Friday, February 11, 2011

BEBERAPA KITAB PERUBATAN MELAYU JAWI

terdapat 3 buah kitab perubatan terpenting dalam bahasa Melayu tulisan jawi di tulis oleh ulama-ulama silam dan menjadi teks yang di pelajari oleh sesetengah penuntut-penuntut pondok yang berminat dengan perubatan.  kitab-kitab tersebut ialah Tajul Muluk, Mujarrobat Melayu dan Hukum Jima.Walaupun orang mempertikaikan beberapa bahagian yang terdapat dalam buku itu, tetapi setakat pendedahan yang saya perolehi tentang kitab tersebut dari orang-orang  yang berilmu,  untuk menjadi seorang yang benar-benar mantap dalam perubatan, ada beberapa bab dalam kitab-kitab tersebut yang perlu di kuasai kerana karangan ini menegaskan beberapa asas yang cabang-cabang yang wujud kemudian adalah memperkukuhkan tentang kebenaran asas tersebut.



contohnya, Saya melihat ramai orang mempertikaikan tentang peta kedudukan tapak rumah yang terdapat dalam kitab tajulMuluk tersebut. Walaupun saya tidaklah mahu bertegas bahawa saranan yang di nyatakan dalam perbincangan tentang tapak rumah dalam kitab tersebut perlulah di ikuti sepenuhnya, tidak begitu, tetapi dalam satu sudut, saya melihat orang yang mempertikaikan keterangan itu tidak memahami asas yang ingin di nyatakan oleh penulis Syeikh Hassan Besut itu.


ertinya saya ingin simpulkan di sini bahawa tidak perlu dengan adanya beberapa komentar orang terhadap kitab-kitab tersebut, kita perlu menolak kesemuannya .itu pasti akan merugikan




saya bimbang sekiranya pandangan kita yang jahil ini begitu buruk terhadap ilmu nenek moyang kita, dan bahan-bahan tersebut tidak di sayangi oleh kita, kita akan kehilangan mutiara-mutiara yang berharga. 



di sana terdapat  lagi beberapa kitab yang sudah tidak lagi di jual di pasaran dan tidak mungkin di jumpai lagi dengan mudah melainkan melalui berhubungan dengan ahli-ahli yang lama dalam bidang-bidang tersebut.


contohnya kitab(      طيب الإحسان فى طب الإنسان      )  dan (              لقطة العجلان فيلتمس فيه حاجة الإنسان   ) yang di susun oleh Syeikh Ahmad bin  Mohammad Zain Mustafa Al Fatani, seorang ulama nusantara   yang memiliki kitang percetakan dan kedai kitab yang besar pada zamannya di Mekah.






Kitab yang pertama banyak menerangkan tentang kegunaan herba dan akar kayu tanah air Nusantara dan Negara Arab. herba-herba negara Arab di nukilkan dalam kitab tersebut dari kitab berbahasa Arab (   تسهيل المنافع فى الطب والحكمة - المشتمل على شفاء الأجسام وكتاب الرحمة   ) tulisan Syeikh Ibrahim Ibn Abdul Rahman Azraq. manakala kitab kedua pula banyak menerangkan tentang bacaan yang di baca kepada pesakit. Kitab kedua nampaknya banyak di rujukkan kepada kitab Arab yang berjodol (  الفوائد   ). Kedua-dua kitab arab ini di cetak oleh Percetakan Mustafa Al Halabi, Al Azhar,  Cairo yang sekarang ini juga menuju kepada peringkat golong tikar. Kedua-dua kitab berbahasa arab itu memang tidak di cetak lagi sekarang.




di sana ada lagi beberapa kitab perubatan jawi lama  (  كتاب الطب   )  yang sedang di baik pulih oleh beberapa pihak di mana mereka telah menjadikannya dalam edisi rumit. Tetapi malangnya oleh kerana kitab ini sukar di fahami, ia tidak di pedulikan lagi. dalam kitab-kitab ini ada terdapat keterangan tentang tanah air api angin dan hubungan sejuk panas kering basah. 








marilah kita insaf bahawa  itu adalah amal jariah orang terdahulu di zaman yang mereka bersusah payah itu, sekiranya kita yang datang di zaman yang serba senang ini memusnahkan usaha mereka, kita akan di persoalkan di hadapan Allah kelak sebagai pengkhianat.


والعياذ بالله



6 comments:

Anonymous said...

http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-bin/library.exe

koleksi kitab perubatan melayu

Unknown said...

Benar saudaraku,mari kita jaga karya ulama2 terdahulu,apalagi sekarang menjamur dimana-mana para wahabi sedang gencar-gencarnya mendakwahkan kitab-kitab mujarrobat seperti;tajul mulk,syamsul ma'arif,khozinatul asror,dll adalah kitab syirik,khurofat,bid'ah.saya khawatir kitab-kitab tersebut akan dimusnahkan oleh para wahabi atau oleh orang2 yg terpengaruh oleh dakwahan itu,seharusnya para ulama2 aswaja harus memberikan fatwah yg jelas mengenai kitab2 tersebut agar masyarakat awam tidak terpengaruh dengan dakwahan wahabi tersebut.wassalam

kyoro1987 said...

Saudara tinfgal dimana,kalau kl, saudara pergi saja ke station.masjid jamek, sne bnyk kitab ahli sunnah

kyoro1987 said...

Saudara tinfgal dimana,kalau kl, saudara pergi saja ke station.masjid jamek, sne bnyk kitab ahli sunnah

aji ibanez said...

Kalo mahu beli kitab lama wasap sy 0177600421

aji ibanez said...

Kalo mahu beli kitab lama wasap sy 0177600421