Tuesday, March 29, 2011

ke arah memahami masalah tempat kediaman-satu kajian kes





tersebutlah al kisah seorang perempuan yang malang yang di panggil Ida. Setelah ia melahirkan anak pertama tiga bulan, ia telah berpindah ke sebuah rumah yang lebih selesa. kalaulah sebelum ini, iaitu pada permulaan kahwin dengan Box , ia tiada pilihan lain melainkan bersetuju sahaja untuk menetap di rumah flat tingkat tiga berbilik dua yang di pilih oleh suami tersayangnya itu, walaupun ia sendiri sedari awal memang pasti amat tidak selesa rumah sebegitu. . rumah yang sempit dan tinggi ini amat menyiksakannya apatah lagi menjelang hari-hari yang perutnya sarat mengandung bayi sulung itu. 


Sekarang rumah barunya ada tiga bilik, terletak di aras dua di sebuah kawasan PPR 39 tingkat di Jalan V, kira-kira 7km dari KL. 


Ida yang cerdik memang perasan lebih awal dari suaminya tentang anak kecil merasa yang pasti akan menangis setiap kali tidur malam di bilik hujung yang mengadap ke Kedai HyperMarket, namun begitu ia  memang tidak tahu menahu langsung tentang wujud hal tersebut dengan  gangguan makhlkuk halus yang terdapat di bilik tersebut. Bilik itu luas, nyaman dan sejuk. cumanya bila bangkit dari tidur, ia merasakan amat penat. kadang-kadang juga ia merasa seperti krem pada waktu tengah malam bilamana ia tidur di bilik tersebut. ia juga seringkali bermimpi jatuh dari bangunan. ia mengira itu adalah benda biasa sahaja. tidak pernah ia menyangka itu adalah tanda-tanda yang berkait dengan makhluk halus di bilik tersebut. perkara itu boleh mempengaruhi kehudupan masa depannya.


setelah terlampau kerap kali si bayinya itu tidak mahu tidur dalam bilik tersebut, ia akan membiarkan anaknya itu tidur di bahagian tengah, bahagian tamu, hall kata omputeh,


sebenarnya ia tidak perasan bahawa semenjak ia tidur malam di bilik tersebut, ia telah lama tidak melakukan hubungan jenis dengan suaminya. apatah lagi untuk menyedari isi hati suaminya yang membengkak marah kerana sengsara tidak puas  tidak memperolehi santapan kasih sayang dengan sepuasnya itu. cuma apa yang ia cukup perasaan ialah sikap suaminya telah banyak benar berubah, cepat  meradang dan kasar, yang ia pasti apatah lagi setelah ia terhidu suaminya bermain dengan seorang anak dara di pejabat bersebelahan dengan tempat suaminya bekerja. ia tidak menyangka asalnya ada kaitan dengan hidup di bilik tersebut yang ada kaitan dengan syaitan itu. 




perubahan suaminya ini hanyalah menyebabkan ia menyangka suaminya di sihir perempuan seksi dan galak miang itu, ia tidak pernah nampak kesilapannya, lantaran itu, segala kesalahan adalah di tuding semudah dan secepat-cepatnya kepada perempuan tersebut, di namakannya perempuan itu perempuan sial. ia sudah banyak kali berubat ke sana sini minta air untuk di beri minum suaminya, agar kasih sayang suaminya itu kembali semula kepadanya. 
malangnya ia tak nampak sebarang perubahan positif ke arah itu.


akhirnya suaminya melepaskannya dengan talak satu. itulah yang didaftarkan pada Majlis agama walaupun pada hakikatnya adalah tiga. suaminya telah berkahwin dengan perempuan sial itu.




sekarang ia telah tiga tahun berpisah dengan suami. badannya juga selalu sakit-sakit. mukanya yang dulu licin bak pauh di layang telah bertukar menjadi kulit nangka buruk. dirasakannya tiada siapa lagi yang mahukan wajahnya yang buruk itu.


setelah ia berubat, ada perawat yang berkata masalahnya pada rumah tersebut.ada banyak pula yang berkata dari dirinya sendiri. walaupun ia sebenarnya tidak faham tentang  hakikat masalahnya sebagaimana  yang di katakannya oleh perawat-perawat itu, tetapi pada masa itu ia merasakan ia telah benar-benar faham . masalah itu mudah saja di fahami oleh orang yang SPM dapat pangkat satu sepertinya itu. tetapi tiga tahun selepas itu, di kebelakangan ini saja barulah ia benar-benar belum faham sepenuhnya lagi. ini kerana semakin jauh ia berusaha mengubati diri dan  rumah sewanya itu, barulah ia merasakan kerumitan sebenar rumah tersebut yang  tidak pernah mahu pulih sebagaimana yang ia harapkan padahal ia telah berusaha dengan banyak orang. 


setelah ia penat, ia mula memohon dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah, di sinilah ia mula mendapat azam untuk memahami sepenuh-penuhnya masalah itu supaya dengan itu ia dapat menghadapi cabaran tersebut  dengan ilmu dan yakin bukan dengan pandang mudah sebegitu saja.


kerana itu ada kaitan dengan syaitan dan nafsu dalam kehidupan seluruhnya.





bersambung




cerita ini di ubah suai dari cerita benar, segala nama orang dan tempat adalah gubahan cerita semata-mata, ia tidak melibatkan manusia atau tempat sebenarnya. sekiranya berlaku, anggapkanlah itu sebagai satu kebetulan sahaja.


Allah jua yang maha kaya. Apa yang kita harapkan ialah kemuliaan dan kerahmatanNya yang Maha Luas itu. 





No comments: