hadiah yang di berikan oleh si adik kepada kakak di namakan oleh masyarakat kita sebagai kifarat/h atau fidyah. kedua-dua istilah ini berasal dari istilah feqh yang menerangkan tentang denda yang perlu di bayar oleh pesalah yang melakukan kesalahan berkait dengan nazar, sumpah dan berpuasa di bulan ramadhan.
golongan yang kedua tadi, turut mempertikaikan istilah ini dengan berkata bahawa penggunaan istilah ini telah terpesong dari maksud feqh yang asal
dari segi istilah feqh memang begitu, tetapi
golongan yang pertama pula menjelaskan bahawa ini boleh berlaku sekiranya kita benar-benar memperdalami ilmu bahasa Arab. Ia di namakan dalam ilmu bunga-bunga bahasa arab sebagai majaz mursal.( untuk memahami apakah yang di katakan majaz mursal itu sila lihat kitab jawahir al balaghah karangan Imam Abdul Qahir Al Jarjani - جواهر البلاغة للعلامة عبد القاهر الجرجانى
maksud asal perkataan fidyah di sini ialah hadiah yang seolah-olah berbentuk denda yang di berikan oleh seorang adik kepada kakaknya sebagai hukuman yang amat-amat di galakkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka berdua.
ia bukanlah sebenarnya denda tetapi hanyalah seolah-olah. itulah yang di namakan majaz mursal. sila belajar bab ini betul-betul kerana bab ini memang sukar di fahami tetapi ia benar-benar boleh jangan keliru
berkenaan dengan wujudnya rasa ego seorang kakak atau abang yang lebih tua terhadap adik yang lebih muda, kita perlu mengakuinya kerana hal ini di ceritakan sendiri oleh Allah dalam memperihalkan abang-abang nabi Yusuf yang cemburu kepadanya itu. inilah hakikat yang adik perlu sedari dan berjaga-jaga dengan hati yang mengasihi kakak lalu di berikan hadiah tersebut. golongan pertama menambahkan hujahnya lagi
untuk memahaminya lihatlah firman Allah SWT:
5. Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, Maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."
8. (yaitu) ketika mereka berkata: "Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata.
9. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik[744]."
[744] menjadi orang baik-baik yaitu, mereka setelah membunuh Yusuf a.s. bertaubat kepada Allah serta mengerjakan amal-amal saleh.
No comments:
Post a Comment