Saturday, February 26, 2011

sakit-sakit semasa bangkit dari tidur







dalam pengalaman orang-orang yang telah lama berkecimpung dalam ilmu perubatan tradisional Islam,  kalaulah seseorang datang kepadanya mengadu sakit di bahagian-bahagian tertentu badan, seperti sakit pinggang semacam slap disc, sakit tengkuk, sakit bahu, sakit lutut atau sebagainya lagi, mereka pasti bertanya soalan pertama ialah" ada jatuh tak, ada rebah tak" kalau ada rebah atau jatuh pergi urut lah. ertinya sakit yang berpunca dari jatuh, kedudukan uratnya sudah lari dari landasan yang asal. mungkin pada waktu mula-mula jatuh dulu tak terasa sakit kerana jatuh itu kecil sahaja, rasa-rasanya macam tak ada yang cedera tetapi sebenarnya setiap nerve itu sangat sensetif , setelah lama barulah terasa sakit. ini kerana darah lendir dan urat angin dah tersumbat dan menyekang perjalanan darah. itulah sebabnya pesakit tadi merasa sakit. Bahagian yang tersumbat itu perlulah di betulkkan semula agar agar dapat berfungsi secara semula jadi semula. 




sekiranya tiada jatuh, maka barulah di tanya pula soalan kedua" bila mula rasa sakit tu, secara sejarahnya adakah sewaktu bangkit dari tidur? 


sekiranya jawabnya ialah ya. sakit itu bermula sewaktu mula bangkit dari tidur, ertinya sakit itu masuk ke dalam badan waktu tidur. Soalan kenapa ia masuk waktu tidur dan apa dianya benda itu amat menarik untuk di perbincangkan.




secara asasnya boleh lah dalam menjawab soalan ini , kita katakan ada kaitan dengan gangguan makhluk halus. walaupun orang sekarang mungkin menolak hubung kait sakit sewaktu bangkit tidur dan kaitannya dengan gangguan yang mengganggu semasa tidur, mereka terikut-ikut dengan pemikiran moden yang sangat asyik dengan teori reasoning lebih suka berhujah tersalah tidurlah, nampak alasan atau hujah tersalah tidur ini menarik juga untuk kita mintak mereka perincikan sebelum kita huraiankan kaedah pengamal-pengamal perubatan Islam yang berpengalaman.


untuk memperdetailkan hujah pengamal-pengamal perubatan Islam yang berpengalaman yang berhujahkan kepada beberapa Hadis berkaitan dengan adab-adab tidur, yang mengajarkan membaca doa ketika sebelum tidur dan waktu terkejut sewaktu tidur, kesemua kandungan doa itu menerangkan tentang ada kelaziman kepada makhluk halus itu suka menganggu manusia yang sedang tidur malam.







Friday, February 25, 2011

sumpahan-sumpahan jin terhadap bayi yang kena keteguran





Di sana terdapat beberapa perkara menarik yang seronok juga seandainya kita kaji tentang sumpahan-sumpahan jin ini yang telah di singkap oleh orang-orang tua kita. bab tabur sekeliling rumah dengan garam kasar tu satu lah. baca aje 3 qul insha Allah mereka tu tak akan berani dekati lagi malam tuh. kalau dia datang juga malam lain tyu lain ceritalah.


demikianlah juga kita bawakan satu contoh untuk merawat bayi yang kena keteguran, ambilkan satu tempurung jantan yang ada lubang satu mata, bubuhkan tujuh tangkai cili kering, sebutir garam kasar yang di panggil sebuku garam jantan, dan seulas bawang merah tunggal lalu di lalukan tempurung tersebut di atas ubun-ubun budak sambil di bacakan tiga qulsaja sehingga habis. tuhuj kali pusing macam tawaf kat kaabah tu, lalu tempurung itu di tiarapkan atas bara api, inshalah keteguran itu akan lari




dengan cara macam ni, kalu mujarrab maka tak payahlah ibu-ibu dan ayah-ayah bersengkang mata berjaga malam padahal pagi esok kena bergegas awal ke opis. Allah SWT lah juga yang memiliki segala kekayaan.



a group of genes converted to Islam

People in the period of ignorance in Mecca were so familiar engaging with genes---




they claimed that The Prophet has been revealed the stories of provious people these from genes. What is the fact is Allah sent down His massage to his prophet through the angel of Gaibrael.




Futhermore, there is a sura in quran called sura al jin. This sura  describes about the beginning story of a group of genes who converted into Islam.  It happened one night , while these genes had sought to reach the heaven but found it filled with stern guards and flaming fires that watching them in ambush. 


then, they found out the reason that The Prophet was reciting the Quran with his followers near by to shop of Ukaz. they came close to listen the Quran .they then made arrangement to meet the Prophet .


one night the Prophet SAW requisted Ibn Mas`ud to escort him . according to Qurtubi in his authentic tafsir, Ibn Mas`ud reported that he did not see the genes but the prophet did. 


here they converted into Islam and called  their community to embrace Islam.

MAGIC OF KING SOLOMON-BASED ON JEWISH VIEW

according to a numerous authentic tafsir, a majority of scholars in explaining the verse 102 of Sura Al Baqarah argue that after Harut and Marut were sent to Babylon and became famous figures in educating people in various field of surviving life, some of  people of Babylon asked them how to deal with genes. Both of them refused initially but then after remind not to utilize beyond the limitation, they taught some about that. Those students , then, dealt to genes likely in all  matters. They were not longer appealing help from genes in limited matters as was requisted by their masters , Harut and Marut  but gradually year by year they changed to worship genes.


These unguided state of worship genes had happened continuously until the arrival of Jewish mason into Babylon. Due to sharing life together, Jewish mason duplicated The Babylon worship of genes. they considered the worship as a part of needs in surviving life as  slave in Babylon

After a number of years, Babylon turned to be in decline state. so, the Jewish mason took the opportunity to turn back to Palestine and started to dream to set up a new Solomon government . 

in order to achieve their aims, they established a familiar secret group in ruling city that called later as the Freemason. They were also promoting that time as a new golden era that they call as the beginning of the calendar of shine


Here, according to information revealed by genes , the Jewish mason claimed that King Solomon had practiced magic in ruling the country. It was because they found  magical literatures supplied by genes that according to genes information, its were  belong to King Solomon .




After long time of practicing magic, they started to claim ---


 

save power inside body

Let we see commonly that when the end of month come, every body will be happy receiving money from their boss. we can see obviously  they will think how to put money in a safety place.Some of them think to saving their money in bank and some others think to investigating in share holding. so, we can conclude that all them of course have different way to achieve the similar aim.




it is likely same for those who observe certain zikr. They need to save (nur) lightness of zikr that spell out from their mouth during the recitation. it is why we are requested when we come to the end of doa to wipe/ anoint our hands to our face . May be you ,so far still have  found out the secret of that. It is really a method to save your inner power inside your body that can be benefited to you one time when you are enforced to utilize it.




according to some traditions, we can enhance some other methods such as clearly mentioned by The Prophet SAW to anoint  our hand to our whole body before sleep. From this practice, some scholars promote to do that tips fitly five times after every five daily prayer




some other scholars had developed a number of breathing methods for saving the inner power inside the body. these are what we should know more and try to train our selves in observing the enlightening our spirit






to be continued

Thursday, February 24, 2011

masukkan zikir dalam diri

sebagaiamana orang yang memperolehi duit gaji hasil pekerjaannya perlulah di letakkan di satu tempat yang selamat seperti bank, atau sebagainya lagi, ahli zikir berkata zikir yang di ucapkan oleh seseorang yang berzikir jugaperlulah di simpan di tempat yang selamaat iaitu di dalam dirinya.Menurut mereka tempat zikir yang selamat tentulah di dalam di dalam diri ahli zikir itu. itulah sebabnya kata mereka, seseorang yang berdoa di suruh menyapukan tangan ke muka yang membawa makna memasukkan (mensavingkan)  zikir keseluruh badan  demikianlah juga menyapukan tapak t angan ke sdalam badan.a lagi beberapa cara seperti memakrifatkan dan menghingguk-hinggukkan badan dari kanan ke kiri







di sana ad

Wednesday, February 23, 2011

peranan tahjud

peranan tahjud adalah sangat besar dalam membentuk tenaga dalaman yang kuat. tahjud mestilah di lazimi dengan sembahyang, zikir. doa dan bacaan Al Quran. ada beberapa perkara yang menjadi faktor kekuatan iaitu:


1) waktu tengah malam yang pada waktu itu wujudnya bulan dan bintang-bintang yang mengeluarkan tenaga tertentu yang sesuai dan diperlukan oleh spiritual manusia. ada banyak keterangan yang menerangkan tentang kelebihan yang terdapat pada malam


2) bumi juga mengeluar tenaga-tenaga yang berbeza-beza yang tidak di dapati pada siang hari, yang di perlukan oleh manusia untuk merehatkan tubuh badannya. syakhsiyyah yang mendaki pada waktu yang tenang itu menjadi kekuatan yang itulah hanya di perolehi oleh seseorang yang bertahajjud sahaja tidak kepada orang lain.






3) di waktu sebegini, semangat manusia dapat belayar dan mengembara dengan lebih damai,yakin dan tabah. maka dengan ini ia akan dapat lebih memahami perjalanan diri sendiri berbanding dengan waktu yang penuh kacau











tulang belakang senget sebelah

ramai orang yang mempunyai tulang belakang yang belok sebelah, pada awalnya tidak menyedari wujudnya perbezaan pada tenaga  dalam dirinya antara tenaga kanan dan tenaga kiri.


tenaga yang tidak seimbang ini di sempadani oleh tulang belakang yang ter;letak di tengah-tengah anatara kedua-duanya.




katakan saja encik lias(nama samaran ini di pinjamkan sahaja untuk memudahkan perbincangan kita semata-mata) , seorang yang tulang belakang kirinya adalah lebih belok dari kanannya adalah di lahirkan dalam keadaan yang sempurna , tidak ada bengkok pada tulang belakangnya semasa kecilnya.








dia hanyalah perasan setelah berumur 28 tahun, setiap kali dia buat senaman harimau,kucing dan buaya, ada rasa tak lawas-penghalang pada bahagian belakang kirinya. hal ini kurang di perhatikan kerana ia sendiri kurang melakukan senaman-senaman tadi. 


ia masih lagi belum perasan masaalah tersebut walaupun setelah ia seringkali merasai lenguh bahagian kiri lebih cepat daridapa sebrelah kanan.




apabila ia berbaring dengan lurus sebelum tidur malam, ia juga merasai seperti ada benda hidup yang merayap pada pada bahagian  kiri lebih kurang daripada bahagian kanan, ia tidak pula merasakan ia perlu berusaha apa. 






ia sedar hanya setelah ia melihat hal itu semakin ketara lalu setelah ia pergi berurut, tukang urut tersebut telah bertanyakan kepadanya dan bersungut tentang hal kedudukan tulang belakangnya yang tidak sama antara kanan dan kiri itu.




hal ini sebenarnya sulit untuk di atasi. 




hal ini mungkin berlaku kerana :
1) pernah terjatuh tetapi tidak berurut dengan segera. bilamana urat-urat yang lari dari landasannya yang sebenarnya itu tidak di baiki, ia akan menimbulkan kesan buruk setelah sekian lama terlentang pada kedudukan yang tidak betul. demikianlah juga darah lendir dan angin yang gila akanberjalan dengan cara yang tidak betul.


2) wujudnya unsur-unsur luar yang berperanan di bahagian-bahagian tertentu menyebabkan hal demikian berlaku.
kita jangan merasa pelik sekali-kali dengan hal ini kerana seingkali berlaku orang yang mati sebelah badan adalah orang yang di serang sejenis jin yang di namakan angin merah. doa yang di tinggalkan oleh nabi mestilah di jadikan amalan yang di bacakan setiap hari oleh orang tersebut.




3) diantara hal-hal luar itu mungkin juga saka yang tidak pernah menguntungkan manusia. saka sebegini suka bertenggek pada bahagian-bahagian tertentu bahu samada bahagian kanan sahaja atau kiri sahaja, malangnya saka ini tidak dapat di lihat melainkan dengan trace yang teliti.


4) seandainya ia adalah sejenis saka, maka kita akan dapat mengenalinya seolah hal tersebut berpunca dari angin. beberapa kali kita menekan bahagian tersebut ia mengeluarkan angin sepertyi sendawa. hal ini perlulah kembali kepada rawatan saka lah pula.




والله أعلم 











Tuesday, February 22, 2011

qarin 2

dalam perbincangan tentang qarin 1 satu saya telah menyebutkan tentang seekor serigala yang bernama solah nasr , bekas ketua perisik mesir zaman sosialis jamal abdul nasr, yang telah banyk membunuh ulama-ulama ikhwan tanpa di ketahui di mana kubur mereka.




dalam membicarakan tentang brain wash yang ia sendiri mengkaitkannya sebagai satu cabang daripa sihir moden yang mampu mengubah pegangan dan pemikiran manusia. solah nasr telah menyebut tentang keadaan lapar dan tidak tidur selama beberapa hari di sertakan dengan memancarkan cahaya pada muka mampu mengubah pegangan manusia dengan berkesan.




maka memang menjadi satu realiti yang di akui beliau, di samping menggunakan cara-cara kekerasan dan kejam, menyiksa dengan cara melaparkan dan menghalang tahantidak tidur selama beberapa hari di sertakan dengan memancarkan cahaya pada muka mampu mturut juga menggunakan cara begini untuk tujuan brain wash / sihir bertujuan supaya pendokong-pendokong ikhwan berpaling tadah dan menyokong sosialis yahudi itu




, b

SIHIR YAHUDI MASOON 2





Setelah kumpulan yahudi mason ke 3 kembali dari Babyloon  ke Palastine, mereka telah merancang untuk mendirikan semula kerajaan Yahudi baru di atas saki baki kerajaan Nabi Sulaiman yang telah runtuh hampir 400 tahun yang lebih awal. Kumpulan mason ini telah bermesyuarat dan memutuskan untuk menubuhkan satu organisasi bawah tanah yang di namakan Freemasoon. mereka juga bersetuju untuk menetapkan satu perkiraan baru untuk masa yang mereka namakan sebagai kalendar tahun cahaya. Ini mereka sebutkan sebagai anne  ---








di zaman inilah jin-jin mula membohongi mereka dengan menyatakan bahawa Nabi Sulaiman adalah pengamal ilmu sihir yang hebat. dengan membisikkan agar mendapatkan kepingan-kepingan luh yang tertulis azimat, mereka mendakwa inilah warisan Nabi Sulaiman yang akan membantu mereka jadi kuat.Hakikatnya itu semuanya terhasil adalah melalui perantaraan jin. 
  maka mereka juga mula membolehkan beramal ilmu sihir di kalangan mereka. dengan ilmu sihir inilah , mereka juga mula berfikir mereka bahawa mereka adalah kuat, mempunyai kuasa dan tenaga luar biasa,


dengan penglibatan mereka yang lama ,panjang dan mendalam dalam ilmu sihir, maka kita dapati beberapa perkara: 

1)  marilah kita berfikir dalam satu sudut, orang-orang Yahudi adalah guru-guru yang diakui kepada cabang-cabang ilmu sihir yang berbagai-bagai. ahli-ahli silap mata terkemuka peringkat antarabangsa juga lazimnya ialah manusia yang berdarah Yahudi.


2) lahirnya filem-filem yang mengisahkan hero-hero yang hebat, malahan kartun-kartun yang menarik , yang telah banyak mengajak dan mengajar manusia berkhayalkan seratus kali jatuh dari bangunan yang tinggi pun, masih belum mati, ,, adalah di cipta pada asalnya oleh Bangsa yahudi yang berorentasikan kepada kehidupan yang sihir.




pada hari ini, tanpa cerita-cerita dan kartun-kartun hero yang masih tidak mati dengan seratus kali jatuh bangunan inilah, generasi kita tidak akan boleh hidup lagi, kerana mereka telah bersebati dengan menjadi tawanan kepada pemikiran Yahudi . demikianlah kuatnya pengaruh dan kesan pemikiran sihir Yahudi dalam masyarakat Islam dewasa ini. pemikiran dari sihir-sihir mereka telah menguasai anak-anak kita. Malang sekali kita tidak menyedarinya. 


  bilakah lagi kita akan sedar sepenuhnya????

definasi sihir







kita telah dengan panjang lebar sekali bincangkan tentang sihir itu mempunyai tiga ciri iaitu:


1) niat yang betul, tidak menyalahi syarat. mana-mana niat yang terbit dari hati yang berdengki, cemburuatau hasad boleh jadi terjatuh dalam bab sihir juga


2) bahan yangdi gunakan mestilah  betul menepati syarak. tidak najis atau haram. sekiranya seseorang di syaratkan untuk mengembalikan ketaatan isterinya yang derhaka hendaklah melakukan sekian-sekian atau membacakan ayat-ayat sekian pada lada hitam yang di curi, umpamanya atau pada tulang bangkai binatang tertentu, ini boleh terjatuh dalam bab sihir juga kerana menggunakan barangan yang keji, di larang syarak




3) bacaan yang betul menepati syarak seperti ayat quran, doa atau zikir.




maka marilah kita melihat beberapa contoh yang boleh membezakan kepada kita antara sihir dan bukan sihir.


Contoh Pertama


Dua hari sebelum Mak Limah  bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji, ia telah menemui Haji Mat untuk tujuan mengunci haidhnya agar tidak mengganggunya semasa mengerjakan ibadat haji kelak.ia berharap agar perjalanan ibadat hajinya berjalan lancar. Maka Haji Mad menyarankan kepadanya agar membawa secawan air kopi untuk Mak Limah meminumnya di hadapan Haji Mad. Sesedah meminum air kopi o tersebut, ia telah mengajarkan kepada Mak Limah agar membaca ayat surah lahab sebanyak 41 kali ,setelah di tiupkan pada cawan tersebut, maka cawan itu hendaklah di letakkan di tempat yang selamat, tidak di ganggu oleh sesiapa dalam keadaan terlengkup ke bawah.   kata Haji Mat" selagi mana cawan ni terlengkup kat sini Insha Allah haidh kau tak kan mai lagilah sehingga kau buka balik telengkup cawan kau ni hah, Limah" 




setelah pulang, Mak Limah telah melakukan segara ajaran Haji mat itu. Soalannya ialah adakah ini di namakan sihir atau tidak? termasuk dalam definasi sihirkah atau tidak?




menurut perbincangan para ilmuan, walaupun dalam kes  ini ada terdapat bentuk sihir kerana menggunakan cawan sebagai lambang kepada diri seseorang, tetapi ia bukanlah di kira sihir  kerana terpelihara dari salah satu dari ketiga-tiga ciri di atas.




lantaran itulah amalan sebegini  masih menjadi amalan dalam sesetengah masyarakat Islam di seluruh dunia. amalan ini tidakdi perangi walaupun ada ciri sihir tetapi  oleh kerana niat yang yang di kandungnya adalah betul, tidak menyalahi syarak. tidak juga terbit  dari hati yang berdengki, cemburu atau hasad malahan untuk menunaikan ibadat haji tanpa ada gangguan yang menghalang haji tersebut. maka niat ini di terima.

Dalam perkara  bahan yang di gunakan pula, penggunaan cawan milik sendiri tidaklah meletakkan amalan itu jatuh dalam bab sihir juga kerana sesuatu itu di kira sihir bilamana menggunakan barangan yang keji, di larang syarak semata-mata.


bacaan surah lahab yang betul  juga adalah menepati kehendak syarak juga.

CONTOH KEDUA



Che Bedah adalah seorang janda yang telah kematian suami , di masa-masa tertentu, di datangi oleh rasa gersang yang amat sangat. ia akan teringatkan hubungan sex yang di lakukan dan di ajarkan oleh bekas sang suaminya yang telah meninggal .



kalau di ikutkan hati atau di layan perasaan gersang yang tidak mau padam-padam itu, ia mungkin akan berzina dengan sesiapa saja yang melayaninya. maka tentulah ia terjatuh dalam jurang api neraka .(  والعياذ بالله من ذلك ) ia telah cuba memelihara dirinya dengan berbagai-bagai cara tapi perasaan gersangnya tetap tidak mahu surut juga.


akhirnya ia melakukan apa yang di sarankan oleh seorang ustaz yang mengajar kelas fadhu ain di surau berdekatan rumahnya. caranya ia ia memotong kuku, rambut dan bulu pada hari jumaat sewaktu bulan sedang turun, lalu di tanamkan ke tanah seraja membaca ayat 115 surah Taha. setelah ia selesai melakukan hal demikian, barulah ia merasa  ketenangan dalam dirinya dan dapat melupakan kenangan-kenangan sex dengan suaminya yang sentiasa menariknya ke jurang perzinaan. Alhamdulullah walaupun sekarang sudah berbelas-belas tahun suaminya meninggal, kia masih solehah dan mempunyaikekuatan membentingi dirinya dari zina


menurut ahli ilmu, harus ia melakukan yang demikian kerana itu tidak tergolong dalam definasi sihir yang di larang. itu adalah satu ikhtiyar menggunakan kaedah ilmu untuk memelihara diri dari dosa dan maksiat





Sunday, February 20, 2011

zikir ya `allamul ghuyub( يا علام الغيوب )

sekiranya kita melihat kepada kisah-kisah ahli-ahli ilmu di zaman silam yang menceritakan kepada masyarakat masing-masing tentang akan munculnya rasul akhir zaman di Mekah yang akan membawa cahaya yang menerangi alam, kita akan dapati ada berbagai-bagai cerita menarik yang boleh di jadikan pengajaran oleh kita.


kita bawakan saja satu contohnya yang ada di sebut oleh Ibn Hisyam dalam Sirahnya ialah kisah sateh, seorang Sham yang di panggil mengadap Raja Yaman yang bernama Rabeah Ibn Nasr.


ini kerana pada suatu malam raja ini telah bermimpi suatu mimpi yang mat menakutkan. menggelentar ia terkejut dari tidurnya.maka untuk mengetahui apakah erti mimpinya itu, beliau telah memerintahkan pembesar-pembesarnya supaya mencari cerdik pandai-cerdik pandai untuk menta`birkan mimpi. maka dengan sebab itu, ramailah mereka yang datang kononnya untuk menghuraikan mimpi raja tersebut. malangnya raja yang cerdik dan memiliki tahap kebijaksanaan yang lebih tinggi darinya telah berkata"beta hanyalah mahu mendengar tasfiran mimpi dari orang yang boleh memberitahu apakah mimpi yang telah beta lihat malam tersebut" kata Baginda mula meneka mereka yang sudah ceria air mukanya menunggu-nunggu giliran untuk membodek dan memuji-memuja raja tersebut. malangnya tiada seorangpun yang dapat memberikan tekaan yang tepat tentang mimpi baginda itu. maka mereka semuanya di tolak oleh raja tersebut.




raja mencari lagi tukang ta`bir mimpi yang lebih bijak. baginda ada mendengar orang memberitahu bahawa ada seorang yang bernama sateh tinggal dalam negeri Sham yang amat mahir menta`bir mimpi. sekali di ta`birnya pasti akan tepat punya. ada seorang lagi yang bernama Syaq, menetap jauh juga telah di panggil raja juga secara berasingan.


Setelah sateh ---, barulah raja mengetahui bahawa ia merupakan seorang yang sangat tua. ia tidak mampu berjalan banyak lagi, ia juga tidak mampu berjalan jauh. kerana terlampau tualah, matanya sudah kabur dan telinganya sudah kurang pendengarannya.



raja memerintahkan supaya ia di bawa mari ke yaman jua walaupun kesulitan membawanya tidak terperi.


setelah sateh datang, raja ini terus berteka" wahai ta`bir mimpi yang bijak, sila nyatakan kepada beta apakah yang telah beta lihat dalam mimpi beta itu"


sateh menjawab" tuanku telah melihat keluar cahaya menuju ke pergunungan tahema lalu ia mengenai semua manusia."


Benar sekali" kata raja tersebut" maka apakah ertinya itu"

sateh menjawab" kerajaan tuanku akan di tewaskan oleh raja dari habsyah"


kerana terkejut dengan apa yang di nyatakan Sateh yang tua itu, maka ia mula memahami sebab ia terperanjat besar sewaktu tidur itu adalah di sebabkan oleh kerajaannya akan hilang, maka terus ia bertanya" bilakah itu hai sateh, adakah di zamanku atau selepas ini" Sateh menjawab selepas kira-kira enam hingga tujuh puluh tahun dari saekarang"






Raja itu bertanya lagi" adakah raja itu akan kekal"


sateh menjawab" tidak bahkan ia akan di tewaskan oleh seorang Nabi dari Mekah( kemana cahaya ia tampak pergi) dari keturunan ghaleb bn Feth 






setelah sateh memberikan penjelasan tentang rasul akhir zxaman yang akan menerangi dunia sepanjang zaman sehingga hari kemudian itu , iapun di hantar balik ke negerinya di Sham






di panggil pula Syaq, raja bertanyakan hal yang sama. Syaq memberikan jawapan yang sama.


soalnya bagaimana hal ini boleh berlaku padahal mereka tidak berpakat antara satu sama lain.


di katakan mereka adalah ahli tauhid yang banyak mengamalkan ya `allamul ghuyub(   يا علام الغيوب   ) 


demikianlah ya `allamul ghuyub telah menyingkapkan kepada pengamalnya kefahaman dan hakikat yang tersembunyi sehingga ia menjadi pendedahan yang jelas.


والله أعلم 

Saturday, February 19, 2011

dingin antara suami dan isteri

ungkapan "dingin" sebegini menerangkan tentang tiadanya tindak balas yang betul antara suami isteri semasa mereka berdua melakukan jimak. wujudnya halangan-halangan yang menghalang perasaan mereka sampai ke puncaknya menyebabkan bernyalanya satu perasaan memberontak tersemat dalam diri pasangan ini seperti duri yang menusuk bahagian kaki kita yang menghalang keselesaan kita untuk berjalan ke sana sini.


Asasnya ialah bahagian-bahagian tertentu kemaluan lelaki atau perempuan yang merupakan bahagian yang paling sensetif kepada setiap orang di samping mulut dan dada bagi seorang perempuan , telah bersifat lain dari kebiasaan di sebabkan oleh sebab-sebab yang perlu di kaji dan di teliti




secara moden, ia melihat mungkin ada faktor kecederaan atau kecacatan yang menghalang kesemua bahagian anggota tersebut berperanan dengan betul , tetapi berdasarkan ayat 102 surah al Baqarah, boleh terjadi kadang-kadang campur tangan iblis dan syaitan kerana bagi iblis dan syaitan, anggota tersebut adalah satu daripada sasaran utama mereka untuk mereka merosakkan manusia. contohnya berzina yang amat di sukai oleh syaitan dan sangat di benci pula oleh Allah SWT, sesiapa yang melakukannya adalah melakukan dosa yang sangat besar, adalah menggunakan alat kemaluan ini. tanpanya zina tidak akan berlaku.




penguasaan bahagian ini oleh syaitan boleh berlaku dengan beberapa cara seperti:




syaitan yang mengalir bersama darah lendir mengaktifkan bahagian kemaluan ini sehingga kemaluan ini menjadi sebegitu aktif sehingga seseorang manusia itu, di sebabkan desakan ini, tidak boleh membendung darinya dari perbuatan zina






demikianlah juga syaitan yang mengalir bersama darah lendir menlemahkan @ mempasifkan bahagian kemaluan ini sehingga kemaluan ini menjadi sebegitu pasif sehingga seseorang manusia itu tidak dapat menunaikan hak terhadap pasangannya yang halal.








hal ini boleh di perhatikan bilamana tiada kecacatan atau kecederaan yang di kesan tetapi masih berlaku halangan-halangan di bawah :




-tidak terbuka pintu kemaluan perempuan setelah di ketuk-ketuk oleh kemaluan suami
-kemaluan suami terus lembik bilamana berhadapan dengan kemaluan isteri
-pancutan berlaku awal


tiada keghairahan semasa bersama


ada rasa sakit semasa melakukan hubungan

kitab tazkirah dawud antaqi (1)

di samping karya ibn sina kitab al qanuun fi tibb telah menjadi rujukan utama kepada perubatan di dunia Islam selama lebih dari 800 tahun lamanya, di sana terdapat banyak lagi rujukan-rujukan penting yang mempunyai peranan yang besar dalam sejarah yang panjang dalam perubatan di dunia islam. izinkan saya menyebut di sini salah satu daripadanya yang di sebut tazkirah daud atau tazkirah daud antaqi. jodol asal kitab ini ialah ( تذكرة أولى الأباب ). perkataan antaqi menerangkan tentang kampung kelahiran pengarang kitab tersebut syeikh dawud yang memperolehi panggilan al Allama di kalangan cerdik pandai perubatan di zaman silam




. sebahagian besar kitab ini membicarakan tentang penyakit-penyakit dan herba-herba.




berbagai-bagai kegunaan bahan bahan yang mudah ke kenali seperti kegunaan madu ,habbatus sawda, delima, bidara , inai, pudina , dan sebagainya lagi yang bersifat supplement. demikianlah juga herba-herba yang tidak kita kenali yang sukar di perolehi di negara kita.




saya berhasrat untuk sama-sama memberikan sumbangan dari semasa ke semasa samada yang berupa idea dan penulisan tentang penggunaan bahan-bahan tadi setakat pendedahan yang saya perolehi.

Friday, February 18, 2011

brain wash satu sihir moden

dalam membincangkan tentang qarin 1 satu saya telah menyebutkan tentang seekor anjing yang benar-benar keparat di Mesir tahun 60an bernama Solah nasr, bekas ketua perisikan Mesir zaman sosialis Gamal Abdul Nasr yang telah banyak membunuh ulama-ulama ikhwan. banyak Ulama-ulama Ikhwan yang terbunuh inisehingga hari ini tidak di ketahui di mana kubur mereka.




Beliau memulakan perbincangan dalam bukunya el harb al nafsiyya dengan menyebut peranan berlapar dan menahan diri dari keinginan-keinginan semula jadi sebagai satu kekuatan yang boleh mengubah pegangan, sikap dan tingkah laku seseorang, beliau membawa contoh Gautama Buddha, beberapa tokoh-tokoh Hindu dan figur-figur lain yang melalui berlapar dan menahan diri dari keinginan-keinginan semula jadi, mereka telah berjaya mengubah pegangan, sikap dan tingkah laku asal mereka kepada apa yang mereka latihkan itu.


seterusnya beliau menjelaskan dalam buku syibus yang menjadi teks kepada pelatih-pelatih yang akan menyiksa Ulama -Ulama tersebutsiang dan malam bahawa dengan membiarkan seseorang lapar dan tidak tidur beberapa hari di sertakan dengan di pancarkan cahaya yang kuat pada bahagian muka mereka dan di tanya dengan soalan yang bertubi-tubi daripada berbagai-bagai arah dan berbagai-bagai topik dan tajuk adalah di antara pendekatan brain wash yang paling banyak berjaya yang tidak lain dan tidak bukan adalah menjadi satu cabang kepada sihir moden yang berjaya menukarkan pegangan dan pendirian seseorang tahanan politik atau aktivist dakwah.




contoh-contoh bagaimana mereka telah berjaya mengubah pegangan dan pemikiran pendakwah yang muda dan masih lemah yang mana adalah mereka yang tergesa-gesa menolak(ban) kebaikan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah atau pendakwah yang cepat melabelkan bid`ah kepada amalan-amalan baik yang tiada nas dan sandaran yang kuat telah menjadi satu kejahatan kejayaan yang mereka banggakan.




dalam erti kata yang lain,mereka telah berjaya dalam sihir moden yang mereka lakukan terhadap pendakwah-pendakwah, mengubah pegangan dan cara berfikir manusia-manusia tersebut






namun begitu, sebenarnya sekiranya kita melihat secara realiti perjuangan ikhwan di Mesir, kegagalan mereka dalam menukarkan pegangan seseorang adalah lebih besar kerana Ulama-Ulama yang lebih matang menghadapi sihir moden ini dengan cara yang lebih konsisten dan mara dengan berpesan sesama mereka agar jangan melayan soal jawab pegawai-pegawai yang di tugaskan melainkan hendaklah sentiasa konsentret dengan doa:








اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبتا على دينك وعلى طاعتك




Ya Allah ya tuhan kami, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan kekalkanlah kami dengan ketaatan kepadaMu.




doa ini telah di baca dengan kyusu` berulang kali tak putus-putus oleh ulama-ulama Ikhwan tanpa melayan langsung kata-kata yang berupa brain wash tersebut.Ulama-ulama itu telah berjaya menghadapinya . mereka tidak berpaling sehinggalah sebahagiannya mengadap Allah dalam keadaan keluarga mereka tidak mengetahui kerana khabar mereka telah hilang dari dunia yang fana ini.




sejarah perisikan Yahudi Sosialis zaman Gamal abdul Nasr telah membuktikan sihir berbentuk penyiksaan yang di namakan pemulihan itu, yang berupa membiarkan seseorang lapar dan tidak tidur beberapa hari di sertakan dengan di pancarkan cahaya yang kuat pada bahagian muka mereka dan di tanya dengan soalan yang bertubi-tubi daripada berbagai-bagai arah dan berbagai-bagai topik dan tajuk adalah tidak berjaya menyihir manusia ayng mempunyai pegangan yang kukuh kepada Allah

Wednesday, February 16, 2011

hantu penanggal(1)

ada sejenis hantu yang seringkali didampingi oleh bidan-bidan zaman dahulu yang di namakan hantu penanggal. Hantu ini mendampingi bidan tersebut setiap kali mereka menyambut ibu-ibu yang akan bersalin.

bilamana perempuan yang telah mengandung cukup bulan itu memgeluarkan darah nifas, bidan ini akan merasa loya-loya kepingan ingin mengecap darah sebagaimana yang pernah ia kecapi sebelumnya. apabila ia dapT MENGAMBIL URI TERSEBUT, ia akan memakan uri tersebut. ini akan menjadikan wajahkan kelihatan semakin cantik dan muda.amalan kwsyaitanan ini telah lama di di ketahui dan amalkan oleh penduduk Babylon purba yang bayak berhubungan dengan jin itu.

maka ibu yang cerdik, yang inginkan anaknya yang bersalin dan cucunya yang baru keluar itu selamat, mereka akan cepat-cepat minta uri tembuni dari bidan tersebut untuk di bersihkan dann di tanam. ini kerana sekiranya bidan tersebut dapat mengambil uri tersebut dan membawanya pulang kononnya padahal ia memakannya, maka kedua-dua anak dan ibu terdedah kepada syaitan



orang-orang tua zaman dahulu berpesan kepada ibu yang bakal melahirkana anak dengan satu petua tentang pantang larang hantu penanggal ini. ia pantang benda-benda tajam. itulah sebabnya orang-orang tua menyarankan agar sanggutkan duri mengkuang yang sifatnya berduri tajam di bawah rumah di mana wanita tersebut akan melahirkan anak. dengan itu, hantu penanggal itu tidak akan databf ke tempat tersebut . maka dengan izin Allah terselamat mereka dan anak mereka dari kekeringan darah yang boleh menyebabkan kematian.

ibu yang melahirkan anak dan mereka yang menemani ibu juga di suruh supaya membacakan al fatihah, ayat al kursi 7X dan 3 qul 3 kali bila memasuki ruang yang akan melahirkan bayi.


bilamana hantu itu datang, hantu ini makan darah dan uri orang baru bersalin. Sekiranya hantu ini tidak di haling dari meminum darah , ibu yang bersalin itu akan tumpah darah dengan banyaknya. Kebiasaannya ibu yang tumpah banyak darah akan mati.

Menurut cerita orang-orang tua lagi, bidan yang mengamalkan ilmu hitam ini memanglah takut kepda benda-benda tajam seperti mengkuang.

demikianlah orang zaman dahulu berhati-hati dari syaitan, bukannya seperti pemuja-pemuja cerita hantu yang dengan cara meminatinya seolah-olah mereka memanggil hantu-hantu tersebut datang kepada mereka.


bilamana ibu yang melahirkan anak tidak tahu membaca pendinding tadi, inilah banyak masalah yang berlaku yang kadang-kadang menjerumuskan kepada dosa yang besar.


setelah generasi bidan ini mati, muncullah pula pewaris-pewaris yang tidak berminat lagi dengan hantu pemeliharaanini,hantu syaitan lain pula yang muncul ...

peringkat saka dan peningkatan

PERINGKAT-PERINGKAT SAKA

PERINGKAT PERTAMA.

Sebahagian daripada jenis-jenis saka yang tidak disedari oleh seseorang ialah sifat buruk atau keji yang diwarisi dari generasi terdahulu seperti malas, bengis, mulut celupar cemburu atau satu-satu kecenderungan yang melampau seperti terlalu sukakan menangkap ikan, sukakan permainan daun terup dan sebagainya lagi. Pada anggapannya, ini adalah watak keturunan atau baka yang diwarisinya. Dia juga mungkin berpendapat itu adalah kebiasaanya yang telah lama menjadi rutinnya. Pada fikirannya, dengan sekali fikir, watak atau perangai tadi , tiada kaitan langsung dengan syaitan bahkan sikap itu adalah dirinya sendiri.apabila ia fikirkan lagi beberapa kali, ia merasakan itu adalah di sebabkan oleh baka keturunannya semata-mata. Tetapi pada hakikatnya terdapat jenis syaitan yang sama telah mengawalnya semenjak beberapa keturunan yang panjang.

Hakikat ini hanyalah dapat disedari oleh si pengidap apabila ia memerhatikan bertahun-tahun watak tersebut dalam dirinya, ia akan secara insaf merasai ada semacam suatu kuasa luar yang sangat halus yang memandunya kepada watak atau perbuatan tersebut. Setiap kali ia tidak mahu melakukan watak tersebut, ia tidak mampu mengawalnya dan sikap tersebut terus menguasai dirinya tanpa keredhaan dari dirinya sendiri.
Contoh pertama
Umpamanya

Puan R adalah seorang mertua yang baik, sebagai seorang guru yang berdedikasi,maka, sebahagian besar kehidupannya dihabiskan untuk mendidik anak bangsanya. Namun begitu, ia sering kali bertukar menjadi bermulut celupar di hadapan menantunya. Sifat mulut celuparnya ini memang di ketahui oleh masyarakat sebagai sifatnya yang paling menonjol. Oleh kerana ia mengetahui keburukan dan padah mulut celuparnya itu, maka ia cuba mengatasinya melalui cara, iaitu bilamana ia mahu mengelakkan celuparnya setelah ia mengetahui menantunya itu amat terasa hati dan terkilan dengannya, ia berzikir semahu-mahunya bertujuan untuk memadamkan keinginan celuparnya itu, tetapi perasaan keceluparannya itu tetap juga melonjak-lonjak di dalam dadanya seperti ombakan api yang menikam dirinya dengan penuh keseksaan selagimana dipendamkan perasaan marahnya. Ia merasakan kesakitan dalam dadanya itu hanyalah akan hilang apabila ia, tanpa bertangguh lagi, memuntahkan kesemua kemarahannya itu di hadapan menantunya juga melalui kata-kata yang kesat. Ia juga merasai di mulutnya terdapat desakan yang sangat kuat untuk melepaskan das-das keceluparannya kepada seseorang yang tidak disenanginya seperti menantunya sendiri itu. Dirasanya mulut itu tidak dapat ditutup atau ditahan dari terus berseranah. Si menantu pula pada waktu itu berasa bingung mendengarkan begitu mahir dan fasih sekali mertuanya mengatur kata-kata untuk menikam hatinya padahal mertuanya tidak dikenali bersifat begitu pada sudut lainnya.

Selang beberapa waktu yang singkat selepas itu, setelah menantunya pulang dan tiada bersamanya. Ia didatangi oleh rasa menyesal dan bersalah kerana tidak dapat mengawal kemarahannya itu.

Yang tidak boleh dikawal itulah dinamakan dalam ilmu tasauf sebagai nafsu amarah tetapi ia diistilahkan di dalam perubatan Islam tradisional sebagai saka kerana ia berkait dengan penyakit keturunan yang ada hubungan dengan makhluk halus.
Nafsu amarah itu boleh jadi bersambung-sambung dari keturunan terdahulu. Tetapi boleh jadi juga tidak dari keturunan terdahulu, sikap ini datang mendadak ke dalam dirinya di sebabkan oleh factor-faktor yang berbagai-bagai.
Ada ketikanya Puan R ini marah dan merasakan zikir dan istigfarnya itu sia-sia. Ia merasakan zikir dan istigfarnya itu tidak mampu membuang kesakitan dalam dadanya. Perasaan ini ingin menerangkan kepada dirinya tentang syaitan yang telah lama berada di dalam dirinya, lama sebelum ia dilahirkan lagi. Syaitan itu telah menunggu-nunggu semenjak dari zaman bapa atau datuknya lagi untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila ia dilahirkan kelak. Sekarang, setelah ia dilahirkan, syaitan telah benar-benar mempedayakannya.
Setiap hari terutamanya sewaktu tidur yang ia seringkali melupakan bacaan-bacaan yang di ajarkan Ulama-Ulama, syaitan ini datang menjenguknya tanpa Puan R menyedarinya.
Setelah sekian lama Puan R itu hidup, akibat ia tidak mengetahui itu adalah satu penyakit yang berada dalam dirinya, Puan R kurang memerangi syaitan dalam kehidupan sehari-hariannya. Ia banyak hanyut sebagaimana manusia lain yang hidup dalam masyarakat jahiliyyah yang didiaminya. Terlalu banyak masanya dalam kehidupan yang panjang itu, meskipun ia melakukan perintah Allah seperti sembahyang, berpuasa dan berhaji, tetapi masih dipengaruhi syaitan dalam hampir keseluruhan waktunya.

Dalam erti kata yang lain, ia tidak bersungguh-sungguh menghayati firman Allah SWT:


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh.
Demikianlah sikap itu menguasai dirinya sehingga ia jatuh sakit dan akhirnya melalui jalan ikhtiyar , ia mengetahui ia mempunyai masaalah saka.



Contoh kedua

Setiap kali Encik G memarahi anaknya, ia akan dikuasai oleh perasan geram yang melampau-lampau. Keadaannya pada masa itu adalah sama seperti keadaan bapanya ketika mana bapanya memarahinya semasa Encik G kecil-kecil dahulu. Demikianlah juga kemarahan datuk lelakinya kepada bapanya. Kalaulah kemarahan bapa dan datuknya kepada anak-anaknya di zaman yang silam, bapa atau datuknya itu akan bertindak mengejarkan anaknya dengan parang, maka lahar kemarahannya yang pada tahap yang sama ini akan membawakan encik P kepada memukul anak-anaknya dengan sepenuh-penuh hati sehingga mencederakan anak. Ia merasa tidak puas sekiranya tidak berbuat demikian. Setelah geramnya dapat dialirkan sepenuhnya melalui cara memukul dan mendera anak tersebut, baru ia merasa lega dan kemarahan itu dapat berkurang.

Selepas beberapa lama, bilamana perasaannya sejuk kembali, ia mula merasa menyesal dan berazam tidak mahu mengulangi lagi perbuatan tersebut. Tetapi di lain masa, ia tetap tidak dapat mengawal perasaan tersebut di setiap kali ia memarahi anaknya. Ia menyedari kesan buruk yang menimpa anaknya akibat kemarahannya yang melampau itu. Ia juga menyedari kesan itu akan bertambah buruk apabila ia terus berkekalan bersifat begitu. Malangnya ia tidak boleh mengawal sifatnya itu.
Contoh ketiga
Puan M adalah seorang isteri yang kuat cemburunya. Cemburunya yang melampau-lampau inilah yang dikatakana saka. Mungkin sakanya berpunya dari asal nenek moyangnya yang lelaki mempunyai pendampingan perempuan. Pendampingan perempuan itu amat cemburukan lelaki, maka untuk syaitan itu membisikan sesuatu yang menjadikan ia amat mencemburui suaminya. Ia seolah-olah mendengar bisikan-bisikan yang menyatakan suaminya bermain dengan perempuan ketiga., meskipun ia sepatutnya mempercayai suaminya. Ini menjadikan Puan M tidak tenteram menunggu ketibaan suaminya. Ia akan seboleh-bolehnya mahu mencallkan suaminya setiap lima minit. Ini akan merimaskan suaminya. Ini kerana suaminya merasakan ia dikongkong. Bagaimana tidaknya sedangkan si suaminya, Encik K yang berketrampilan itu merasakan diganggu oleh deringan telefon isterinya setiap kali ia baru saja keluar dari rumahnya. Mesyuarat KKK belum lagi selesai, telefon berbunyi lagi padahal sebelum bermusyuarat tadi, Puan M telah menelefonnya. Akibatnya sentiasa berlakulah persengketaan antara keduanya.

Contoh keempat

Setiap kali Encik K marah, kemarahannya itu menjadi meluap-luap. Ia merasakan ia perlu memecahkan sesuatu atau mengoyak-ngoyakkan barangan atau pakaian. Sekiranya ia tidak melakukan yang demikian, perasaan tersebut tidak akan dapat disejukkan dari dirinya. Watak yang di luar kawalan ini kita namakan sebagai watak kedua kerana itu bukanlah watak yang asal dalam dirinya dalam keadaan dirinya normal. Watak normal ini kita namakan sebagai watak pertama.

Dalam penyesalan terhadap sikapnya yang mengoyak-ngoyakkan bajunya bila ia marah atau mengamuk, Encik K berfikir dari manakah datangnya watak pertama dalam hidupnya. Apabila ia melihat sejarah kehidupan keluarganya, ia mendapati nenek moyangnya terkenal sebagai sangat berani. keberanian nenek moyangnya ada kaitan yang langsung dengan amalan-amalan pemujaan kepada semangat kesyaitanan. Maka fahamlah ia bahawa asalnya semangat keberanian atau kepanglimaan yang berunsurkan kesyaitanan dipuja oleh nenek moyangnya dalam menghadapi cabaran kehidupan semasa waktu itu. Bilamana semangat kesyaitanan ini telah turun ke anak cucunya, yang akibat perubahan zaman, tidak lagi memerlukan keberanian dalam bentuk yang sama, maka syaitan yang memegang perjanjian itu terus berlegar-legar dalam kehidupan anak cucunya. Syaitan yang mengalir pada anak cucunya juga tetap mahu melakukan aksi yang sama tetapi kehendak ini tidak dapat dilepaskan. Lantaran syaitan telah lama mengalir dalam diri keluarganyanya itu, anak cucunya merasakan syaitan tersebut terus membelenggu dirinya melainkan sehinggalah ia melepaskannya dalam bentuk agresif sehingga mengoyakkan pakaian yang dipakainya.
Bilamana ia memerhatikan secara mendalam, dia mendapati bahawa pada malam sebelum atau selepas ia berkelakuan mengoyak pakaian, atau waktu-waktu terdekatnya, wujud-wujud pergerakan di luar kawalan pada bahagian-bahagian tertentu badan seperti rasa berat pada tulang belakang, kepala, dalam punggung dan kaki seolah watak tersebut ada kaiatan yang kuat dengan sakit tersebut.
Setelah lama meneliti, barulah Encik K faham kenapa ia tidak dapat membebaskan dirinya dari watak kedua iaitu sikap mengoyak-ngoyakkan pakaian bila marah. Kerana watak itu telah mencengkam kehidupannya semenjak awal ia muncul ke bumi ini..
Maka inilah yang dikaitkan oleh pakar-pakar perubatan Islam sebagai saka. Terdapat hubungan yang langsung antara sakit dan watak kedua yang amat dibenci olehnya itu yang tidak mudah untuk di buang melainkan secara doa dan amalan.


Contoh ke lima
Encik P adalah seorang peniaga di kedai makan. Ia boleh bersabar bilamana kedainya itu tidak didatangi pelanggan. Tetapi bilamana kedainya itu didatangi ramai pelanggan. Ia akan sibuk melayani pelanggan-pelanggannya. Sebahagiannya mahukan Nasi Dagang, sebahagiannya pula mahukan Nasi Kerabu. Ada pula pelanggangnya yang mahukan masakan Tom Yam dan tidak kurang pula yang mahukan masakan Western. Walaupun penat, ia amat seronok memenuhi setiap permintaan pelanggannya yang berbagai-bagai itu.

Pada waktu ini, ia akan mula mengkhayalkan bahawa ia akan memperolehi untung yang cukup lumayan.di hujung bulan, bilamana ia mengira-ngira pendapatannya dan mendapati pendapatannya tidak mencapai kadar yang dijangkanya, ia memberang pada semua orang. Yang lebih menjadi mangsa ialah anak isterinya. Dipukul-pukul anak isterinya kerana dituduh mencuri duit jualan makanan itu. Tindakan yang agresif ini adalah di luar kehendak dan kawalannya.

Selepas beberapa ketika, kemarahan ini reda. Ia menyesal pula di atas tindakannya itu.
Encik P ini akan menangis-nangis menyesal di atas perbuatannya.

Secara lazimnya boleh jadi keluarganya itu mengambil sebahagian duit tersebut tanpa sedarnya. Ini adalah perkara biasa dan boleh diterima akal yang sejahtera. Yang tidak boleh diterima akal ialah ia memukul anak isterinya. Apatah lagi sekiranya tindakan yang melampau itu dilakukannya padahal ia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Perasaannya yang di luar kawalannya itu adalah sifat luar kebiasaan yang pelik dan lain dari kelaziman. Inilah yang dinamakan sakit. Sakit itu pula ada berbagai-bagai jenis. orang terdahulu telah menamakannya sebagai saka.
Setelah isterinya bertahajjud beberapa lama memohon kepada Allah SWT agar suaminya itu memperbaiki perangainya itu, ia bermimpi dalam doa dan zikir tahajjudnya itu didatamgi oleh lelaki yang di katakana keturunan suaminya itu. Maka inilah yang dikaitkan dengan saka. والله اعلى واعلم بالصواب


Contoh keenam
Encik S telah bercerai dengan isterinya Puan X sebanyak dua kali. Setiap kali mereka bergaduh, Encik S akan mengugut isterinya untuk menceraikannya. Apabila ia sedar, ia menyesal.

Demikianlah selepas setiap kali ia menceraikan isterinya, ia menangis-nangis memohon maaf dari isterinya. Ia menyalahkan dirinya. Katanya semasa marah, ia tidak sedar apa yang diungkapnya. Ungkap itu terpancul dari mulutnya tanpa sedar.

Contoh ke tujuh

Demikianlah juga contoh tersebut dapat kita lihat pada sesetengah manusia yang kuat beribadat dan taat pada zahirnya, tetapi tidak dapat meninggalkan dosa-dosa besar seperti berzina, mencuri dan sebagainya lagi.

Di satu ketika, ia memegang watak pertama, maka ia menjadi seorang yang taat, tetapi dalam sesetengah masa yang lain, datang pula watak kedua tadi dalam dirinya iaitu berzina dan mencuri.
Watak kedua amat kuat membelenggu dirinya.
Soalnya adakah dia tidak pernah berfikir untuk bertaubat? Jawabnya ia amat mengetahui tentang taubat. Dan ia memang secara ikhlas telah berusaha ke arah itu.malangnya ia tetap juga tewas sehingga tidak dapat menahan diri lagi dari melakukan dosa besar. Ia perlu di rawat dengan doa-doa tertentu. Inilah yang di katakana rawatan saka
Contoh ke lapan

1) Seseorang yang menderita sejenis penyakit menjadi bertambah derita bilamana balik menjengok kampung halaman seolah-olah gangguan makhluk halus yang telah lama berkhidmat kepada orang tuanya ingin menggigit-gigit sepuas-puas hatinya kerana terlampau bergembira dapat mengubati rindunya akibat lama berpisah tidak menemui warisnya.

Kesemua contoh di atas, sekiranya diukur dari sudut istilah tasauf, ia dinamakan nafsu lawwamah dan ammarah. Tetapi dalam perbincangan perubatan Islam di kalangan kita, orang-orang soleh dan ulama-ulama tempatan di zaman silam menspesifikkan lagi perbincangan dengan menamakannya sebagai saka untuk membezakan antara punca syaitan yang datang dari keturunan yang terdahulu atau dari dirinya sendiri.

PERINGKAT KEDUA
PENGARUH SAKA TERHADAP HARI TUA

Menurut pemerhatian ramai pengamal rawatan Islam yang berpengalaman, orang-orang yang ada gangguan tadi, bilamana melalui satu peringkat usia emas yang lebih lanjut, mereka akan menderita satu peringkat sakit yang lebih tinggi. Sakitnya tidak bersifat normal pada perkiraan kajian moden. Tidak cukup simptoms dan dignisisnya untuk dikategorikan kepada sesuatu penyakit tertentu.

CONTOH
Tidak dapat langsung melelapkan mata pada waktu malam. Sebaik sahaja ia memejamkan mata, ia akan terpandangkan beberapa gambaran yang menakutkan dan akan berterusan berada dalam keadaan yang terperanjat sehinggalah awal pagi.

Keadaan ini akan menyebabkan dia sentiasa berada dalam keadaan yang tersangat letih. Keletihan ini akan menyebabkannya sentiasa dalam keadaan ----gelisah dan fikiran yang tidak menentu. Hal ini biasanya menyerang wanita yang berusia menghampiri lima puluh ke atas.

Sebab ia tidak dapat melelapkan mata kerana ada yang datang mengganggunya. Walaupun ia tidak dapat melihat kehadiran makhluk tersebut tetapi ia amat pasti dengan fikiran dan perasaannya.

CONTOH PERTAMA

Setelah umur Encik Y meningkat enam puluh tahun, Encik Y sentiasa terpandangkan kewujudan babi tujuh ekor berlegar-legar di ruang matanya setiap kali ia memejamkan matanya pada waktu malam. Samada gambaran ini datang dalam waktu tertentu sahaja, umpamanya pada pukul 2-3 malam dan gambaran itu hilang selepas itu. Kadang kala pula, gambaran itu mengganggunya di sepanjang malam dan menghalangnya supaya ia tidak tidur langsung waktu malam.

CONTOH KE DUA

Sesetengah orang tua seperti Encik K yang telah berusia enam puluh lima tahun sentiasa mengadu kepada anak cucunya bahawa ia ternampak secara sekilas pandang bahawa ada terdapat sesuatu melintas di hadapannya. Kadang-kadang di sisi dari sudut sebelah kirinya. Ia akan merasakan terkejut, takut, tidak tenteram dan berdiri bulu romanya setiap kali ternampak perkara tersebut. Ia sentiasa berfikir apakah sebenarnya benda itu.

CONTOH KETIGA

Ia melihat wajah ibunya, supaya melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu perintah Allah, Pada waktu ini, orang melihatnya ia bercakap seorang diri tetapi ---

PERINGKAT KE TIGA
Pada contoh pertama , Ia memberitahu bahawa ia ternampak babi tersebut telah cuba melanggarnya atau menyondolkan kearahnya, akibat terkejut, ia terjatuh. Jatuh inilah yang menyebabkan ia terlantar lama di katil menyaksikan pandangan-pandangan yang menakutkan yang apabila ia menceritakan pada anak-cucunya, merekatidak di percayainya. Anak cucunya itu pula menuduhnya merepek dan mengarut.

CONTOH KEDUA
Pada contoh kedua yang telah kita sebutkan tadi iaitu Encik K yang sentiasa mengadu kepada anak cucunya bahawa ia ternampak secara sekilas pandang bahawa ada terdapat sesuatu melintas di hadapannya. Kadang-kadang di sisi dari sudut sebelah kirinya. Ia akan merasakan terkejut, takut, tidak tenteram dan berdiri bulu romanya setiap kali ternampak perkara tersebut. Maka setelah badannya semakin lemah akibat usianya yang semakin meningkat, akhirnya ia mula melihat dengan pandangan yang lebih jelas

Dia yang lemah itu merasakan ada seorang kanak-kanak lelaki yang sentiasa mendampinginya. Ia makin takut kepada kehadiran kanak-kanak tersebut tetapi ia tidak dapat menghindarinya di setiap kali ia mahu menghindarinya.
Akhirnya pada suatu hari, ketika ia berada dalam bilik air, ia merasakan pada tahap keadaan dirinya yang lemah itu, ia merasakan kanak-kanak lelaki tersebut menolaknya di dalam bilik air. Ia yang lemah itu tidak mampu tegak lagi. Akibatnya ia terjatuh. Inilah yang menyebabkan ia berlepek di atas katil selama beberapa lama sebelum ia meninggal.
Ia meninggal dua atau tiga tahun selepas itu, ertinya lama ia berlepek di atas katil itu.



SAKA MENYERANG

KES PERTAMA

Setelah ia berguru dan berijazah cara-cara membaca ayat pembuka----, ia beramal selama

Dalam tahajud yang ia amal 44 malam itu, ia bermimpi ---apabila ia memegang di di ulu hati tempat sakitnya, maka ia ternampak tempattok akinya memegang segumpal kain,---akhirnya tokkinya membuang kain tersebut ke sungai, maka ia merasa lega.

CONTOH

Enam puluh tahun yang lampau, ketika berusia lima tahun, pada setiap malam PD akan menemani neneknya Mak MN untuk pintu reban ayam.
Mak WN adalah seorang penjual ikan yang sudah kaya raya. Sudah lama ia berniaga ikan. Walaupun ia seorang perempuan yang sudah berumur, tetapi ia sendiri akan sentiasa bersemangat mengangkat bakul besar yang penuh sarat di muatkan ikan. Kalau di kira-kira barangkali ikan dalam bakul itu seberat 50 kilogram terpaksa di pikul sendirinya olehnya.

Setelah meninggalnya Mak WN, sekali dua abangnya M yang turut sama menjadi anak Mak WN mengadu sakit yang yang di katakan oleh perawat perubatan Islam sebagai saka. PD sendiri tidak faham apa itu saka. PD sendiri gembira setelah melihat M, abangnya itu sihat. Menurut cerita yang ia dengar, perawat perubatan Islam itu berkata bahawa sakanya telah di keluarkan.

Sekarang, setelah PD berusia 65 tahun, ia sering kali sakit dada. Apabila ia pergi ke beberapa pusat pakar rawatan perubatan moden, mereka berkata PD sihat, tidak ada apa-apa sakit. Ia menjadi bingung kerana sakit yang di tanggungnya di katakan oleh pakar perubatan sebagai tidak ada. Sakit itu bukan sahaja membuatkannya tidak dapat melelapkan mata waktu malam, malahan juga sepanjang masa ia merasa sakit dada menyucuk-nyucuk bagaikan di tikam dengan jarum. Seluruh badamnya berasa seram sejuk yang amat sangat sehingga sampai ke tulangnya yang dalam.


Dalam seminggu sakit, Dr. N , anak PD yang bekerja di pusat perubatan terkenal di KT telah mengambil keputusan untuk menginap di rumah PD, bapanya itu. Ini kerana untuk sentiasa berulang alik kerumah Dr N yang terletak setengah kilometer sahaja dari rumah bapanya adalah satu kerumitan kepadanya untuk menjaga ayahnya itu.

Dr N ini mempunyai anak beberapa orang anak. Ada yang besar dan ada juga yang kecil. Dia juga memiliki seorang anak kecilnya yang baru berumur setahun setengah. Ia bertambah bingung kerana ayahnya sentiasa mengadu sakit tetapi ia tidak dapat berbuat apa-apa. Yang menambahkan peliknya lagi ialah bilamana ayahnya tidak mengadu sakit, anak kecilnya pula akan menangis berjam-jam lamanya.

Ia tertanya-tanya dirinya sendiri apa sakit ayahnya PD dan mengapa pula anak kecilnya menangis teruk semenjak dia menetap di rumah PD?

Setelah seminggu ia dalam keadaan begitu, akhirnya ia menemui suatu yang di rasainya itulah jawapan kepada soalan yang terbuku di benak fikirannya.

KH pelajar UM bidang Akademi Islam tahun akhir adalah anaknya yang menjadi abang kepada bayi yang menangis itu. KH secara tidak sengaja telah menangkap gambar adiknya yang sedang menangis itu dengan menggunakan digital kamera yang baru di belinya di Pertama Kompleks.
Di tangkapnya gambar adiknya yang sedang menangis dengan banyaknya. Tiba-tiba ia mendapati pada gambar tersebut ada satu lembaga perempuan yang sebenarnya tidak wujud. Dalam senyap-senyap ia menangkap pula gambar datuknya PD yang mengadu-ngadu kesakitan. Setelah di printkan, ia menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada PD. PD hairan kenapa lembaga berupa neneknya boleh berada dalam gambar yang di tangkap kamera digtal tadi. Ia menyuruh cucunya KH mengambil sekali lagi. Pada kali yang kedua ini, mereka tidak lagi menemui lembaga tersebut dalam gambar tersebut.

Inilah satu sakit yang berlaku di Bandar KT yang di kaitkan dengan saka oleh sesetengah perawat. والله أعلى وأعلم


Rasa menyucuk-nyucuk di dada itu sering kali di rasainya. Demikianlah juga pasa seram sejuk di seluruh badannya. Ia mula mempercayai sakitnya itu di panggil saka seperti mana yang di istilaah oleh ramai orang di sekelilingnya. Bilamana ia merawati sakitnya dengan kaedah tersebut, ia merasa lega beberapa ketika.


CONTOH

Menurut cerita ibu Pengurus I, nenek mereka yang teratas ada memelihara sejenis hantu yang di namakan hantu penanggal. Hantu ini mendampingi neneknya setiap kali membantunya menyambut ibu-ibu yang akan bersalin. Hantu ini makan darah dan uri orang baru bersalin. Sekiranya hantu ini tidak di haling dari meminum darah , ibu yang bersalin itu akan tumpah darah dengan banyaknya. Kebiasaannya ibu yang tumpah banyak darah akan mati. Di katakan juga oleh mereka yang berpengetahuan dalam bidang ini bahawa hantu penanggal itu takutkan mengkuang. Itulah sebabnya ramai orang pada waktu itu menyangkutkan duri mengkuang pada bawah rumah sewaktu perempuan yang menghuni rumah itu akan bersalin. Menurut ceritanya memanglah neneknya yang itu takutkan mengkuang.

Setelah neneknya yang itu meninggal, tiada lagi keluarganya yang menjadi bidan sepenuh masa, adalah juga ia mengetahui sekali sekali neneknya dan emaknya sakit yang di katakan berasal dari hantu penangal itu.


Sekarang pengurus I telah berjaya dalam hampir kesemua bidang yang ia ceburi. Ia di lihat sebagai baik , suka tolong menolong, berdedikasi dan berpro-actif. Malangnya, ia memang suka melayan dan mempedayakan perempuan. Ia tidak pernah kurang dalam bab-bab tackle. Selalu sahaja ada perempuan yang bermurah hati untuk melayannya, apatah lagi setelah dia mendapat gelaran datuk muda. Bahkan ramai juga perempuan-perempuan yang memulakan apabila mereka mereka mengetahui bahawa ini adalah datuk yang berdarah manis.

Walaupun ia mengetahui mengenai saka neneknya itu kadang-kadang mengikutinya, ia tidak lagi memberi makan kepada saka tersebut. Baginya , ia tidak kisah sekiranya saka tersebut membantunya dalam kerjayanya.

Pada suatu hari, ia mendapat tahu satu perkara yang tidak mampu ia menerimanya.


Ia tidak menyangka bahawa setiap kali berjinak dengan perempuan-perempuan, hantu penanggal itu menghisap haidh perempuan yang di pedayakannya bilamana perempuan tersebut tidak mencuci darah tersebut.

Cerita ini tersebar bilamana salah seorang dari perempuan itu jatuh sakit. Che Kelsom setia-usahanya yang sakit lama dan teruk tersebut berikhtiyar dengan cara ayat-ayat al Qur`an dan bertahajjud malam. Ia menghadapi masalah besar kerana sakitnya tidak dapat di kesan secara rawatan moden. Setelah hamper sebulan, Che Kelsom itu bertahajjud, ia seringkali bermimpi seorang yang mengaku nenek Pengurus i. pada perkiraan Che Kelsom, itu adalah saka pengurus 1.
Che Kelso ini adalah yang becak sedikit mulutnya. Setelah ia sihat, ia mula membenci Pengurus 1. ia menceritakan kepada ramai kawan-kawan sepejabatnya tentang pengalamannya itu. Akhirnyaa perempuan-perempuan se pejabat dengan Che Kelsom memandang keji terhadap pengurus 1 . Mereka menjauhkan diri dari pengurus tersebut.

Sewaktu Che Kelso mini saakit, ia menderita susah bernafas. Di rasanya pada tengkuknya ada pengikat yang menghalang ia bernafas. Dadanya juga di rasakan berat seperti di tindih batu. Badannya sentiasa merasai panas sejuk. Yang lebih banyak ialah sejuk-sejuk seram.

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH GANGGUAN MAKHLUK HALUS

ramai pesakit yang menghadapi gangguan makhluk halus beranggapan bahawa penyakit ini cukup mudah untuk di hadapi. Dengan hanya sekali baca atau tiup, gangguan itu pasti hilang. Maka mereka memandang remeh kepada persiapan dan rawatannya bilamana mereka di ancam oleh penyakit tersebut

INILAH YANG AKAN BIASA KITA TEMUI di kalangan pesakit-pesakit muda yang masih baru menghadapi gangguan ini.

mereka belum menyedari ramai juga yang mati akibat gangguan ini, ramai juga yang habis harta benda kerana berubat sakit begini. apa yang di sebut sebagai gangguan itu, ada bermacam-macam cabang dan pecahannya.


ini tidak termasuk lagi golongan yang mempertikaikan dan menolak kewujudan penyakit begini yang sebenarnya berpunca dari mereka tidak memperdalami masalah makhluk halus dan penyakit gangguan makhluk halus yang memang di sebut dan wujud di zaman Rasulullah SAW.


Ada banyak keterangan tentang itu.



.

Tuesday, February 15, 2011

jin di zaman rasulullah

Jin di zaman rasulullah




Orang-orang Mekkah telah biasa mendengar perkataan jin. Kehidupan mereka yang Jahiliyyah itu tidak boleh di pisahkan dari kepercayaan tentang jin. Budaya menenung dan melihat nasib yang menjadi amalan mereka tentulah melalui jalan menghubungi jin

Sesetengah mereka di puji kerana bersahabat dengan jin. Mereka ini di puji kerana beberapa kehebatan yang mereka miliki dalam masyarakat adalah di sebabkan oleh pemberitahuanmaklumat dari jin kepada mereka.

Sesetengah yang lain pula di hina kerana di rasuk jin. Dalam sirah kita dapat melihat bagaimana Rasulullah sendiri pernah di tuduh di rasuki jin kerana kononnya ungkapan –ungkapan Nabi ini tidak di fahami oleh mereka sepertimana keadaan orang-orang yang di rasuki juga.


Di zaman Rasulullah SAW ad beberapa cerita tentang jin. yang paling menarik ialah terdapat satu surah dalam al Quran yang di namakan surah Al jin.
Sepakat ulama menyatakan bahawa surah al jiin di turunkan di Mekah. Jumlah ayatnya dua puluh lapan (28) ayat.


menurut ahli tafsir, terdapat segolongan jin yang cuba untuk menaiki ke langit telah di halang oleh panahan-panahan berapi. maka mereka telah berbincang sesama mereka tentang mengapalah mereka telah di halang dari memasuki satu kawasan yang sebelum ini, mereka boleh memasukinya. maka ada di antara mereka yang mencadangkan agar mereka meronda-ronda semula mencari sebab-sebabnya. sewaktu mereka meronda-rondo di bumi, setelah mereka menghampiri banjaran tohamah, mereka mendapati di Mekah, Rasulullah sedang bersembahyang sambil membaca ayat-ayat suci al Quran bersama-sama sahabatnya. lalu mereka menghampiri nabi dan mendengar bacaan Nabi dengan teliti. maka fahamlah mereka kenapa mereka di halang menaiki langit. Telah tiba zaman kerasulan rasulullah SAW.



setelah itu mereka kembali ke kampung mereka, mereka yang beriman menyeru kawan-kawan yang belum beriman agar turut menerima risalah Nabi Mohammad SAW.


Setelah itu mereka memohon kepada Nabi untuk mengadakan satu perbincangan dengan Baginda.

maka suatu malam, rasulullah SAW telah menemui mereka di satu tempat yang tinggi di antara puncak-puncak bukit di Mekah. baginda di temani oleh Ibn Mas`ud di sebahagian jalan. Setibanya di suatu tempat, baginda telah membuat satu garisan bulat dan memerintahkan Ibn Mas`ud menunggu di dalam garisan bulat yang di gariskannya itu. baginda melarang beliau keluar dari kawasan tersebut kerana di bimbangi akan hilang di colek oleh jin-jin tersebut.

Rasulullah SAW terus mara . Dalam perjumpaan yang di buat dalam kegelapan malam itu, perjumpaan yang berlaku agak jauh dari tempat bersembunyinya Ibn Mas`ud tidak dapat di saksikan oleh Ibn Mas`ud. ia hanya mendengar bunyi bising seperti orang berkelahi sahaja. Menurut ahli tafsir, jin yang hadir pada malam tersebut hanya di lihat oleh rasulullah dan tidak oleh Ibn Mas`ud.Ini bererti jin itu boleh menjelma kepada seseorang sehingga boleh di lihat oleh orang itu dan tidak tidak kepada orang lain dalam satu masa. Ini cerita Rasulullah melihat tetapi sahabatnya Ibn Mas`ud tidak melihatnya.

di sana ada terdapat juga cerita yang menceritakan bagaimana adasahabat-sahabat Baginda yang melihat jin yang menjelma.


Ada juga jin yang menghadiahkan sesuatu kepada Rasulullah SAW.
di Mekah ada Masjid jin. bahkan di masjidil Haram ada juga Babul Fatah yang di katakan melalui pintu itulah, menjadi pilihan jin untuk mereka masuk tawaf. di situlah di katakan terdapatnya satu tiang Masjidil Haram yang di namakan tiang jin yang telah di buang tanda-tanda istimewanya oleh Kerajaan Arab saudi.



Di antara sahabat-sahabat Baginda yang melihat jin yang menjelma :

- melihat anjing hitam keluar dari muntah
bergelut dengan seekor jin yang mencuri air dan mengeluarkan bau yang sangat busuk

-

Monday, February 14, 2011

KITAB AL QANUN IBN SINA



Kitab yang pernah  menjadi ensaiklopedia perubatan dalam dunia Islam lebih dari 800 tahun lamanya ini  mempunyai tiga jilid . Kandungan kitab ini sangat sangat sulit untuk di fahami. Ini  kerana  isi kandungan kitab ini terlalu berbeza dari penulisan-penulisan lain yang lebih mudah untuk di fahami.


kitab ini di mulai dengan membicarakan tentang keseimbangan dalam badan. Kesimbangan dalam badan ini adalah asas asal  kejadian manusia yang di ciptakan Allah di susunNya di atas landasan fitrah. bilamana manusia cubamentadbir sendiri dirinya tanpa mengikut peraturan Allah bererti ia telah  mengubah fitrah ini. Maka  samada dengan cara yang di sedari atau sebaliknya, ia pasti akan menerima hukuman Allah  yang berupa kesakitan-kesakitan yang semestinya di tanggung manusia itu. 

ertinya penyakit itu adalah sesuatukerosakan yang berlaku akibat telah menyeleweng dari fitrah( kejadian asal yang Allah SWT susunkan)


Ibn Sina telah menggunakan perkataan mizaj yang me`tadil(   المزاج المعتدل ) sebagai term yang menerangkan tentang sihat manakala perkataan khulat(  خلط  أخلاط   ) pula di gunakan sebagai menerangkan tentang angkubah-angkubah yang menyebabkan seseorang itu menjadi sakit.Seseorang yang di kuasai oleh angkubah-angkubah yang keji adalah lebih kuat menguasai bahagian-bahagian tertentu badan, ia akan menyebabkan orang tersebut berasa sakit. unsur yang keji dan jahat ini di namakan(  أخلاط رديئة )



 


seterusnya Ibn Sina menyenaraikan anggota dan kedudukan mizaj asal manusia yang di jadikan Allah secara fitrah. 



















Sunday, February 13, 2011

PUSAT MANUSIA SATU PINTU UTAMA KELUAR MASUK PENYAKIT DAN PENAWAR

merawat orang yang mandul,perempuan yang menhadapi pendarahan, -kunci pusat mereka

menyambut hari valentine pintu pertama syaitan masuk untuk merosakkan rumah tangga.

Masyarakat barat telah di rosakkan dengan suatu cuti umum yang di beri nama Hari valentine.Di hari ini manusia lazimnya mengikut budaya barat dan telah di akuti oleh generasi kita hari ini ,diboleh melakukan apa jua bersama pasangan kekasihnya tanpa mengambil kira perbuatan tersebut dengan  larangan Tuhan.  Di hari-hari yang seperti ini, mereka bercinta dengan penuh fantasi, berkhayal di luar daripada apa yang mampu di capai oleh manusia biasa. maka sangat malang bilamana kita mendapati sebahagian  besar mereka yang mengamalkan sambutan hari-hari maksiat sebegini gagal mempertahankan rumah tangga mereka setelah beberapa lama mereka melayari bahtera berumah tangga.




sekiranya kita perhatikan, memang sebenarnya terdapat pemujaan kepada syaitan dan mempertuhankan nafsu secara tidak langsung dan tanpa di sedari pada pada hari-hari sambutan itu di lakukan , kehidupan yang bersama syaitan ini akan berpanjangan setelah berumah tangga. Syaitan akan berikhtiyar agar manusia yang berada di bawah bumbung rumah tangga ini akan mencemari rumah tangga mereka dengan pengzinaan samada oleh pihak lelaki atau pihak perempuan atau daripada kedua-dua pihak , atau meruntuhkan rumah tangga yang sangat di tuntut oleh ajaran Islam.



 maka di sepanjang zaman berumah tangga ini , apabila kita memerhatikan kepada mereka yang gagal mempertahankan rumah tangga mereka, pasti ada terdapat beberapa petanda yang  menerangkan kehadirin syaitan yang rumah tangga mereka yang tidak di ketahui oleh mereka, yang seandainya mereka dapat menyedari sedari awalnya mungkin mereka boleh berikhtiyar agar perceraian itu dapat di bendungkan.  


di antara masalah-masalah berumah tangga yang akan di hadapi oleh kebanyakan penyambut-penyambut hari Valentine ini ialah gagal memberikan kepuasan semasa bersama. 


Kenapa ini yang berlaku?

syaitan akan menutup pintu kelazatan semasa bersama dan membuka luas-luas pintu kelazatan tersebut bilamana pasangan mereka tiada bersama mereka. Bilamana suami berada out station, isteri akan cepat merasakan kekosongan atau kegersangan dan berfikir untuk mencari penyelesaian menghidupkan semula hari valentine baru bersama orang baru.demikialah juga yang di lakukan syaitan kepada pihak suami. maka tanpa iman sedari awal lagi, mereka akan cepat tewas. 


inilah diantara punca ketidak puasan antara mereka berdua






jawabnya ialah kerana --

Saturday, February 12, 2011

mengenali saluran sempadan dan titik-titik penyakit dalam badan pesakit(1)

Allah telah menjadikan bahagian-bahagian anggota  badan manusia secara berpasang-pasangan sebagaimana yangdi nyatakan Allah dalam  surah yassin:


Maha Suci ia (Allah) yang telah menjadikan  segala-galanya itu berpasang-pasangan , dari apa yang tumbuh di atas muka bumi, dan pada diri kamu dan bayak lagi yang kamu tidak mengetahuinya.

maka Allah jadikan sepasang telinga, sepasang mata, sepasang lubang hidung, sepasang tangan, sepasang kaki, sepasang lutut, sepasang peha,sepasang buah pinggang , sepasang testis, sepasang rusuk, sepasang betis, sepasang betis.kesemua ini adalah berpasang-pasang kerana setiap keduanya terbahagi kepada kanan dan kiri. Tujuan kesemuanya di jadikan berpasangan adalah untuk tujuan keseimbangan. dengan keseimbangan manusia dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera.




setiap anggota dan bahagian badan yang berpasangan itu ada sempadannya Sempadan bahagian depan manusia ialah satu garis lurus yang diatasnya terletaknya ubun-ubun, turun ke bawah sehingga menemui bucu hidung , parit bawah lubang hidung, terus ke bawah menemui tulang khuldi, terus ke ulu hati yang terletak di celah kepala rusuk bahagian dalam, terus ke bawah menyentuhi pusat, terus ke bawah lagi betul-betul menemui lubang kemaluan. Adapaun sempadan bahagian belakang lebih mudah untuk di temui kerana bahagain besarnya ada bertanda iaitu bahagian belakangnya di tanda dengan tulang belakang(spinal korda).

Apabila seseorang ingin mengubah semangat seseorang samada dalam bentuk merawat iaitu mengubah semangat seorang ke arah yang lebih baik  atau menyihir iaitu mengubah semangat seorang tersebut kepada lebih lemah adalah dalam bentuk depan atau belakang.


ada di sepanjang garis depan dan belakang ini terdapat banyak pusat-pusat di mana di situlah keluar masuknya penyakit dan ubat dalam badan manusia.


umpamanya di bahagian kepala terdapat satu titik yang sangat besar di tengah-tengah kepala yang di namakan oleh ahli-ahli perubatan Islam tradisional dengan nama masjidil Aqsa. Tempat ini di namakan demikian kerana di kiaskan dengan Masjidil Aqsa, Palastine ,tempat berakhirnya isra( perjalanan melintang dari Mekah ) dan permulaan Mikraj( perjalanan menegak ke Sidratil Muntaha) . dari situ ia bercabang kepada empat iaitu   :1)   ke atas 2) ke depan 3) ke belakang 4) ke bawah


yang pertama dari masjil aqsa ini ke atas akan menemui ubun-ubun.Yang kedua dari masjil aqsa ini ke depan akan menemui satu titik yang di namakan  rawang iaitulah pintu keluar masuknya ruh idhofi setelah melalui satu highway siap terbina dalam diri manusia yang aqil baligh semenjak ia berumur dua tahun lagi.  Yang ketiga  dari masjil aqsa ini ke belakang yang kedudukannya di tengah-tengah titik di mana biasanya orang-orang perempuan menyimpulkan sanggul rambut mereka.  Cabang yang terakhir ialah dari tengah-tengah otak tadi menuju ke tapak kaki kedua-dua belah kaki .


Bilamana perawat menghembuskan bacaan mereka ke kepala, ertinya di bahagian tengah inilah yuang di makrifatkan/ dikonsentrasikan agar dengan itu penawar dapat mesuk ke dalam selaluinya seketika, sebelum ia bergerak ke bahagia-bahagian lain ke serata tubuh.Peranannya samalah seperti peranan oksigen kepada jantung(?) dan darah dalam paru(?) 




Untuk memudahkan bacaan ayat-ayat suci sampai ke titik utama yang di namakan baitul maqdis tadi, maka menurut setakat yang saya perhatikan ialah kebanyakan perawat yang berpengalaman lebih suka menghalakan tiupan mereka kepada ubun-ubun. 

caranya ialah mereka berada di tempat yang lebih tinggi dari pesakit ,umpamanya mereka berada di atas kerusi manakala pesakit di atas lantai, ini kerana  untuk memudahkan tiup dengan teknik demikian dapat di lakukan. ini bisanya menjadi teknik pertama yang di pilih oleh sebahagian pengamal perubatan. itu kalau dari posisi atas. kalau dari posisi depan, mereka akan menghalakan tiupan ke dahi dengan konsentrasinya pada lubang rawang yang terletak di antara kedua-dua kening. Seandainya perawat berada di posisi belakang, mereka akanmenghalakan tiupan ke titik di mana terdapatnya pintu keluar masuk di tengah-tengah tempat di simpulkan sanggul.














BERSAMBUNG

Friday, February 11, 2011

BEBERAPA KITAB PERUBATAN MELAYU JAWI

terdapat 3 buah kitab perubatan terpenting dalam bahasa Melayu tulisan jawi di tulis oleh ulama-ulama silam dan menjadi teks yang di pelajari oleh sesetengah penuntut-penuntut pondok yang berminat dengan perubatan.  kitab-kitab tersebut ialah Tajul Muluk, Mujarrobat Melayu dan Hukum Jima.Walaupun orang mempertikaikan beberapa bahagian yang terdapat dalam buku itu, tetapi setakat pendedahan yang saya perolehi tentang kitab tersebut dari orang-orang  yang berilmu,  untuk menjadi seorang yang benar-benar mantap dalam perubatan, ada beberapa bab dalam kitab-kitab tersebut yang perlu di kuasai kerana karangan ini menegaskan beberapa asas yang cabang-cabang yang wujud kemudian adalah memperkukuhkan tentang kebenaran asas tersebut.



contohnya, Saya melihat ramai orang mempertikaikan tentang peta kedudukan tapak rumah yang terdapat dalam kitab tajulMuluk tersebut. Walaupun saya tidaklah mahu bertegas bahawa saranan yang di nyatakan dalam perbincangan tentang tapak rumah dalam kitab tersebut perlulah di ikuti sepenuhnya, tidak begitu, tetapi dalam satu sudut, saya melihat orang yang mempertikaikan keterangan itu tidak memahami asas yang ingin di nyatakan oleh penulis Syeikh Hassan Besut itu.


ertinya saya ingin simpulkan di sini bahawa tidak perlu dengan adanya beberapa komentar orang terhadap kitab-kitab tersebut, kita perlu menolak kesemuannya .itu pasti akan merugikan




saya bimbang sekiranya pandangan kita yang jahil ini begitu buruk terhadap ilmu nenek moyang kita, dan bahan-bahan tersebut tidak di sayangi oleh kita, kita akan kehilangan mutiara-mutiara yang berharga. 



di sana terdapat  lagi beberapa kitab yang sudah tidak lagi di jual di pasaran dan tidak mungkin di jumpai lagi dengan mudah melainkan melalui berhubungan dengan ahli-ahli yang lama dalam bidang-bidang tersebut.


contohnya kitab(      طيب الإحسان فى طب الإنسان      )  dan (              لقطة العجلان فيلتمس فيه حاجة الإنسان   ) yang di susun oleh Syeikh Ahmad bin  Mohammad Zain Mustafa Al Fatani, seorang ulama nusantara   yang memiliki kitang percetakan dan kedai kitab yang besar pada zamannya di Mekah.






Kitab yang pertama banyak menerangkan tentang kegunaan herba dan akar kayu tanah air Nusantara dan Negara Arab. herba-herba negara Arab di nukilkan dalam kitab tersebut dari kitab berbahasa Arab (   تسهيل المنافع فى الطب والحكمة - المشتمل على شفاء الأجسام وكتاب الرحمة   ) tulisan Syeikh Ibrahim Ibn Abdul Rahman Azraq. manakala kitab kedua pula banyak menerangkan tentang bacaan yang di baca kepada pesakit. Kitab kedua nampaknya banyak di rujukkan kepada kitab Arab yang berjodol (  الفوائد   ). Kedua-dua kitab arab ini di cetak oleh Percetakan Mustafa Al Halabi, Al Azhar,  Cairo yang sekarang ini juga menuju kepada peringkat golong tikar. Kedua-dua kitab berbahasa arab itu memang tidak di cetak lagi sekarang.




di sana ada lagi beberapa kitab perubatan jawi lama  (  كتاب الطب   )  yang sedang di baik pulih oleh beberapa pihak di mana mereka telah menjadikannya dalam edisi rumit. Tetapi malangnya oleh kerana kitab ini sukar di fahami, ia tidak di pedulikan lagi. dalam kitab-kitab ini ada terdapat keterangan tentang tanah air api angin dan hubungan sejuk panas kering basah. 








marilah kita insaf bahawa  itu adalah amal jariah orang terdahulu di zaman yang mereka bersusah payah itu, sekiranya kita yang datang di zaman yang serba senang ini memusnahkan usaha mereka, kita akan di persoalkan di hadapan Allah kelak sebagai pengkhianat.


والعياذ بالله



Thursday, February 10, 2011

memecahkan tembok yakjuj dan ma`juj malam jumaat





saya tulis tajuk di atas sebagai satu simbolik sahaja. bukanlah persoalan yakjuj dan ma`juj yang ingin saya bincangkan di sini tetapi persoalan masalah rumah tangga bilamana sang suami tidak dapat menembusi tembok isterinya,padahal keutuhan sesebuah rumah tangga itu, kuncinya adalah terletak pada bab itu.




sememangnya Islam menggalakkan perkahwinan, sejajar dengan tuntutan naluri manusia.  Dan sememangnya Islam mengizinkan perceraian bilamana itulah yang menjadi penyelesaian kepada persengketaan antara suami dan isteri. Tetapi perceraian itu mestilah di kaji sebab mesababnya, dan di atasi faktor-faktornya kerana perceraian itulah yang paling di sukai oleh syaitan. 


maka telah banyak kajian dan pengalaman yang menunjukkan bahawa perceraian berlaku kerana wujudnya ketidak puas hatian antara pasangan suami isteri dalam bab-bab semasa bersama. Faktor-faktor lain memanglah juga ada mempengaruhi juga . 






soalnya mengapa hubungan sex menjadi masalah yang tidak dapat di atasi padahal ia sesuatu yang menikmatkan yang di cari oleh semua orang? jawabnya di situlah wujudnya syaitan. samada di namakan sihir atau saka atau apa saja nama, di situ ada tersembunyinya satu huraian yang menarik.


ramai orang yang tidak perasan seseorang suami  tidak dapat menyetubuhi isterinya pada waktu malam selama bertahun-tahun lamanya, ada juga yang boleh menyetubuhi pada waktu malam tetapi tidak dapat melakukan pada malam jumaat selama beberapa tahun yang lama. dan yang lebih teruknya ramai manusia yang hanya melepaskan nafsunya dengan menyondol-nyondolkan ke badan isteri yang sedang tidur seperti babi yang menyodolkan perdu ubi  , tetapi tidak menemui kepuasan sebagaimana yang di hajati atau yang sepatutnya. 


demikianlah pula ramai isteri yang dengan berbagai-bagai keadaan, tidak dapat menikmati kebahagian dari suami, maka wujudlah sebahagian dari mereka itu, tidak dapat di kawal iman lagi, mencari jalan keluar yang di larang Islam. dan golongan lelakipun samalah aje!






Allah menjadikan malam sebagai pakaian sebagaimana yang dinyatakan Nya dalam surah amma ya ta sa alun. maka di jadikannya fitrah untuk bersama isteri adalah pada waktu itu. tetapi bayangkanlah apa yang berlaku tiba-tiba ia tiba-tiba menjadi tidak selesa untuk melakukan hal demikian, rasa panas membahang dalam badannya menjalar ke segenap sendi dan urat-uratnya, bahkan ada yang   sehingga ke tahap bilamana ia berada di atas badan isterinya semasa  bersama pada malam jumaat, di rasanya rumah itu seperti ada tenaga yang kuat menggoncangkan rumahnya dari sudut  atas, at au mendengar bunyi seperti kucing mencakar-cakar dinding atau zink, atau seperti sekumpulan  burung terbang balik ke sarang waktu petang, ---maka ini tentulah menerangkan bahawa dalam rumah tangganya ada saka yang menghalang kebahagiaannya. maka menjadi kewajipan kepadanya menyelamatkan rumah tangganya dengan mempertingkatkan amalan kerana syaitan jenis ini tidak akan di sedari , t idak akan di perasankan oleh sesiapapun kerana ia sangat halus. Kalaulah ia tidak mahumengusahakan untuk  melakukan pada malam yang menjadi perebutan antara tiga kepentingan beramal, bersama isteri atau tidur melayan letih, maka tidaklah ia mengetahui tentang saka demikian kerana saka tersebut tidak menjelma pada malam-malam yang lain sekalipun ia berjaya bersama isterinya atau tidak pada malam-malam tersebut


maka dalam masa bersama mempertingkatkan amalan, mereka-mereka yang menghadapi masalah ini, hendaklah cuba berlatih pecahkan tembok tersebut dan rasakan sendiri senang ke mudah nak  menjayakan hal tersebut.

Wassalam