lazimnya kita akan menemui seseorang pengidap kencing manis , bilamana terluka pada bahagian kakinya, ini akan menyebabkan bernanah , kerana bimbangkan kuman akan berjangkit ke tempat lain, terdapat beberapa kaedah yang menyarankan agar lokasi tersebut di potong. wajarkah hal ini di biarkan berterusan.??
mem ang sukar untuk menjawab soalan ini, tetapi saya tetap menjawab: ya amat wajar bilamana pesakit sendiri memilih jalan tersebut . namun begitu bagaimana pula pesakit yang tidak mahu kakinya di potong, tetapi tidak tahan menanggung derita kesakitan, akhirnya dengan desakan dari pelbagai pihak termasuk anak-anak mereka sendiri yang masih muda, akhirnya terpaksa mengalah dan merekakan bahagian itiu di potong, maka di sini izinkan saya yang lemah dan hina ini mengemukakan beberapa pandangan daripada pendekatan perubatan Islam untuk pengidap-pengidap kencing manis tahap sederhana , supaya dengan itu kita dapat berkongsi pengetahuan bersama.
untuk itu, marilah kita tanya bebeberapa soalan:
1) kenapa jadi bernanah bila terluka?
2) kenapa jadi bengkak?
3) bagaimanakah untuk mengatasi luka dan bengkak tersebut?
4) apakah kemudharatan bilamana bahagian sakit tersebut di potong?
5) apakah alternative yang ada untuk pengidap kencing manis tahap sederhana.
sebelum kita menjawab kelima-lima soalan di atas, marilah pertama-tamanya kita menginsafi bahawa Allah telah menjadikan tiap-tiap sesuatu dengan sistem yang telah di tetapkannya. masing-masing dengan sistem yang tersendiri inilah yang di namakan syariat. Firman Allah Ta`ala:
demikianlah badan kita juga mempunyai sistem yang mana bilamana sistem itu telah terkeluar dari syariat, maka huru haralah kehidupan itu.
Allah SWT telah menjadikan setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan sebagaimana yang Ia sendiri nyatakan dalam surah yassin ayat 89;
bayangkan apakah yang akan berlaku bilamana setiap sel darah dan urat sarat serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan ini di potong, pasangan-pasangan akan putus, apakah yang akan terjadi pada masa itu????
bersambung
No comments:
Post a Comment