Saturday, March 19, 2011

memahami ombak/gelombang api dalam demam campak(3)





MENURUT pengalaman orang berilmu yang kita sebut dengan bahasa yang sangat ringkas " orang tua-tua kata": bilamana biji campak dah tumbuh di kaki ertinya penyakit pesakit dah nak berakhir,dah nak sampai ke penghujungnya.  ia akan sembuh.

ini nak menerangkan kepada kita bagaimana perjalanan api campak itu dalam badan seseorang pesakit.  sekiranya api campak itu  telah menemui bumi ( iaitu ia telah mula tumbuh di kaki kerana kakilah anggota yang memijak bumi) ertinya api itu telah tua dan mencapai umur matang untuk mati. matinya itu ialah dengan cara ia balik ke bumi kerana memang api takutkan tanah. setiap kali berlaku perlawananan antara api dengan tanah, memanglah api akan kalah dan tanahlah yang akan menang. 


bilamana api campak tu turun ke tanah, ia akan kalah . ia akan lari. pesakit akan pulih seperti sedia kala. 


soalnya bagaimana dsekiranya sistem itu di ganggu, katakan di ganggu dengan ubat-ubat yang mengandungi n dadah yang akan mengubah sistem tersebut.




saya aada menemui orang yang campak di bedah tengkuknya jadi berlubang semata-mata kerana campak. saya kira ini adalah orang-orang yang gopoh dan tidak mahu bersabar menghayati perjalanan dan sistem api dalam badannya sendiri. tersebut. mahu saja ia membunuh dan memusnahkan api tersebut bilamana ia rasa panas setetika,akhirnya cerita lain pula yang timbul. setelah tengkuk kena tebuk lalu terfikirlah ia barangkali ada gangguan makhluk halus yang apatah namanya cuba mengganggu dia. pada hemat saya itu bukan hantu raya atau polong pelesit tetapi adalah berpunca dari api dalam badan. 













No comments: