga berlaku pasangan tidak mau  melakukannya sedari awal lagi sebagaimana pasangan yang kepenatan juga tetapi tetapi dalam hati mereka yang dalam ada desakan untuk menunaikan tanggung jawab tersebut tetapi terhalang






saka adalah yang paling sukar untuk di kesan pada peringkat awal.ini kerana seringkali juga berlaku, gangguan ini datang secara tiba-tiba dan langsung tidak dapat di fahami




Pada tahap tertentu seperti selepas melahirkan anak kedua, secara tiba-tiba wujud kedinginan dalam diri isteri menjadi petanda saka .Namun begitu kadang-kadang kedinginan itu berpunca dari sistem kesihatan badan isteri yang telah terganggu. 




ada banyak kes yang menunjukkan pasangan menjadi dingin setelah mencapai umur tertentu, katakan setelah berumur 32 tahun, seluruh adik-beradik isteri yang perempuan menghadapi masalah sedemikian , maka ia di namakan juga sebagai saka kerana di andaikan di sana ada gangguan yang berlegar-legar menunggu untuk mengganggu kehidupan berumah tangga mereka sebagai hukuman terhadap perbuatan orang terdahulu.










bersambung










1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum , bagaimana pula jika pihak suami yg menolak untuk bersama? Alasan penat bekerja. Mmg suami seorang yg workaholic. Tidur pun di ofis (berniaga sendiri) Isteri dibiarkan hidup atau uruskan hal anak2, rumahtangga sendiri. Bila diperlukan bantuan, barulah nak bercakap, kalau tidak, langsung tak bercakap.. Yg penting2 sahaja. Bila isteri nak bercerita hal anak2, macam dengar tak dengar je. Sekarang isteri dah tawar hati. Disebabkan suami juga, si isteri turut sama terjejas nama kes hutang. Nama isteri dipakai dlm syarikat, dan syarikat mengalami kerugian serta banyak berhutang. Suami kadang2 lalai dlm solat. Berlengah lengah. Bila nasihat, nampak tak boleh terima. Nak tunjuk kasih sayang jauh sekali. Suka tengking isteri depan org. Kalau tak tengking, cegil mata..ataupun isteri seolah2 bercakap dgn dinding sebab suami buat tak tahu je. Isteri mengandung masuk anak ke5, suami tak pernah ambil kisah nak hantar isteri pergi checkup. Buat surat beranak anak yg ke4 pun setelah lewat 6bulan. Anak perempuan bersunat pun, isteri yg uruskan semuanya. Ego suami tak bertempat. Dgn keluarga mertua tak pernah bertanya khabar. Tapi masih berhutang belasan ribu dengan bapa mertua. Tolong beri saya nasihat. Apa perlu teruskan? Atau bercerai? Dah tawar hati.