Tuesday, March 15, 2011

ubat minum untuk pengidap kencing manis

Ubat kencing manis yang berupa herba dan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah ini ada berbagai-bagai. mana satukah yang rasi dengan pengidapnya , tiada siapa yang tahu. doktor yang sangat pakar pun tidak akan mengetahui kerana rasi ini termasuk dalam rahsia Allah. Sabda Nabi:


إذا وافق الدواء الداء برأ علمهمن علمه وجهله من جهله


apabila menepati oleh ubat akan penyakit, maka jadi sembuhlah, mengetahui oleh orang yang Allah ajarkan dia, dia tiadalah mengetahui ia bilamana Allah tidak mengajarkannya(mengilhamkannya) 




di antarav ubat yang dinkatakan mujarrab ialah misai kucing, ada juga yang mengajar agar merebus pokok letup2, minum airnya


ada juga yang mengajarkan rebus daun tebu.


ada juga yang mengajarkan minum air rendaman taugeh


tebu gajah yang pahit itu juga banyak memberikan faedah dan manfaat kepada pengidap kencing manis di beberapa kampung di Terengganu




cubalah mana-mana selagimana tidak mudharat, mudah-mudahan ada satu yang rasi, alhamdulillah










wassalam











1 comment:

Din GK said...

abah ana baru2 ni makan biji buah mentene kering. ikut petuanya biji tu dibahagi 3 (jangan lebih dos nanti kena cirit birit). kaifiatnya ana pun tak pasti. Dari hasil awalan, bacaan gula turun hingga 8.0 dari 12.1. result seterusnya tak tahu.