adapun tentang kenapa hal itu jadi begitu , saya telah jelaskan secara asasnya dalam buku saya berjodol Hadis perubatan pengantar kepada petua tradisional siri 1 bab Hadis Pertama.
cubalah ruju di sana sekiranya anda ingin pengelasan tentang asas petua tersebut.
di sini saya ingin bawakan contoh kedua, petua dari Mak bidan yang berpengalaman pula tentang bagaimana untuk menghentikan anak yang menangis malam.
Terbalikkan bayi yang menangis itu kepala ke bawah, kaki ke atas . asalnya amalan ini sering di lakukan selepas bayi tersebut mandi oleh masyarakat India di tanah air kita. Di mesir, saya mempelajari amalan ini juga biasa di lakukan oleh masyarakat Timur Tengah itu, -kata orang-orang tua mereka untuk menghilangkan rasa gayat . Memanglah kita lihat orang Mesir macam orang India tempat kitalah jugak, kurang gayat tak lah macam sesetengah orang kita termasuklah saya sendiri, agak keterlaluan juga la yang tuh.
Setelah terbalikkan bayi tadi, lalukan ia di bawah kangkang , sekali melalui kaki kanan sekali lagi melalui kaki kiri, biasanya bayi tersebut akan berhenti menangis. bacaannya ialah Al Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul yang memang dah selalu di amalkan oleh masyarakat kita.
kalau kita fikir apakah logik dan kaitannya, jawapnya inilah yang di katakan ilmu, kerana tak jumpa cari lagi jawapannya kitaa namakan petua orang tua-tua. sesetengah orang menyatakan eleh orang-orang tua aje, bukan ada dalam hadis pun, cuba tengok sandarannya mereka di mana????
BERSAMBUNG INSHA ALLAH
No comments:
Post a Comment