Thursday, March 31, 2011

ke arah memahami masalah tempat kediaman-satu kajian kes(3)

SETIAP lelaki yang sihat wal afiat , waras akalnya dan berfungsi tenaganya, walaupun miskin tidak berduit, tetap mempunyai keinginan untuk berkahwin seorang lagi, samaada ia tunduk atau tidak pada kehendak tersebut itu bab lain lah, tapi keinginan tu tetap ada, tak boleh di nafikan sekali-kali walaupun isterinya memberikannya setiap hari, maka apatah lagi sekiranya isterinya tidak memberikan pula, tentulah keinginan yang tidak dapat di bunuh itu akan menjadi semakin besar dan kuat menjalar dalam dirinya. akhirnya keinginan ini akan mengganggu dan merosakkan dirinya.




maka itulah sebabnya jadi begitu. satu hal yang tidak berapa di fahami oleh isteri. samada suami faham atau tidak faham alasan isteri, samada alasan isteri itu benar atau tidak,  itu bukanlah suatu yang diambil kira sangat oleh suami, bilamana ia telah nekad , ia akan jadi berani untuk melakukannya. samada tindakannya itu menguntungkan atau merugikan , itu hal lain.




 lantaran jawapan yang tidak pasti dalam banyak soalan-soalan inilah kita mendapati banyak rumah tangga yang jadi kacau, hakikatnya bolehlah kita simpulkan kerana mereka tidak memahami hakikat sebenar. kata orang Terengganu, dok jupe cari punca.




jadi puncanya di mana? hakikat masaalahnya ialah apadia???














itu

No comments: