Tuesday, March 15, 2011

wajarkah pengidap kencing manis di potong kakinya???? (2)



perkataan kencing manis adalah menerangkan tentang satu kumpulan sistem dalam badan yang berkait mengait antara satu sama lain yang telah di kuasai racun akibat daripada sisitem tersebut tidak dapat berfungsi sebagaimana asalnya. yang di katakan racun di sini ialah sifat manis gula yang berlebihan dari yang sepatutnya (over) yang berada dalam badan pesakit . racun ini adalah bersifat jahat kerana ia mengganggu sistem-sistem lain.


maka kesannya wujudkan perjalanan darah lendir angin dan cecair-cecair yang tersumbat yang bilamana setelah sekian-sekian masanya, ia tidak dapat berjalan lancar sebagaimana asalnya, maka ia telah tersesat dan menjadi jahat. sebahagiannya yang muncul pada bahagian kulit(permukaan) di namakan nanah. Dalam erti kata yang lain, nanah adalah tentera tawanan yang telah kalah dan tunduk kepada musuh. 


wajarkah tentera ini di bunuh?? jawabnya tidak, tetapi ia perlulah di bebaskan . Usaha pembaikan secara keseluruhannya perlulah  di lakukan. Bagaimanakah untuk melakukan pembaikkan itu???

samada menghantar tentera tambahan atau bagaimana?




dalam bab kencing manis ini, ada banyak testimoni yang memberikan persaksian bahawa kulit batang pokok jambu golok, atau putat atau sekurang-kurangnya buah manjakali yang sifatnya kelat itu boleh meneutralisekan semula sifat jahat yang ada pada gula yang berlebihan tadi. 


di sini kita dapat memahami satu kesimpulan iaitu
manis lawannya kelat iaitu rasa pahit yang bersangatan tajamnya.


bahan ini hendaklah di rebus terlebih dahulu sehingga menggelegak lama, bagi air yang panas itu manarik kelat dengan kadar yang banyak .air ini di gunakan untuk menjirus KAKI yang bengkak dan bernanah itu. Bacakan al fatihah, ayat shifa dan selawat syifa seraya berdoa memohon kesembuhan dari Allah. Bacaan ini penting dan mustahak. jangan buat-buat lupa pulak. 







BERSAMBUNG

No comments: