ada sesetengah orang muda berkata mengapalah masyarakat kita mengamalkan bacaan Yassin di masjid dan surau pada malam jumaat sedangkan Nabi menganjurkan membacakan surah al kahfi pada malam atau hari jumaat agar aman dari fitnah dajal.
Sabda Rasulullah SAW:
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة غفر له إلى الجمعة الأخرى وزيادة ثلاثة أيام ورزق له من حيث لا يحتسب ووقى من فتنة الدجال
sesiapa yang membaca surah al kahfi pada (malam atau) hari jumaat maka: (1) di ampuninya sehingga jumaat depan dan di tambah lagi tiga hari selepasnya (2) di rezekikan dari sudut yang tidak di sukainya (3) terpelihara dari ( bala fitnah) yang di bawa oleh dajjal.maka berkata golongan tadi: Bacalah Surah al Kahfi!! inikan pula di bacanya surah Yassin!!
mengapalah banyak betul yang masyarakat kita buat tidak menepati sunnah!
saya no komen dalam pandangan mereka. cuba sekadar menambah bahawa jangan kita robohkan kebaikan yang telah sedia ada, sebaliknya membina yang lebih baik itu adalah satu usaha yang tersangat baik dan comel sekali.
kita juga amat perlu sekali dengan insaf menyedari bagaimana sesuatu yang berlaku itu ada sejarahnya yang tersendiri. Faktor, penyebab dan seterusnya meninggalkan implikasi yang seringkali tidak dapat di jangkau oleh fikiran awal kita juga perlu di insafi oleh kita. Ini perlu agar kita tidak mudah memandang remeh kepada segala apa yang ada di sekeliling kita. Untuk menjadi seorang yang cerdik, kita perlu melatih diri kita untuk hargai banyak benda. Perkara-perkara yang baik jangan sekali-kali kita musnahkan. Kita hanyalah perlu memperbaiki di tempat di mana di dapati terdapat kecacatan dan kekurangannya.
seharusnyalah kita sedar bahawa masyarakat kita yang telah menerima Islam 700 tahun yang lampau adalah mewarisi tamadun dari hindu yang adalah pada masa itu mempunyai tahap kemajuan yang tinggi menurut ukuran zaman tersebut.
asas ajaran Hindu yang berkata bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada mempunyai tenaga dan menyimpan kekuatan-kekuatan yang pada waktu-waktu tertentu dapat di keluarkan dengan cara-cara tertentu adalah secara asasnya merupakan ilmu yang di ambil dari ajaran Rasul-rasul terdahulu yang mengajarkan bahawa ciptaan Allah itu mengandungi rahsia kebesaran dan keagungan Allah kep[ada hamba-hambanya.
sebagai contohnya ajaran Nabi Ibrahim tentang ciptaan Allah itu mengandungi rahsia kebesaran dan keagunganNya untuk hamba-hambanya ini telah di pesongkan oleh anak cucunya yang menyeleweng terutamanya yang berhijrah kesebelah timur, dan di pesongkan lagi oleh pengikut -pengikutnya sehingga kesesatan itu menjadi berpintal-pintal tidak di ketahui di mana pangkal dimanakah hujungnya lagi
maka sebagai kesan dari pemesongan yang di buat oleh pemikir-pemikir yang sesat tadi, mereka mula mempercayai kuasa dewa-dewi dan memuja semangat-semangat yang berbagai-bagai untuk tujuan kononnya membina tamadun kehidupan yang lebih selesa pada zaman-zaman tersebut
beberapa lama selepas itu sebagaimana yang di nyatakan oleh ahli sejarah lebih seribu tahun selepas itu, kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasulullah
di terima oleh masyarakat Melayu Hindu itu adalah dalam bentuk tanpa perang. ini berjaya di hasilkan kerana beberapa perkara:
aliran pemikiran Islam yang di bawa oleh pendakwah-pendakwah yang merupakan pedagang-pedagang yang banyak duit boleh membantu raja-raja yang baru untuk memperkukuhkan negeri-negeri baru mereka dapat di terima oleh penduduk setempat yang berpegang denganh Hindu itu kerana pegangan yang di bawa oleh pedagang-pedagang tadi boleh menyambung level pemikiran mereka pada masa itu.
Itulah sebabnya pemikiran aliran Assya`irah yang mendapat sambutan yang hangat di seluruh negara bukan arab walaupun di tolak oleh beberapa negara Arab telah turut mendapat sambutan di alam kita.ini kerana pemikiran Assyairah boleh menyambung tahap pemikiran mereka yang maju manakala pemikiran mazhab Hambali pula gagal kerana di lihat oleh masyarakat hindu di sini pemikiran tersebut menggelongsorkan mereka ke tahap yang lebih rendah, maka mereka menolak mazhab hambali, padahal pendakwah-pendakwah dari saudi dan lain-lain kawasan hambali juga pernah berusaha di sini, mereka tetap gagal
masyarakat Melayu hindu yang tebal dengan kepercayaan kepada dewa dewi mula di zaman Islam mempelajari tentang jin yang banyak berlegar dalam kehidupan mereka. Mereka mengenali jin melalui sudut pandang al Quran. maka mereka mula mengubah pandangan mereka yang menyanjungi dewa-dewi yang hebat bertukar di lihat sebagai jin-jin yang ada merbahayainya dan perlu di awasi dengan teliti.
namun begitu,pada masa itu, perhubungan denga jin terus berlaku seolah-olah menjadi suatu kemestian pada masa tersebut (di zaman awal Islam) . ini menunjukkan kepada kita tebalnya pengaruh hindu yang membelenggu kehidupan mereka . fenomena ini tidak mungkin dapat di ubah dalam masa yang singkap, melainkan melalui pendidikan yang memerlukan masa yang panjang.
mereka tidak mungkin meninggalkan berhubungan dgn jin akerana- menurut perkiraan mereka -adalah suatu kemistian. namun begitu, untungnya mereka yang bernasib malang di kuasai oleh jin-jin tadi, akan datang klepadaajaran Islam untuk menewaskan jin-jin yang telah menguasai kehidupan mereka.
ertinya walaupun mereka berhubungan dengan jin untuk mendapatkan manfaat tertentu, tetapi bilamana jin itu mengganas, mereka akan membaca yassin bilamana mereka merasa tewas dengan jin-jin mereka itu.
dengan bacaan tersebut mereka menjadi kuat balik dan dapat menundukkan jin
ini secara individu, demikianlah juga dalam bentuk masyarakat, bilamana jin mengganggu kampung mereka, mereka akan berkumpul membaca yasin seraya berdoa agar Allah menghilangkan gangguan jin-jin tersebut dari kampung halaman mereka.
maka bacaan yassin mula di kenali dalam masyarakat?
bagaimanakah ia menjadi budaya mingguan( di bacakan pada malam jumaat di kebanyakan tempat di Alam Melayu?
kita bersambung
No comments:
Post a Comment